Epsom College in Malaysia, KLIA
Kiddy123 Frame
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
The children's house
Small Wonder Malaysia
Little Angel Kindergarten

Tadika dan Prasekolah Terbaik di Kajang, Selangor

by on 16/07/2018 29919

Also available in : English , 中文版

Artikel ini telah dikemas kini pada 15 April 2024.

Kajang merupakan bandar terbesar di daerah Hulu Langat, dan terdapat pelbagai pilihan tadika; mencerminkan keperluan penduduk yang berkembang pesat di bandar ini. Kali ini, Kiddy123 mengambil peluang untuk menyenaraikan beberapa tadika pilihan di kawasan ini.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.


 3Q MRC Junior Bangi (Tadika Junior Ceria Cerdik)

3Q MRC Bangi merupakan sebuah tadika yang mementingkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dari umur dua hingga enam tahun. Sekolah ini menggunakan sistem 3Q™, sebuah kurikulum kreatif yang berdasarkan konsep belajar sambil bermain, melalui alat-alat belajar yang direka khas untuk perkembangan minda secara menyeluruh. Ini membantu kanak-kanak berkembang dari semua segi, dari daya membuat keputusan, daya penyelesaian masalah, sehinggalah penyelarasan emosi. Para guru memberi perhatian teliti terhadap keperluan setiap anak-anak, dan merangka pelan yang sesuai bagi menyerlahkan keunikan mereka.

Baca Selanjutnya

3Q MRC Junior Bangi (Tadika Junior Ceria Cerdik)

No. 16, Jalan Bangi Avenue 1/5, Taman Bangi Avenue, Kajang, Selangor 43000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Apple King - Main Centre, Sg Chua (Tadika Epal Besar)

Tadika King Apple berdedikasi untuk menyediakan pengalaman pendidikan yang utuh untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun. Kekuatan program ini berdasarkan pendekatan holistik sekolah terhadap pembelajaran.

Bertempat di lot teres yang luas dan dicat dengan warna hijau yang dikenali sebagai warna rasmi sekolah, Apple King melayan setiap kanak-kanak sebagai individu yang matang dan memberi mereka peluang untuk mencapai potensi maksimum dalam persekitaran yang selamat dan merangsangkan.

Dengan motto "Happy students, Relieved parents and Caring teachers", Apple King bangga menawarkan program pendidikan awal kanak-kanak yang sesuai perkembangan kanak-kanak. Program ini berdasarkan kurikulum yang memfokuskan kepada pengetahuan dan pengalaman pembelajaran setiap anak.

Baca Selanjutnya

Apple King - Main Centre, Sungai Chua (Tadika Epal Besar)

No. 19-23, Jalan Berjaya Baru 3, Taman Berjaya Baru, Sungai Chua, Kajang, Selangor 43000
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


 Eduwis Hillpark, Bandar Teknologi Kajang

Eduwis Hillpark merupakan bukti kecemerlangan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia merupakan tadika berdikari, tanpa denominasi yang direka untuk memberi inspirasi kepada para pelajar untuk mencapai potensi maksima mereka di dalam persekitaran progresif seperti di rumah.

Di setiap sudut tadika terdapat kawasan khusus yang diadakan untuk mencetuskan rasa ingin tahu dan merangsang keseluruhan pembangunan kanak-kanak iaitu secara intelektual, kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Pelajar digalakkan mereka pembelajaran mereka sendiri, dan setiap hari adalah peluang baru untuk pelbagai penemuan dan penerokaan oleh kanak-kanak.

Walaupun program multidisiplin merupakan teras utama tadika ini, Eduwis Hillpark melangkah lebih jauh untuk memastikan kejayaan setiap kanak-kanak jatuh selaras dengan falsafah Eduwis, dan setiap pelajar membesar menjadi pemikir kritis yang kreatif dan fleksible agar mudah menyesuaikan diri dengan dunia yang kian berubah.

Baca Selanjutnya

Eduwis Hillpark, Bandar Teknologi Kajang

No. 32, Jalan HP 6/2, Hillpark 3 Eugenia, Bandar Teknologi, Kajang, Selangor 43500
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Pre-School Leadership Shambala Kidz terkenal sebagai tadika yang menggalakkan penglibatan, kepimpinan dan kejayaan sosial anak-anak. Walaupun pendidikan di sini berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, budaya sekolah menggalakkan kanak-kanak untuk mengambil tanggungjawab dan peranan kepimpinan.

Kanak-kanak akan berpidato, belajar bercakap di hadapan rakan sebaya dan akan sering diberi peluang untuk menjalankan aktiviti. Pengalaman belajar mereka berlaku dalam persekitaran yang sangat dinamik: Pembelajaran kumpulan kecil, aktiviti “child centered” yang dipimpin oleh jurulatih, pelajaran di dalam dan luar kelas dan tidak lupa juga program pengayaan seperti Little Chef dan Little Painter. Semua program ini berfungsi untuk memupuk keyakinan seumur hidup, kemahiran menyelesaikan masalah kreatif dan kemahiran kolaborasi dengan orang lain kanak-kanak.

Baca Selanjutnya

Shambala Kidz Leadership Pre-School, Sungai Long

No. 4, Jalan SL 6/7, Bandar Sungai Long, Kajang, Selangor 43200
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.

 

 


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.