by on 24/01/2018 2009
Tahun-tahun awal kanak-kanak merupakan tempoh pembesaran dan pembangunan kanak-kanak yang paling utama. Kanak-kanak membangun dengan paling pantas dalam tempoh selepas dilahirkan hingga berumur 5 tahun. Pembangunan kanak-kanak pada tahun-tahun awal hidupnya adalah amat penting untuk membina asas yang kukuh dari segi pembangunan kognitif, bahasa dan kemahiran motor serta perkembangan sosial, emosi dan moral. Merangsang, memupuk dan menjalin hubungan yang kukuh dengan ibu bapa dan penjaga mereka adalah amat penting supaya kanak-kanak boleh membesar dengan sihat.
Precious Seeds Early Learning and Child Care Centre ditubuhkan dengan matlamat untuk memenuhi keperluan kanak-kanak dalam fasa pembangunan kanak-kanak yang amat penting ini. Mereka berhasrat untuk membina ikatan yang penuh bermakna dengan kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Interaksi, tingkah laku dan amalan pengajaran mereka akan mempengaruhi pembangunan kanak-kanak dan seterusnya persediaan kanak-kanak untuk memasuki sekolah. Kini semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa di bawah jagaan orang lain selain ibu bapa mereka. Ini termasuklah di dalam pusat jagaan kanak-kanak dan prasekolah. Ada juga ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk dijaga oleh kawan, ahli keluarga ataupun jiran mereka.
Kedua-dua pengasas Precious Seeds, Cik Pow Suying dan Cik Eunice Looi mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini. Mereka adalah amat berdedikasi dan berhasrat untuk memberikan kasih sayang yang sepatutnya dilakukan oleh sebuah Pusat Pembelajaran Tahap Awal dan Penjagaan Kanak-kanak. Menjaga dan memupuk anak-anak kecil sememangnya tugas yang menggentarkan. Walau bagaimanapun, kedua-dua pengasas ini telah menjadikannya faktor motivasi yang kuat untuk menunaikan janji mereka kepada ibu bapa untuk menyediakan persekitaran yang menarik, selamat dan gembira untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.
Nama pusat pembelajaran tahap awal dan penjagaan kanak-kanak ini telah dipilih dengan teliti. ‘Precious’ melambangkan sifat setiap kanak-kanak yang sangat berharga dan ‘Seeds’ pula melambangkan kanak-kanak yang akan dijaga dan dipupuk dengan penuh kasih sayang seperti bijih benih yang memerlukan cahaya matahari, air dan kasih sayang untuk berkembang. Precious Seeds adalah dibuka kepada kanak-kanak berumur 3 bulan hingga 4 tahun.
Ruang di dalam Precious Seeds adalah direka berdasarkan konsep terbuka. Seluruh pusat ini telah dipasang dengan lantai berlamina berkusyen. Persekitaran yang berbeza ini adalah amat luas dan terdapat banyak bilik untuk diteroka oleh kanak-kanak di sini. Seluruh pusat ini adalah berangin, terang serta mempunyai aliran pengudaraan yang baik. Semua perabot dan rak telah dibuat khas mengikut ketinggian kanak-kanak supaya boleh digunakan oleh kanak-kanak dengan mudah. Buku kanak-kanak seperti cerita dongeng, ABC, 123 serta mainan bersifat pendidikan telah disusun dan diletakkan secara teratur di pelbagai rak dan kotak. Di sebelah dalam pintu depan Precious Seeds terdapat sebuah taman permainan. Sebuah dapur kecil serta bilik air dan bilik mandi yang dibina khas turut disediakan di dalam Precious Seeds untuk anak-anak kecil. Sungguh mengagumkan! Walau bagaimanapun, ciri-ciri yang paling istimewa di sini ialah bilik asuhan bayi. Bilik ini dibina menggunakan ruang sepanjang dinding pada satu sisi pusat ini. Ia adalah diasingkan dengan persekitaran utama oleh sebuah dinding serta pintu gelangsar dan kaca yang ditempah khas. Semua tingkap yang menghala keluar telah dilekat dengan filem penapis haba berwarna biru untuk menapis sinar ultralembayung (UV rays) yang berbahaya. Katil bayi berwarna putih disusun dengan teratur dalam sebaris. Kawasan mencuci dan mandi turut disediakan di dalam bilik asuhan bayi ini.
Program utama di Precious Seeds adalah lebih berdasarkan pendekatan Montessori. Pusat ini bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran untuk memupuk keinginan semula jadi kanak-kanak terhadap pengetahuan, penemuan dan kemahiran interaksi sosial di dalam persekitaran yang merangsangkan serta penuh dengan dorongan yang positif dan sokongan daripada para guru.
Asuhan Bayi bukanlah setakat menyusu bayi, menukar lampin dan melihat mereka tidur. Program Asuhan Bayi di Precious Seeds memberi penekanan kepada kesejahteraan fizikal, intelek serta emosi bayi. Pembangunan kemahiran motor, deria (sensory) dan fizikal bayi adalah aspek yang penting di dalam program tersebut. Sesi muzik turut disediakan untuk membantu bayi menjadi lebih peka terhadap persekitaran mereka serta mempertingkatkan kepekaan bayi terhadap bunyi. Lirik lagu juga membantu pembangunan kemahiran bahasa, sosial dan emosi bayi.
Precious Seeds berhasrat untuk menyediakan pendidikan tahap awal serta jagaan harian di dalam persekitaran yang selamat dan terjamin untuk perkembangan dan pembesaran bayi dan anak-anak muda. Precious Seeds mahu memupuk kanak-kanak di dalam persekitaran yang gembira dan holistik serta penuh dengan kasih sayang. Precious Seeds juga mahu menggalakkan penglibatan dan memberi dorongan kepada anak-anak kecil supaya meneroka, menemui perkara baru dan memperolehi pengalaman baru dalam tempoh yang muda dan sensitif dalam hidup mereka ini. Precious Seeds akan berusaha untuk memastikan bahawa tahun-tahun awal seorang kanak-kanak adalah berfaedah dan kaya dengan pengalaman yang bermakna.
Ibu bapa sekalian, silalah buat janji temu dengan Cik Eunice Looi dan Cik Pow Suying hari ini dan lawati Precious Seeds Early Learning and Child Care Centre. Anda tidak akan berasa kecewa. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai diet sihat bagi kanak-kanak serta pengurusan penghantaran dan pengambilan kanak-kanak tanpa masalah memandangkan mereka terletak di dalam Sunway Geo Avenue.