by on 20/02/2020 1441
Tadika dan Pusat Pengasuhan Kanak-Kanak Pitter Patter, (Pitter Patter Early Learning Centre and Childcare) merupakan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang kini dikenali di kalangan ibu bapa sebagai persekitaran pembelajaran holistik kanak-kanak tiga bahasa (Bahasa Mandarin, Bahasa Mandarin dan Bahasa). Pusat ini menawarkan pembelajaran berasaskan bermain bagi anak-anak yang berumur dari 8 bulan hingga 6 tahun, sebagai penyediaan bagi mereka untuk apa sahaja pilihan peralihan sekolah rendah dari SK, SJKC, dan Sekolah Antarabangsa.
Pitter Patter ditubuhkan pada tahun 2016 di Pacific Place, Ara Damansara. Hari ini, ia berlokasi di D12-11 Dana 1 Commercial Centre di Ara Damansara, di dalam bangunan yang mempunyai ruang luas dan lapang.
Sebagai individu yang bersemangat dan juga bertanggungjawab terhadap pusatnya, terutama kepada para murid dan juga pendidik-pendidiknya, Puan Cynthia ingin sentiasa terlibat dengan apa sahaja yang sedang berlaku di pusatnya. Berikutan itu, dia akhirnya memutuskan untuk menyatukan kedua-dua cawangannya. “Dengan cara ini, saya dapat melihat semua anak murid saya setiap hari!" kata Cynthia.
Boleh dikatakan bahawa cara pengendalian ruang di Pitter Patter dapat menggambarkan pemandangan Cynthia terhadap kenyataannya itu. Dari sudut mana sahaja anda berdiri dalam pusat berkenaan, anda tentu akan dapat melihat semua murid dengan jelasnya. Mereka mempunyai ruang pembelajaran ( kelas) mereka sendiri mengikut peringkat umur, namun mereka tidak tersekat dari kelas-kelas lain. Para murid dapat berintegrasi, belajar dan meneroka secara bebas di ruang yang luas dan terbuka.
"Ruang sangat penting bagi kami kerana kami percaya kanak-kanak yang aktif akanlebih gembira, dan kanak-kanak yang gembira pula dapat membelajar dengan lebih baik dan mampu menyerap maklumat dengan mudah dan yakin. Kanak-kanak yang aktif akan belajar tentang pengambilan risiko dan akan lebih yakin dengan tindakan dan kemampuan mereka. Mereka juga mempunyai lebih kesedaran sosial terhadap tindakan dan kelakuan mereka, orang di sekeliling mereka dan juga kesejahteraan mereka"
"Kami ingin mengukuhkan diri kanak-kanak dengan ungkapan “Saya Boleh” untuk keyakinan diri mereka dari kecil lagi supaya mereka memiliki kepercayaan diri bahawa mereka berkebolehan untuk melakukan apa sahaja selagi mereka mencuba,” kata Cynthia.
Sebaik sahaja pihak Kiddy123 melangkah ke dalam pusat tersebut, dengan jelasnya, keseronokan di kalangan murid-murid dapat dirasa dan dilihat. Setiap pelajar seperti menghayati pelajaran mereka - terdapat sekumpulan pelajar yang sedang menyanyi lagu abjad ABC dengan asyik sekali, diketuai oleh seorang guru yang tidak kurang asyik sedang menyanyi bersama mereka!
“Ramai yang berasa khuatir apabila mendengar istilah Membelajar Berdasarkan Bermain,” kata Cynthia. Ramai juga ibu bapa yang terbelah hati, sama ada ingin memastikan anak mereka mempunyai tempat yang riang untuk belajar, atau mengalah kepada desakan masyarakat untuk mengutamakan akademik melalui kerja rumah dan pembelajaran berulang supaya anak mereka tidak ketinggalan atau tidak tersedia untuk sekolah rendah. Pitter Patter berusaha untuk mewujudkan keseimbangan yang sempurna antara bermain dan pembelajaran akademik untuk para pelajarnya. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik apabila mereka dapat meneroka dan melakukan pelbagai kesilapan di kawasan yang selamat untuk mencuba, dan di sini, pendidik dan ibu bapa semuanya memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan perkembangan para anak murid.
Ibu seorang pelajar yang telah dua setengah tahun belajar di Pitter Patter mengatakan bahawa anaknya seperti tidak ingin pulang ke rumah sejak menjejak kaki di sana. Anaknya inginkan tadika itu dibuka setiap hari, termasuk hari Sabtu dan Ahad! Tambahan pula pada hari graduasi, murid tersebut menulis “Sekolah ini hebat sekali!”
Pitter Patter menawarkan persekitaran pembelajaran kreatif tematik, di mana tema setiap penggal sekolah dibincang dan disusun oleh pasukan sekolah, sambil mengambil kira perhatian guru terhadap minat semasa murid-murid dan juga topik-topik semasa dunia. "Kami telah mengadakan tema seperti Kemampanan, Angkasa, Lautan dan Kami dan sebagainya, dan kami mempadankannya dengan lawatan luar sekolah supaya murid-murid dapat pengalaman luar kelas dan pembelajaran secara hands-on. “Lawatan luar sekolah mungkin juga dilakukan secara spontan.. Apabila kami mendapati bahawa terdapat sesuatu yang sedang menarik minat murid-murid, atau dapat mendedahkan mereka kepada budaya dan pelajaran tertentu, kami tidak akan teragak-agak lagi, " Cynthia menjelaskan.
Program Bayi (Infant Program). Program-program pembelajaran di Pitter Patter adalah mengikut kumpulan umur, dan ia bermula dengan Program Bayi, (Infant Program). Program ini memberikan perhatian khusus kepada kepekaan kanak-kanak terhadap persekitaran mereka, kerana kepekaan inilah yang memudahkan mereka menyerap dan mempelajari segala-galanya yang berlaku di sekeliling mereka. Walaupun pada usia yang kecil ini, ruang lapang untuk bergerak amat penting, bersama-sama dengan mainan yang sesuai, dan lebih-lebih lagi, perhatian khusus yang berterusan oleh penjaga yang penyayang.
Program Pra-Nurseri (Pre-Nursery Program). Kelas Pra-Nursery di Pitter Patter bermula dari umur 18 bulan hingga 3 tahun. Di peringkat ini, perhatian diberikan kepada kecenderungan kanak-kanak terhadap bermain sambil bertanya, sambil bertumpu kepada fonik dan kesedaran bahasa. Suasana pembelajaran mereka penting dan di sini, mereka memperolehi kemudahan bahan-bahan dan sumber-sumber yang perlukan untuk perkembangan kognitif masing-masing sambil juga terdedah kepada mata-mata pelajaran Matematik, Sains, Pengetahuan Dunia, Seni Kreatif dan juga Bahasa Mandarin. Melalui suasana yang mantap ini, para murid dapat membuat kaitan dalam pembelajaran, meresap konsep-konsep baru dengan mudah dan menghayati zaman kanak-kanak mereka seperti yang patut, dengan penuh keseronokan dan gelak ketawa! Elemen interaktif dan tarikan dikekalkan dalam semua pelajaran untuk menarik minat para murid supaya sentiasa ingin mengetahui dengan lebih lagi.
Program Tadika (Kindergarten Program). Program Tadika adalah untuk kanak-kanak berumur antara 4-6 tahun. Pada usia ini, kanak-kanak perlu bersiap sedia untuk kehidupan sekolah rendah, dan oleh itu para murid di Pitter Patter digalakkan untuk memahami mata-mata pelajaran dengan mendalam, dan bukan sekadar menghafal fakta-fakta sahaja. Murid-murid akan cuba menghayati ilmu yang kian dikumpulkan dan seterusnya membina daya fikiran yang lebih cerdas di samping mengasah kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah. Semua ini akan membantu mereka melangkah lebih jauh, di alam persekolahan dan selanjutnya. Cynthia juga langsung tidak berpaling dari pendapatnya bahawa kanak-kanak akan sentiasa memerlukan raung yang luas dan lapang untuk membelajar, membesar dan berkembang. “Anda pasti tidak akan mencapai hasil yang sama dengan suasana bilik darjah yang tertutup dan dihadkan.”
Latar belakang dan kelayakan Cynthia termasuk Sarjana Muda Psikologi dari Bemidji State University di Amerika Syarikat. Namun, latihan praktikal Montessori yang diperolehinya di Houston Texas yang memberikannya pengalaman benar dengan bayi dan kanak-kanak, dan seterusnya, dia pun menerima Sijil Latihan Toddler Infant Montessori pada tahun 2008. Pada tahun berikutnya, Cynthia terus mengejar minatnya dan impiannya dengan berkerja di Sekolah Julia Gabriel Kuala Lumpur. Cynthia juga pernah menguruskan The Curious Academy, (sebuah program pengayaan yang berdasarkan falsafah pengajaran Glenn Doman), dan dia juga pernah berkerja dengan fasilitator pendidikan Hi-5 Australia, di mana dia membantu dalam penubuhan kurikulum pendidikan program tersebut.
Berikutan semua pengalaman ini, minat mendalam Cynthia dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak medorongnya untuk menubuhkan Pitter Patter, sebuah suasana pembelajaran berbilang bahasa holistik yang menyediakan kanak-kanak untuk pendidikan abad ke-21.
Para pendidik di Pitter Patter masing-masing adalah pemegang sarjana dalam pelbagai bidang seperti kerja sosial, pendidikan awal Islam, kejururawatan, psikologi dan sudah tentunya, pendidikan awal kanak-kanak.
"Apabila anda sedang bekerja dengan kanak-kanak, pasukan yang dinamik dan sokongan amat perlu untuk persekitaran kerja yang menyeronokkan, selamat dan seronok untuk pihak kanak-kanak dan juga pendidik. Kami adalah pasukan yang rapat dan kami menyokong antara satu sama lain. Saya rasa bertuah kerana mempunyai pasukan pendidik yang komited dan berkerja jangka masa panjang dengan saya"
Jika kanak-kanak melakukan sebarang kesalahan, mengamuk atau menunjuk sebarang kerenah, tiada hukuman yang dikenakan. “Sebaiknya saya lebih menyenangi cara yang tidak kasar, seperti duduk di sisi kanak-kanak berkenaan, tunggu sehingga dia tenang kembali, dan seterusnya berbicara tentang insiden yang sedang dilaluinya. Itulah yang saya sarankan pada semua pendidik di pusat saya dan hasilnya sentiasa memuaskan,” kata Cynthia.
Satu perbezaan ketara di pusat ini berbanding dengan yang lain ialah, murid-murid di sini tidak berpakaian seragam. Cynthia mengakui bahawa prinsipnya itu telah mendapat reaksi bercampur-campur di kalangan ibu bapa. Namun, pada akhirnya, dia yakin bahawa kanak-kanak juga perlu diberi pilihan dalam kehidupan mereka - dan salah daripada pilihan yang mereka berhak melakukan adalah memilih apa yang hendak dipakai setiap hari!
“Tidak memakai pakaian seragam bukan ertinya seorang kanak-kanak tidak membelajar atau kurang membelajar. Banyak lagi masa untuk mereka menurut peraturan berpakaian seragam semasa mereka bersekolah nanti. Namun, semasa berada di Pitter Patter, apa kata kita memberi mereka peluang untuk mempamerkan gaya masing-masing, dan belajar memilih pakaian yang sesuai? Pada pandangan saya, besar hati rasanya ketika mendengar seorang murid mengatakan kepada rakannya,” Wah, kamu sangat lawa hari ini,” atau, “ Hey, saya suka sangat pakaian kamu!” ungkap pengetua yang ceria itu.
Jelas sungguh bahawa Pitter Patter adalah lain daripada yang lain, terutama sekali dalam memberi ruang yang lapang dan luas untuk kanak-kanak belajar, bermain dan bertanya soalan. Kami amat kagum dengan sikap Cynthia, yang merupakan seorang individu yang masih lagi meletakkan nilai yang tinggi kepada ruang yang luas, pembelajaran aktif dan kebebasan bermain dalam pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak.