by on 29/05/2024 239
Sorotan Utama |
|
Terletak dalam kawasan perumahan Mont Kiara, Odyssey, The Global Preschool merupakan prasekolah Reggio Emilia yang menawarkan pendidikan awal yang tidak berbanding untuk kanak-kanak dari usia 18 bulan hingga enam tahun.
Berasal dari Singapura, sekolah ini telah bertapak di Malaysia pada tahun 2014 lagi dan merupakan pemenang pelbagai anugerah untuk pedagogi dan kampus sekolah yang terbaik. Kampus sekolah ini direka khas untuk mengalakkan semangat penerokaan dan eksplorasi dalam kalangan kanak-kanak.
Setiap kampus Odyssey direka khas sebagai tempat yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak, termasuklah kampus Mont Kiaranya.
Reka bentuk sekolah yang cantik dan moden meliputi kawasan seluas 20,000 kaki persegi, dengan ruang dalaman dan luaran yang besar dan dipenuhi kehijauan. Terdapat juga sebuah taman di atas bumbung sekolah.
Bilik-bilik darjah yang direka khas pula membolehkan perkembangan kanak-kanak secara holistik dalam pelbagai bidang, seperti muzik dan seni, aspek-aspek yang penting dalam pendidikan awal mereka untuk memupuk keyakinan diri di samping memenuhi rasa ingin tahu semulajadi mereka, supaya mereka berani meneroka dan berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka.
Ruang-ruang ini termasuklah Atelier, studio seni sekolah ini yang dipenuhi dengan pelbagai bahan-bahan seperti cat akrilik, arang untuk melukis, dan tanah liat supaya kanak-kanak digalakkan untuk meluahkan kreativiti mereka secara bebas dan menghasilkan hasil seni yang cantik.
Ruang kedua yang memupuk semangat kreativiti ini adalah Jam Studio, yang dipenuhi dengan alatan muzik dan cermin yang dipasang dari lantai sehingga ke siling. Manakala ruang La Cucina pula, iaitu dapur dan tempat makan, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyertai aktiviti memasak bagi membina daya motor halus mereka.
Reka bentuk yang mempunyai tujuan ini juga merangkumi bilik-bilik darjah yang lain. Semua bilik darjah dilengkapi dengan ruang yang luas, menerima cahaya matahari yang semulajadi, dan sudut-sudut pembelajaran di mana kanak-kanak boleh menggunakan bahan-bahan dan sumber-sumber yang mereka minati. Sebagai contoh, bilik darjah dilengkapi dengan perpustakaan mini untuk mengalakkan literasi, dan disokong oleh ruang perpustakaan yang besar di tingkat dua, yang dipenuhi dengan buku-buku dalam bahasa yang berlainan.
Kurikulum Reggio Emilia yang digunakan di Odyssey, yang pernah memenangi pelbagai anugerah, mengupayakan kanak-kanak sebagai peneraju pembelajaran mereka sendiri. Ianya sangat berlainan dengan kaedah-kaedah pengajaran tradisional, di mana guru-guru menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar secara satu hala. Pendekatan Reggio Emilia mengiktiraf kanak-kanak sebagai individu yang berautonomi, yang aktif, mampu membuat keputusan sendiri, dan berharga.
Melalui program-program seperti Art Art Odyssey, Music Odyssey, Fitness Fun, Little Chef, Outdoor Learning Experiences (OLE), dan Emotional Cultural Quotient (ECQ) Literacy, kanak-kanak meningkatkan pemahaman dunia di sekeliling mereka, membina daya penyelesaian masalah, dan berinteraksi secara sosial dengan individu-individu lain. Ianya tidak tertumpu kepada akademik sahaja tetapi merangkumi kemahiran hidup, disposisi, dan sikap-sikap yang perlu selaras dengan pembelajaran abad ke-21.
Dalam program Early Years untuk kanak-kanak 18 bulan hingga tiga tahun, tumpuan diberikan terhadap pembinaan kemahiran komunikasi dan bahasa yang asas, dan juga kemahiran fizikal, sosial, dan perkembangan peribadi. Apabila mereka melangkah masuk ke peringkat prasekolah pula pada usia empat hingga enam tahun, tumpuan beralih ke pembelajaran yang lebih berstruktur dalam pelbagai disiplin.
"Di Odyssey, visi kami adalah untuk menerapkan rasa cinta akan ilmu dalam diri murid-murid kami. Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak mampu dan memiliki keupayaan dan kekuatan tersendiri. Guru-guru hanyalah pembimbing, dan harus memberi ruang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk melakukan pilihan sendiri," kata Cik Petulia Lun, Ketua Pengurus Jenama (Head of Brand) di Odyssey The Global Preschool, Mont Kiara.
Oleh kerana kanak-kanak belajar dengan cara yang berlainan, kelas dan aktiviti di sini dikendalikan dalam kumpulan kecil bagi memastikan perhatian yang rapi dan pendekatan yang peribadi, yang disesuaikan kepada setiap kanak-kanak.
Di Odyssey, guru-guru memainkan peranan yang penting dalam pengalaman pendidikan kanak-kanak. Oleh sebab itu, sekolah memberi latihan yang ekstensif untuk semua kakitangannya, termasuklah bimbingan guru-ke-guru, bengkel, dan sesi mentor, bagi memastikan guru-guru sekolah bukan sahaja fasih dengan kurikulum Odyssey, tetapi juga pedagogi kanak-kanak secara menyeluruh.
Sekurang-kurangnya dua guru ditugaskan dalam setiap bilik darjah di kampus KL mereka, termasuklah seorang pakar kurikulum dan guru yang fasih berbahasa Mandarin. Guru Mandarin ini merupakan sebahagian daripada program Mandarin imersif yang ditawarkan di sekolah, yang mengalakkan persekitaran pembelajaran yang kaya bahasa dan menyokong pembelajaran dwibahasa.
Lebih-lebih lagi, sekolah ini juga mengupah guru-guru pakar yang ditugaskan ke Atelier dan Jam Studio,yang cekap mereka pelan pengajaran yang kreatif, dan dapat membantu meningkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak secara menyeluruh.
Salah satu ciri utama kurikulum di Odyssey adalah kerja projek yang merangkumi tema-tema berlainan setiap penggal sekolah, dan proses ini kebiasannya berlangsung selama enam ke 10 minggu. Sepanjang kerja projek ini, kanak-kanak akan meneroka, membuat kajian, mencari jawapan, membuat eksperimen, berfikir, dan berusaha menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi.
Cik Petulia memberi contoh, iaitu projek Little Chef, di mana guru-guru mencadangkan tema makanan sihat. Sepanjang penggal tersebut, kanak-kanak belajar tentang makanan sihat yang berlainan, bahan-bahan masakan yang mereka sukai, dan mencipta resipi mereka sendiri.
"Semasa melakukan projek tersebut, mereka juga belajar tentang konsep seperti bentuk dan warna, dan meningkatkan daya motor halus mereka semasa memasak resipi," kata beliau.
Pada akhir penggal, sekolah mengadakan acara Little Chef Day dan ibubapa hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Mereka juga dapat melihat cara holistik pihak sekolah menyampaikan ilmu dan bagaimana kanak-kanak dapat mengaitkan konsep-konsep yang telah dipelajari di kelas dalam situasi sebenar.
Matlamat sekolah adalah untuk membina murid-murid yang yakin dalam apa yang telah dipelajari, yang bangga dengan pencapaian mereka, dan bukanlah dinilai dari segi peperiksaan atau kerja rumah sahaja.
Odyssey, The Global Preschool di Mont Kiara, Kuala Lumpur, menawarkan pendidikan awal kanak-kanak yang tidak berbanding, yang berteraskan falsafah Reggio Emilia. Dengan kurikulumnya yang telah memenangi pelbagai anugerah, ditambah lagi dengan kemudahan-kemudahan yang mantap dan guru-guru yang berdedikasi, ibubapa boleh percaya bahawa anak-anak mereka menerima pendidikan yang bertaraf dunia di sekolah ini.