by on 24/06/2022 672
Sorotan Utama |
|
Little Play Child Care Centre, Ara Damansara dibuka pada Jun 2022. Visinya ialah mewujudkan komuniti yang bersatu padu di mana anak-anak kecil boleh berkembang dengan gembira di persekitaran yang selesa lagi merangsangkan. Pusat berlesen ini menyediakan pendidikan dan penjagaan penuh kasih sayang untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun, memberikan mereka permulaan yang hebat dalam hidup.
Pasukan di Little Play benar-benar faham bahawa tiada apa yang lebih sukar daripada ibu bapa menghantar anak kecil ke pusat jagaan kanak-kanak buat hari pertama. Oleh itu, mereka telah menjadikan pusat itu satu tempat yang selamat dan memupukkan, di mana kanak-kanak akan menerima banyak kasih sayang dan penjagaan teliti supaya peralihan dari rumah ke Little Play selancar mungkin. “Kami berusaha untuk mewujudkan ikatan yang kukuh dengan kanak-kanak di bawah jagaan kami, supaya mereka berasa gembira untuk datang ke sini setiap hari. Kami berharap dapat membimbing mereka ke dunia pembelajaran yang menarik sambil mereka ketawa dan bermain. Apabila ibu bapa mengamanahkan anak-anak mereka kepada jagaan kami, adalah sama pentingnya untuk mereka berasa yakin dan pasti dalam keputusan mereka,” kata Cik Corina, pengasas Little Play, yang juga diperakui untuk menyokong kanak-kanak berkeperluan pendidikan khas – yang merupakan satu nilai tambahan dalam mengenal pasti kelewatan perkembangan awal kanak-kanak.
Di Little Play Child Care Centre, kami MENYAYANG (tunjukkan kasih sayang, rasa hormat dan belas kasihan kepada setiap orang yang kami temui); kami MENJAGA (mengasuh kanak-kanak, menyemarakkan rasa ingin tahu mereka dan memupuk sifat berdikari mereka); kami BELAJAR (meningkatkan kualiti pendidikan dan menyediaan suasana pembelajaran yang berkualiti). Little Play Child Care Centre, Ara Damansara
Lebih daripada apa yang dicadangkan oleh namanya – pusat jagaan kanak-kanak – Little Play juga menawarkan permainan dan pengalaman pendidikan yang seimbang kepada kanak-kanak, membantu mereka membina asas yang kukuh untuk pembelajaran masa depan. Kanak-kanak akan dibimbing supaya menganggap proses pembelajaran mereka sebagai satu pengembaraan yang ajaib dan menggembirakan, yang akan menarik perhatian serta merangsang imaginasi mereka. Ini bermakna mereka akan terdedah kepada kemungkinan yang tidak terhad. Pada masa yang sama, ia juga mengekalkan rasa ingin tahu semulajadi mereka untuk meneroka dunia yang menakjubkan ini dengan yakin.
Sekilas tentang aktiviti-aktiviti harian seorang kanak-kanak di Little Play biasanya adalah seperti ini: tiba di pusat, masa untuk bermain, senaman pagi, memperuntukkan sesi untuk bidang pengajian utama, permainan yang berasaskan tujuan tertentu, menjamu selera, mandi dan waktu rehat. Sudah pasti bahawa tiada hari yang membosankan di pusat ini. Setiap hari akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti praktikal dan yang berasaskan otak yang menyeronokkan. Ia dirancang dengan teliti oleh pendidik yang berkelayakan untuk memupuk perkembangan kanak-kanak secara menyuluruh. Kanak-kanak belajar dalam kumpulan kecil di mana 1 guru : 5 kanak-kanak atau 2 guru : 7 kanak-kanak. Mereka akan didedahkan kepada matematik peringkat awal, bahasa, seni dan kraf serta eksperimen sains yang mudah. Mereka juga akan berpeluang menikmati masa bercerita, permainan deria, permainan dramatik, memasak, belajar melalui kad imbas dan banyak lagi. (Ibu bapa sekalian, sila nantikan aktiviti-aktiviti hujung minggu yang menarik di pusat ini pada masa akan datang!)
Di bawah bimbingan guru yang penuh kasih sayang, kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran bantu diri, memupuk tabiat harian yang baik, meningkatkan kemahiran motor, kebolehan komunikasi yang lebih baik dengan rakan-rakan mereka, dan lebih bersedia untuk maju ke tadika. Untuk memastikan pembelajaran yang berkesan, guru sentiasa mengingati kebolehan kanak-kanak, dan membuat refleksi yang teliti dari pemerhatian harian ke atas setiap kanak-kanak. Mereka juga akan mengemas kini ibu bapa dengan maklumat yang sewajarnya.
Seluruh pasukan Little Play berkongsi matlamat yang sama iaitu memberikan kanak-kanak yang terbaik pada tahun-tahun awal mereka. Mereka berharap untuk memberi lebih daripada penjagaan asas untuk kanak-kanak. Di sini, kanak-kanak diberi penjagaan menyeluruh dengan makanan yang sihat dan berkhasiat, serta pembinaan hubung yang baik dengan ibu bapa melalui komunikasi terbuka dan ikhlas. Semua ini menggalakkan hasil pembelajaran yang optimum. Selain daripada itu, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan bagi semua yang terlibat sentiasa menjadi keutamaan pusat.
“Kanak-kanak adalah masa depan kita dan kita mestilah menjaga mereka dengan baik sekarang. Walaupun kami adalah guru semasa di dalam kelas, tetapi terdapat juga banyak perkara yang kami belajar daripada kanak-kanak kecil di bawah jagaan kami. Mereka melihat dunia yang indah ini dengan penuh keajaiban, dan ini mengingatkan kita untuk terus mempunyai rasa ingin tahu. Kita harus mempercayai dan menyokong satu sama lain untuk melindungi, mendidik dan membimbing kanak-kanak yang hebat ini yang berada di bawah jagaan kita,” Cik Corina – seorang pendidik yang mempunyai semangat semula jadi terhadap profesionnya, membuat kesimpulan.
Little Play Child Care Centre ingin berkongsi dengan anda keajaiban dan keindahan dalam setiap detik perjalanan pembelajaran anak anda. Tempah kelas percubaan hari ini!