by on 12/09/2023 414
Fokus utama |
|
Damansara Heights menyambut dengan gembira kedatangan sebuah tempat baru, My Little Compass, ia sesuai untuk anak-anak berusia 3 bulan hingga 4 tahun memulakan perjalanan pendidikan yang menghormati dorongan semulajadi mereka untuk bermain dan meneroka. Dengan pintunya kini dibuka, banglo yang diubahsuai menjadi prasekolah ini mencerminkan hasil daripada kemuncak 25 tahun kerja profesional yang didedikasikan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman. Ia didorong oleh kasih sayang dan semangat yang tidak pernah pudar. Sama seperti kompas melambangkan panduan dan keyakinan dalam arah, nama My Little Compass mencerminkan misi prasekolah ini untuk membimbing setiap kanak-kanak ke arah perjalanan dalam perkembangan mereka yang bermakna sepanjang hayat, pembinaan karakter dan kasih sayang yang mendalam terhadap pengembaraan sepanjang hidup mereka.
Semasa kanak-kanak melangkah ke pintunya, My Little Compass menerima kepercayaan yang ikhlas bahawa setiap kanak-kanak adalah permata yang berharga, ia layak mendapat perhatian peribadi, pendidikan yang istimewa dan ruang selamat untuk perkembangan diri yang terbaik untuk berkembang tanpa batasan. Dalam persekitaran yang penuh kasih ini, kanak-kanak bukan sahaja akan berkembang maju dengan cemerlang tetapi juga akan diraikan untuk kekuatan keunikan mereka, justeru menyalakan cinta sepanjang hayat terhadap pembelajaran yang dipandu oleh guru yang komited.
Menerapkan falsafah berasaskan Montessori dan prinsip bermain, My Little Compass bertumpu kepada 3 nilai teras berikutnya, ia mempunyai setiap nilai yang mampu memberikan kepada komitmen prasekolah ini untuk menggalakkan kanak-kanak berkembang sepenuhnya pada potensi mereka.
Di My Little Compass, kepentingan bermain dalam perjalanan pembelajaran kanak-kanak adalah amat penting. Kami mengiktiraf bahawa bermain adalah pintu masuk kepada perkembangan holistik, dan prasekolah ini mewujudkan persekitaran di mana bermain bukan sekadar aktiviti, tetapi merupakan asas pendidikan. Melalui pelbagai aktiviti menarik yang berkilauan dengan kreativiti, guru-guru di sini menjadikan setiap saat sebagai peluang bagi kanak-kanak kecil untuk meneroka dan berseronok. Dengan setiap konsep baharu yang dipelajari, setiap idea baharu yang ditemui, ia dapat menjadikan setiap cabaran yang diatasi dan setiap persahabatan yang terbentuk, My Little Compass adalah tempat di mana keajaiban pembelajaran melalui bermain menjadi kenyataan. Hal ini dapat mencipta kenangan yang berharga dan asas yang kukuh untuk masa depan yang cerah.
Guru-guru di My Little Compass juga berusaha untuk menghidupkan semula kegembiraan yang tulen dari pengalaman zaman kanak-kanak dahulu, ia seperti kegembiraan murni yang terlibat dalam pengembaraan luar dan mencipta permainan imaginatif tanpa skrin, membentuk asas pembelajaran. Dengan berbuat demikian, My Little Compass memberikan peluang berharga kepada kanak-kanak untuk menikmati kemurnian detik-detik mudah ini, justeru mampu merangkumi teras zaman kanak-kanak, yang amat sukar diperoleh oleh generasi semasa.
Mendapat inspirasi daripada prinsip-prinsip Kaedah Montessori serta asas utama pembelajaran berasaskan permainan, guru di My Little Compass mempromosikan pelbagai peluang penerokaan bebas yang selamat, ia seringkali melalui aktiviti praktikal yang dihentikan. Dengan ini, kanak-kanak dapat mempelajari tentang dunia di sekeliling mereka. Apabila kanak-kanak melibatkan diri dengan bahan dan subjek secara mendalam, sambil berkembang mengikut kecendurungan masing-masing. Hal ini dapat mengembangkan kreativiti, mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan menanam semangat kerjasama dengan rakan sebaya.
Pendekatan utama di My Little Compass adalah untuk menyediakan persekitaran yang menyokong dan penyayang untuk pembangunan holistik kanak-kanak serta pemperoleh kemahiran melalui pelbagai program berikut:
Memenuhi keperluan perkembangan bayi bermula dari usia 3 bulan, ia bagi menjaga persekitaran yang selamat dan selesa adalah yang paling utama. Program khusus ini memastikan setiap bayi menerima perhatian dan penjagaan yang disesuaikan dengan individu untuk membina asas yang kukuh dalam kepercayaan dan keselamatan emosi. Pelbagai rangsangan deria yang sesuai dengan usia yang disediakan untuk menyokong perkembangan awal. Penjaga di My Little Compass sentiasa memerhatikan tingkah laku bayi. Dengan ini dapat memahami dan memberi respons terhadap isyarat mereka, serta mengikuti pencapaian penting untuk memastikan semua orang sihat dan berkembang dengan baik.
Sepanjang usia 1½ hingga 3 tahun, rasa ingin tahu semula jadi minda muda menjadi pendorong di sebalik struktur Program Pra-Sekolah. Ia menggabungkan dengan harmoni pendekatan berasaskan Montessori dan Bermain, ia menghasilkan pengalaman pembelajaran yang mendalam dan menawan. Penyepaduan amalan Montessori memperdayakan kanak-kanak kecil untuk menerima kebebasan dan pembelajaran praktikal, yang membina kemampuan mereka membuat keputusan. Di bawah bimbingan guru-guru terlatih, kanak-kanak kecil terlibat dengan bahan-bahan yang sesuai dengan usia mereka yang memperkuat kepercayaan diri dan pertumbuhan kognitif. Pada masa yang sama, falsafah berasaskan Bermain dengan lancar melengkapi metodologi Montessori dengan memanfaatkan bermain sebagai cara secara semula jadi untuk pembelajaran. Melalui bermain, kanak-kanak kecil memulakan perjalanan penerokaan, memupuk kemahiran sosial, dan membina kemampuan menyelesaikan masalah. Penggabungan permainan imaginasi dan aktiviti interaktif lebih memperkemaskan lagi kemahiran motor dan terus membina rasa ingin tahu mereka.
Program Taska di My Little Compass menekankan pengaruh transformatif prinsip Montessori terhadap perkembangan minda muda. Kurikulum dengan lancar menyepadukan bidang pembelajaran yang luas ke dalam jadual harian, termasuk permainan dramatik yang mendalam, seni, muzik dan pergerakan berirama, bercerita dan permainan luar. Dengan ini dapat menggalakkan imaginasi kreatif, serta minat dalam pelbagai bidang dan kasih terhadap pembelajaran. Walaupun bahasa pengantar utama ialah bahasa Inggeris, program ini dirancang dengan teliti untuk merangkumi kedua-dua bahasa Mandarin dan Bahasa Malaysia. Hal ini supaya kanak-kanak dapat berjaya dalam persekolahan formal, tidak kira jenis sekolah rendah yang mereka pilih untuk masuk kemudian.
My Little Compass bercita-cita untuk menambah dimensi yang luas kepada kehidupan sekolah. Pada masa ini, Program Intensif Mandarin disediakan untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun untuk meletakkan landasan yang komprehensif dalam pembelajaran bahasa. Program pengayaan tambahan akan diperkenalkan berdasarkan keperluan dan minat kanak- kanak. Hal ini dapat memastikan pengalaman pendidikan yang menyeluruh.
Bagi ibu bapa yang mencari pengalaman pembelajaran awal yang transformatif yang menghargai hakikat sebenar zaman kanak-kanak, dengan adanya kuasa pendekatan Montessori berdasarkan bermain dalam pembelajaran, dan keperibadian setiap kanak- kanak, My Little Compass bersinar dengan jelas.
Lawati My Little Compass hari ini dan bantu anak anda mula menjejak jalan pendidikan yang luar biasa!