by on 07/02/2019 2015
Q-dees USJ 4 yang terletak di dalam sebuah rumah dua tingkat lot tepi di tengah-tengah kawasan perumahan USJ 4 ini berhasrat untuk menyediakan program pendidikan berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan kepada pelajar muda berumur 2.5 hingga 6 tahun.
Bangunan dua tingkat ini adalah moden dan direka khas untuk merangsang daya imaginasi dan menarik sikap ingin tahu kanak-kanak demi pembangunan kanak-kanak secara menyeluruh. Ruang pembelajaran adalah terang dan bersih serta direka menggunakan gaya minimalis yang selesa. Perabot dan hiasan di Q-dees USJ 4 telah dipilih dan diatur dengan teliti untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang sempurna.
Falsafah kami adalah berorientasikan satu kurikulum akademik kukuh yang disepadukan dengan permainan bermakna untuk mempertingkatkan minat dan kebolehan semula jadi kanak-kanak,jelas pengetuanya, Cik Alyssa.
Q-dees USJ 4 menggunakan program Q-dees Starters dengan metodologi Link & Think sebagai asas falsafah mereka untuk mengajar kanak-kanak yang berbeza-beza. Link & Think merupakan kaedah pendidikan yang menekankan penggunaan kedua-dua pemikiran logik dan kreatif dalam pembelajaran supaya proses pembelajaran adalah kreatif, menyeronokkan, interaktif dan cerdik pada masa yang sama. Berikut adalah bidang pembelajaran yang ditawarkan:
Program Penemuan Awal (Early Discovery Programme) |
Penguasaan Bahasa |
Program ini melengkapkan kanak-kanak dengan kemahiran hidup dan nilai-nilai yang akan membantu mereka membesar menjadi individu yang berkeyakinan dan berdikari. Aspek pembelajaran yang ditekankan adalah seperti berikut: a) Imaginasi Lakonan Bahasa Inggeris |
Program ini mengajar bahasa melalui lagu-lagu menarik, puisi berima yang menyeronokkan, serta buku dan animasi yang menarik. Aspek pembelajaran yang diajar termasuklah: a) Bahasa Inggeris Bertema |
Penemuan Saintifik & Logik |
Pembangunan Kreatif |
Program ini diajar berdasarkan pendekatan amali untuk menggalakkan kanak-kanak berkenalan dengan nombor serta terpesona dengan sains. Berikut adalah aspek pembelajaran yang diajar: a) Matematik |
Program ini membolehkan kanak-kanak meneroka daya cipta mereka melalui lukisan, nyanyian dan tarian. Berikut adalah aspek pembelajaran yang diajar: a) Seni & Kraf |
Pembangunan Fizikal & Sosial |
|
Program ini menggalakkan kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti yang aktif serta mengajar kanak-kanak mengenai pembentukan peribadi yang baik dan saling menghormati. Berikut adalah aspek pembelajaran yang diajar: a) Gymflex |
Kekurangan aktiviti fizikal adalah masalah kesihatan global yang bukan saja menjejaskan orang dewasa malahan kanak-kanak juga. Teknologi baru yang dibentuk oleh Internet telah mempengaruhi tanggapan kanak-kanak masa kini terhadap waktu bermain (playtime). Masa berinteraksi dengan alat elektronik telah bertambah. Pada hakikatnya, kanak-kanak pada hari ini tidak lagi dapat menikmati keseronokan “Jom kita pergi bermain di luar.” Menyedari keadaan ini, pengetua di sini memastikan bahawa kanak-kanak di Q-dees USJ 4 banyak meluangkan masa di luar bilik darjah.
Waktu bermain di luar bukan untuk keseronokan semata-mata, malahan untuk membantu kanak-kanak menyepadukan deria mereka melalui cara yang semula jadi serta memberi mereka peluang untuk mengembangkan dan menggunakan daya imaginasi mereka, jelas Cik Alyssa.
Q-dees USJ 4 adalah komited untuk mengambil pendidik yang paling berkualiti. Setiap bilik darjah mempunyai seorang guru yang mempunyai kelayakan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak ataupun dalam Pendidikan. Sesetengah mereka adalah terlatih dan mempunyai Sijil Pertolongan Cemas.
Syarat minimum bagi seorang Pembantu Pengajar di sini adalah telah mengambil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (Kursus Asuhan PERMATA/KAP) yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.- Cik Alyssa
Selain menggalakkan kanak-kanak membangunkan daya kreatif dan pernyataan kendiri di samping mengekalkan kecemerlangan pendidikan, Q-dees USJ 4 juga berusaha untuk memastikan bahawa ibu bapa turut melibatkan diri dalam perkembangan anak mereka. Q-dees USJ 4 menggunakan aplikasi mudah alih untuk memberi ibu bapa maklumat terkini terhadap apa yang berlaku di dalam bilik darjah. Aplikasi ini juga membolehkan para guru dan ibu bapa berkomunikasi secara efektif sepanjang waktu persekolahan.
Setiap kemudahan di dalam Q-dees USJ 4 adalah direka khas untuk kanak-kanak. Ruang pembelajaran telah disahkan menepati syarat-syarat keselamatan serta dilengkapi dengan permainan deria dan bahan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak. Seluruh tadika ini merupakan sebuah persekitaran pembelajaran yang lengkap di mana kanak-kanak adalah bebas untuk mengambil bahagian dalam berbagai-bagai aktiviti pembelajaran. Taman permainan merupakan tempat yang amat bagus bagi kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain dan pada yang masa sama membangunkan kemahiran motor kasar. Taman permainan di Q-dees USJ 4 yang tertutup dan berpagar mempunyai struktur permainan, laluan basikal serta kawasan yang dikhaskan untuk aktiviti bermain air. Rumput tiruan berfungsi sebagai lapik bagi kanak-kanak yang sedang belajar selain menghasilkan pemandangan alam semula jadi di dalam kawasan bermain mereka. Q-dees USJ 4 mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang ketat supaya ibu bapa berasa tenteram dan tenang hati. Langkah-langkah keselamatan yang utama termasuklah sistem kawalan kemasukan, prosedur ketibaan dan pengambilan kanak-kanak, serta sistem pengawasan video.