by on 01/11/2024 32
Sorotan Utama |
|
Cuba bayangkan tempat di mana si manja anda boleh berkembang pesat melalui pendekatan yang berasaskan permainan serta seni dan kraf. Terletak di komuniti Mont Kiara, Mum N Kids Club menawarkan pendekatan sebegini: persekitaran yang ramah mesra yang menggabungkan falsafah Reggio Emilia, kurikulum Perancis, dan menggunakan seni sebagai asas pembelajaran.
Dibuks pada tahun 2019, jenama Mum N Kids Club brand terdiri daripada sebuah prasekolah dan pusat penjagaan harian untuk kanak-kanak berusia 18 builan hingga 5 tahun, dan juga sekolah seni untuk kanak-kanak yang lebih besar dan juga orang dewasa.
"Idea di sebalik Mum N Kids adalah untuk menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan," kata pengasas Cik Li Yan. Beliau percaya bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan baik apabila mereka berasa seronok dan mempunyai minat terhadap sesuatu. "Kami inginkan kanak-kanak kami berkembang dan meneroka alam persekolahan dan pelajaran mengikut tahap kemampuan masing-masing, dan kami mahukan proses tersebut sesuatu yang menarik dan menyeronokkan," kata beliau.
Falsafah ini jelas terlihat di prasekolahnya, di mana sesi permainan bebas tanpa mengira ilmu dijalankan dalam suasana yang ceria dan riang, yang membolehkan kanak-kanak melakukan penerokaan dan juga meluahkan ekspresi diri mereka.
Prasekolah Mum N Kids mengikuyt pendekatan Reggio Emilia yang diintegrasikan dengan kurikulum pendidikan awal Perancis, yang membezakannya dari program Montessori dan UK yang lebih banyak digunakan di Malaysia.
Pembelajaran di sini distruktur mengikut tiga tahap, semuanya dinamakan nilai-nilai positif seperti Love (Kasih Sayang), Faith (Kepercayaan) dan Joy (Keceriaan). Dalam kelas Love, kanak-kanak berusia 18 hingga 30 bulan digalakkan untuk meneroka dunia di sekeliling mereka dan memenuhi rasa ingin tahu mereka melalui permainan sensori, muzik, dan pergerakan.
Manakala kanak-kanak dalam kelas Faith (30 bulan hingga 4 tahun) pula dilayan sebagai individu yang unik dan mempunyai kekuatan tersendiri, dan mereka dibimbing melalui aktiviti interaktif dalam seni, kemahiran hidup praktikal, bahasa, matematik, dan sains.
Akhir sekali, kelas Reception untuk kanak-kanak 4 hingga 5 tahun bertumpukan aktiviti praktikal dan situasi yang merangsangkan, supaya mereka sedia untuk menghadapi cabaran tahap seterusnya dalam pelajaran mereka.
"Dalam prasekolah Perancis, agak biasa untuk kanak-kanak bergaul dalam kumpulan umur yang berlainan.Kami mengikuti pendekatan tersebut di sini, sebagai contoh, semasa sesi permainan bebas, kanak-kanak yang lebih kecil akan berinteraksi dengan kanak-kanak yang lebih besar, dan mereka akan bermain bersama. Ia dapat membantu mereka membina kemahiran bersosial. Kanak-kanak yang lebih kecil menjadikan kanak-kanak yang lebih besar sebagai rujukan, manakala mereka yang lebih tua pula dapat melatih kesabaran mereka," jelas Cik Li Yan.
Rutin harian dipelan dengan teliti bagi menyimbangkan struktur dan juga kebebasan belajar. 'Circle time' adalah masa di mana kanak-kanak duduk bersama, berkongsi cerita dan membuat refleksi diri, manakala semasa sesi permainan bebas pula, mereka boleh memilih aktiviti yang mereka sukai di stesen belajar tertentu, seperti permainan air atau permainan sensori.
"Kami mengamalkan konsep 'DEAR': Drop Everything And Read. Ia merupakan sesi di mana kanak-kanak boleh membaca di sudut bacaan dan membina rasa cinta terhadap ilmu dan cerita," jelas Cik Li Yan.
Oleh kerana kumpulan belajar berstruktur biasanya dijalankan dengan bilangan pelajar yang kecil, guru-guru mampu menyesuaikan kaedah pengajaran mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak yang lebih kecil mampu mencapai matlamat perkembangan mereka dengan lebih awal, mereka akan diberikan tugasan yang lebih kompleks dan mencabar, kata Cik Li Yan.
Aspek penting yang lain yang diammbil dari kurikulum Perancis adalah tugasan harian yang diberikan kepada kanak-kanak, seperti mengambil kedatangan atau melakukan sesuatu aktiviti."Kami inginkan kanak-kanak memikul tanggungjawab dari usia yang muda lagi bagi memupuk rasa bangga dalam apa jua yang mereka lakukan," tambah beliau.
Prasekolah ini bekerjasama dengan sekolah Perancis, iaitu Lycee Francais de Kuala Lumpur (LFKL), jadi ia sesuai untuk ibubapa yang inginkan anak-anak mereka masuk ke sekolah antarabangsa Perancis. Waktu petang di prasekolah ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti pengayaan untuk kanak-kanak yang lebih besar, seperti kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Terdapat juga rancangan untuk kelas Bahasa Perancis, dengan kerjasama LFKL.
Ruang-ruang di Mum N Kids tidak menyerupai prasekolah yang biasa. Ia banyak menggunakan cahaya semulajadi dari tingkap 'drop down' dan juga pintu kaca yang memberikan pandangan cantik taman di luar. Persekitaran sebegini sangat kondusif untuk kanak-kanak dan mengalakkan mereka untuk berinteraksi dengan objek-objek di sekeliling mereka.
Keluasan prasekolah sebanyak 2,700 kaki persegi merangkumi taman permainan luar dengan rumput palsu, taman sayur-sayuran, dan tiga bilik darjah yang luas. Setiap sudut direka dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelajar, dengan ciri-ciri seperti kawasan permainan berlapik dan cat dinding antibakteria dan antiviral.
Sementara itu, reka bentuk terbuka mereka juga memudahkan kanak-kanak untuk mencapai pelbagai bahan-bahan pembelajaran, selaras dengan pendekatan Reggio Emilia mereka. "Setiap hari, kanak-kanak yang hadir ke sekolah kami boleh memilih bagaimana mereka ingin memulakan hari mereka di sekolah, sama ada mereka ingin bermain air di stesen air, melukis di stesyen seni, atau bermain di luar. Inilah masa mereka boleh memenuhi sepenuhnya rasa ingin tahu mereka," kata Cik Li Yan.
Seni diterapkan dalam setiap aspek persekolahan di Mum N Kids. Berbeza dengan prasekolah lain di mana seni hanya dipelajari sebagai satu subjek atau aktiviti kokurikulum, Mum N Kids menjadikan seni sebagai teras kurikulum mereka. Untuk kanak-kanak kecil, Mum N Kids memberi tumpuan terhadap 'process art', sejenis bidang seni yang mementingkan proses kreatif dan bukannya hasil akhir seni tersebut.
"Kami memberikan kanak-kanak pelbagai bahan seperti kertas, riben, cat warna air dan sebagainya. Kami tidak mengajar mereka bagaimana untuk menggunakannya, sebaliknya kanak-kanak akan menggunakannya secara bebas mengikut daya kreativiti masing-masing," kata Cik Li Yan. Pendekatan ini tidak sahaja mengasah bakat seni mereka, tetapi juga membantu mengembangkan daya motor halus, pemikiran kritis, dan daya penyelesaian masalah kanak-kanak.
"Apabila anda melangkah masuk ke sekolah, anda akan dapat melihat sebuah kanvas 1.2 m x 1.2 m yang besar di ruang tamu kami. Ia hasil ciptaan murid-murid kami. Pihak sekolah juga kerap menganjurkan pameran seni bagi mempamerkan hasil kerja murid-murid kami. Kadangkala hasil-hasil seni ini dijual kepada ibubapa, dan wang tersebut diderma kepada mereka yang memerlukannya," kata Cik Li Yan.
Semangat kreatif di Mum N Kids tidak sahaja merangkumi prasekolahnya. Sekolah Seni Mum N Kids (The Mum N Kids Art School) yang terletak berdekatan sekolah membekalkan sebuah platform untuk kanak-kanak yang lebih besar dan juga orang dewasa yang ingin mengembangkan bakat seni mereka. Ia menggunakan kaedah unik 'French Art Concept' dari La Petite Academie, dan terbuka kepada pelajar-pelajar tiga tahap, iaitu Basic (5 hingga 7 tahun), Intermediate (7 hingga 10+ tahun), dan Advanced (10 tahun ke atas).
"Kami mengajar murid-murid kami teknik seni yang tulen. Kami juga mengenalkan mereka dengan artis-artis seperti Vincent Van Goh, Henri Matisse, dan artis baru supaya mereka dapat memahami konteks budaya melalui bidang kesenian," jelas Cik Li Yan. .
Sekolah seni ini kerap menganjurkan bengkel seperti melukis batik, manga, skulptur, dan juga kelas ibubapa dan anak-anak, supaya mereka dapat mengeratkan hubungan dan mencipta memori yang indah bersama.
Untuk ibubapa yang inginkan pendidikan yang holistik dan menyeluruh, yang berdasarkan permainan, kreativiti, dan individualiti seorang kanak-kanak, Mum N Kids Club membekalkan pengalaman pembelajaran yang gembira dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu.