by on 13/01/2023 645
Sorotan Utama |
|
Lollipop Preschool, Bandar Puchong Jaya berdedikasi untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan penyayang, di mana setiap kanak-kanak digalakkan untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dari segi akademik, sosial, emosi dan fizikal. Melalui kerjasama yang positif di antara kanak-kanak, ibu bapa dan guru, tadika ini telah membantu ramai kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun untuk berkembang maju sejak 2014. Malah ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mencari sekolah yang sesuai pada tahap kritikal dalam kehidupan anak mereka juga menghargai Lollipop Preschool.
"Di Lollipop Preschool, kami belajar bersama, mengambil berat antara satu sama lain, dan menyayangi semua orang," kata Cik Esther, pengasas yang bersemangat. Dia menyayangi dan mengambil berat terhadap semua pelajar seperti anaknya sendiri. Oleh itu, ibu bapa boleh yakin bahawa anak-anak mereka dijaga dengan baik, daripada pendidikan yang memaksimumkan kelebihan individu, kepada khasiat dalaman dengan makanan yang sihat dan seimbang. Di samping itu, guru-guru juga amat menitikberatkan pemupukan tabiat yang baik dalam diri kanak-kanak sejak kecil, termasuk melahirkan rasa syukur semasa waktu makan dan belajar untuk bersyukur.
Guru-guru di Lollipop Preschool percaya bahawa semua kanak-kanak dilahirkan dengan potensi yang menakjubkan serta pelbagai kebolehan. Dengan menggunakan pendekatan pengajaran yang diilhamkan oleh Montessori, mereka membimbing kanak-kanak kecil mengembangkan keinginan dalaman untuk belajar pada masa kini dan pada masa depan. Untuk mencapai matlamat ini, tadika mengalu-alukan kanak-kanak dalam suasana yang seimbang dan ceria, dan setiap pelajar akan diberikan perhatian individu. Ruang pembelajaran dipenuhi dengan perabot dan bahan pembelajaran bersaiz kanak-kanak. Mereka digalakkan untuk meneroka rasa ingin tahu mereka semasa mereka cuba menguasai kemahiran seperti bahasa dan konsep matematik peringkat awal. Kurikulum yang kaya bukan sahaja memberi tumpuan kepada pendidikan akademik, tetapi juga mengimbangi perkembanhan melalui pelbagai aktiviti pengayaan termasuk muzik, permainan, lagu, pergerakan dan banyak cara kreatif lain supaya keseluruhan proses pembelajaran menyeronokkan.
Kurikulum tadika yang menyeluruh ini juga memenuhi keperluan kurikulum prasekolah kebangsaan negara kita, menyediakan kanak-kanak untuk sekolah rendah pilihan mereka di masa depan. Mereka akan dilengkapi dengan asas untuk berjaya dalam mata pelajaran utama sekolah rendah, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pada asasnya, pendekatan menyeluruh Lollipop Preschool terhadap pendidikan adalah untuk menerapkan 6C dalam diri pelajar, iaitu pemikiran kritis (critical thinking), kerjasama (collaboration), komunikasi (communication), kreativiti (creativity), pilihan untuk menyokong keputusan (choice) dan mengambil berat terhadap orang lain (care), supaya membantu mereka mencapai kejayaan dalam kehidupan pada masa depan.
Lollipop Preschool juga menawarkan perkhidmatan jagaan harian dan kelas tuisyen untuk pelajar- pelajar sekolah rendah di cawangan mereka yang terletak tidak jauh dari tadika. Pengangkutan pergi dan balik dari sekolah terdekat – SJK(C) Shin Cheng – boleh disediakan atas keperluan. Bagi keluarga yang tinggal di Bandar Puteri Puchong, boleh ketahui lebih lanjut tentang cawangan terbaru Lollipop, yang turut menawarkan perkhidmatan pengangkutan ke sekolah terdekat iaitu SJK(C) Kheng Chee.
Di Lollipop Preschool, komunikasi terbuka di antara ibu bapa dan guru adalah bahagian penting dalam pengalaman pendidikan yang positif. Guru melibatkan ibu bapa dengan memberikan maklum balas tentang kemajuan anak mereka, dan juga akan memaklumkan mereka tentang perkara yang berlaku di sekolah. Sebagai satu pasukan, mereka bersama-sama menyediakan semua kanak-kanak supaya memberi kesan positif dalam setiap langkah kehidupan mereka.