on 07/02/2018 2013
Sejak penubuhannya pada tahun 1996, R.E.A.L Kids (dahulu dikenali sebagai CEC) telah berkembang sebagai salah satu tadika terbesar yang dioperasi oleh pemiliknya sendiri di Malaysia, dengan lebih 30 pusat dan 5,000 orang pelajar di seluruh negara. Salah satu pusat R.E.A.L Kids baharu adalah R.E.A.L Kids Puchong South Centre yang terletak di Bandar O2 dan merupakan pusat yang pertama dibangunkan di kawasan kediaman untuk disewa. Tadika ini dilengkapi dengan ruang yang dibina bagi tujuan tertentu dan pelbagai kemudahan untuk kanak-kanak seperti kolam renang, gim, bilik multimedia, bilik muzik, perpustakaan, sudut Sains serta taman permainan luar dan dalam.
Para pelajar merupakan fokus utama bagi R.E.A.L Kids Puchong South yang menawarkan pembelajaran prasekolah berkualiti melalui program separuh atau sepanjang hari. Program ini yang mempunyai dua medium iaitu Bahasa Inggeris dan Mandarin mampu membina keyakinan pelajar. Keyakinan ini dipupuk apabila pembelajaran dan pemahaman kanak-kanak dititikberatkan sejak awal lagi. Bukan itu sahaja, perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak turut dibantu melalui kurikulum yang dipraktikkan di sini.
Melalui kurikulum yang direka khas oleh kami, kanak-kanak dapat dibentuk menjadi seorang yang berkebolehan, positif dan yakin; serta memupuk minat yang mendalam dalam pembelajaran -– Puan Annette Theresa Perera, Pengetua R.E.A.L Kids Puchong South
Selain berpotensi tinggi, pelajar prasekolah juga sangat mudah dibentuk. Mereka mudah digalakkan untuk belajar dan sebaliknya. Kurikulum di R.E.AL Kids memberi kanak-kanak peluang dan pengalaman untuk membantu mereka membina kesedaran positif dalam diri; fizikal, mental dan emosi yang sejahtera; perasaan ingin tahu; serta semangat dan motivasi untu belajar. “Kami ingin memupuk kanak-kanak menjadi seorang pelajar berkeyakinan yang mempunyai kelakuan dan sifat untuk membantu mereka menghadapi proses pembelajaran,” tambah Puan Annette lagi.
Kunci komponen dalam mereka bentuk ruang pembelajaran bagi kanak-kanak adalah perubahan arus pembelajaran yang menggalakkan kolaborasi antara sesi pembelajaran dan persekitaran. Bilik darjah tradisional di mana pelajar mempunyai tempat duduk masing-masing yang menghadap papan putih tidak lagi relevan pada masa kini. Justeru, R.E.A.L Kids Puchong South dicipta untuk memberikan suasana pembelajaran yang berbeza dengan mengaplikasikan konsep pembelajaran di ruang terbuka.
Kanak-kanak dilihat sebagai peserta aktif dan pembuat keputusan yang bertanggungjawab dalam sesi pembelajaran mereka sendiri di R.E.A.L Kids. Mereka dihormati dan digalakkan untuk meyumbang idea serta soalan-soalan yang mampu membina pengetahuan dan pemahaman mereka sendiri. R.E.A.L Kids menekankan pembelajaran kanak-kanak daripada pengajaran guru. Oleh itu, para guru dilatih untuk mengajar kanak-kanak mengikut cara pembelajaran dan kemampuan mereka yang berbeza-beza bagi menyediakan suasana yang mampu meyokong pembelajaran kanak-kanak.
R.E.A.L Kids turut membenarkan kanak-kanak mempunyai kawalan atas pembelajaran dan peningkatan di mana mereka belajar berdasarkan tahap kemampuan mereka sendiri. Kesimpulannya, pelajar merupakan pemandu, guru merupakan pembantu bagi pemandu dan pengalaman pembelajaran mereka adalah kenderaan manakala jalannya pula adalah kehidupan mereka.
Awal tahun 2018 merupakan permulaan bagi kurikulum baharu R.E.A.L Kids iaitu ‘R.E.A.L Kids Learning Journey’ yang digunakan di seluruh pusat. Kurikulum ini melibatkan pembelajaran sambil bermain yang membantu kanak-kanak untuk membina keyakinan diri dan kreativiti. Mereka digalakkan untuk mempraktikkan pembelajaran mereka semasa bermain. Hal ini penting kerana kanak-kanak dapat belajar bagaimana untuk belajar semasa bermain.
R.E.A.L Kids percaya bahawa pembelajaran seharusnya menjadi seronok bagi kanak-kanak. Terdapat beberapa seksyen untuk belajar sambal bermain iaitu rumah mainan, sudut bacaan, studio muzik mini dan sebagainya. Selain perkembangan minda, keinginan mereka untuk belajar turut dapat ditingkatkan semasa bermain. Pada dasarnya, kurikulum belajar sambil bermain R.E.A.L Kids dapat menarik minat kanak-kanak untuk meneroka, menyiasat, menyoal dan menemui perkara baharu bagi membantu mereka mengenal dunia luar.
Ditubuhkan pada tahun 1986, R.E.A.L Kids merupakan sebahagian daripada kumpulan R.E.A.L Education Group (ahli Paramount Education) dan salah sebuah pra-sekolah yang dikendalikan pemilik terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 30 buah pusat di seluruh negara. Semua pusat R.E.A.L Kids menyediakan program sepenuh hari (8.00AM- 3.30PM) termasuklah kelas pengayaan dan aktiviti ko-kurikulum. Ini melengkapkan kurikulum yang holistik yang menawarkan silibus kebangsaan dan antarabangsa. Program lebih masa juga disediakan untuk membantu ibu bapa yang sibuk dan berkerja. Untuk Pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-5631 8000 atau lawati laman web www.realkids.edu.my dan halaman facebook REAL.Kids.Malaysia
Untuk info lebih lanjut tentang R.E.A.L Kids Puchong South, sila hubungi 03 8940 7718 / 016-274 9994 atau e-mel puchongsouth@realkids.edu.my