by on 25/05/2021 1389
Sorotan Penting |
---|
|
Prasekolah KLC Johor Bahru menyediakan langkah pertama yang berharga dalam perjalanan pembelajaran kanak-kanak berusia 18 bulan hingga 6 tahun. Bagi kanak-kanak, prasekolah ini merupakan suatu tempat yang menghubungkan aspek keseronokan, pembelajaran, penerokaan, gelak ketawa dan rakan-rakan sekali gus. Bagi ibu bapa pula, ia merupakan persekitaran yang boleh dipercayai oleh mereka untuk menyediakan jagaan paling selamat untuk anak-anak.
Prasekolah ini memberikan perhatian yang teliti terhadap usaha mewujudkan persekitaran yang selesa namun mampu memberikan rangsangan dengan tumpuan khas kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Semua ruangan telah disusun atur dengan tujuan untuk menyediakan akses yang mudah kepada bahan pengajaran agar kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran kendiri dan keyakinan. Turut terdapat kebun sayur yang agak besar di dalam kawasan sekolah yang membolehkan kanak-kanak belajar cara untuk menanam dan menghargai makanan. Semua ini dilakukan dengan protokol keselamatan yang ditetapkan dengan jelas, merangkumi pemeriksaan kesihatan, pengambilan suhu badan, penyahjangkitan harian, pintu pagar keselamatan tahan karat, sistem pengawasan CCTV dan lantai anjal untuk mengurangkan risiko kecederaan.
Semua kanak-kanak di Prasekolah KLC memperoleh manfaat daripada kurikulumnya yang dinamik. Kurikulumnya direka bentuk untuk membantu kanak-kanak berkembang secara holistik – dari segi intelek, kognitif, sosial, emosi dan fizikal – melalui pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kurikulumnya disusun dan disemak secara tetap oleh jabatan R&D dalaman prasekolah ini.
Kaedah KLC bertumpu kepada mengajarkan kanak-kanak cara untuk belajar. Terutamanya cara yang menimbulkan kegembiraan dan minat terhadap pembelajaran yang akan kekal bersama kanak-kanak sepanjang hayat. Bagi kumpulan usia yang termuda, kanak-kanak bermula dengan tapak yang kukuh dalam kemahiran asas dan konsep. Hal ini merangkumi permainan interaktif, muzik, tarian, gim lembut, yoga, seni kreatif, bahasa dan pengiraan awal, serta pembangunan kemahiran motor halus.
Semasa kanak-kanak membesar, mereka semakin mendalami set kemahiran dan pengetahuan yang pelbagai dengan belajar merentas berbagai-bagai bidang subjek, termasuk:
Subjek | |||
---|---|---|---|
Bahasa Inggeris |
Suku Kata |
Seni & Kraf |
Fonik |
Matematik & Pemikiran Kritis |
Latihan fizikal (Yoga Kanak-kanak, Kemahiran Motor, dll) |
Bahasa Cina |
Sains |
Pengucapan & Drama |
Han Yu Pin Yin |
Geografi & Budaya |
Pengucapan Awam |
Bahasa Malaysia |
Muzik & Pergerakan |
Teknologi |
Pengekodan |
Program harian penuh dilengkapi dengan bimbingan kerja rumah, sesi gim minda dan program pengayaan untuk mempertingkat pembelajaran selanjutnya.
Setiap hari, kanak-kanak mendalami topik yang menarik minat mereka dan terlibat dalam banyak aktiviti amali. Beberapa latihan yang mengesankan termasuk menulis jurnal pada setiap hari Jumaat untuk menilai kembali minggu persekolahan tersebut, dan membina robot untuk meningkatkan kecerdasan visual-ruang. Semua pengalaman imaginatif dan inovatif ini mengilhamkan kanak-kanak untuk berusaha lebih gigih dalam semua aspek perkembangan (seperti yang terserlah dalam jadual dibawah).
Perkembangan Menyeluruh | ||
---|---|---|
Objektif |
Matlamat Pembelajaran |
Hasil yang Ingin Dicapai |
Kemahiran Akademik |
Bahasa & Literasi |
Individu yang Berkeyakinan Individu yang Terarah Penyumbang Aktif Pemimpin Masa Depan |
Pengiraan |
||
Kemahiran Fizikal |
Perkembangan Kemahiran Motor |
|
Penerokaan Dunia |
||
Estetik & Pengungkapan Kreatif |
||
Kemahiran Hidup |
Perkembangan Sosial & Emosi |
Ciri istimewa sistem pendidikan di KLC ialah penggunaan Bahasa Isyarat Amerika (ASL) dalam proses pembelajaran. Kanak-kanak seawal usia 18 bulan belajar menggunakan bahasa dan gerak isyarat untuk berkomunikasi. Berbahasa isyarat melibatkan pergerakan fizikal yang memastikan kanak-kanak tertarik semasa pengajaran berlangsung. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belajar bahasa isyarat, perkembangan diri mereka melonjak dari segi percakapan, mengingati ilmu dengan lebih mudah dan mendahului rakan sebaya mereka dalam penilaian IQ.
Di pusat ini, para guru memahami bahawa kanak-kanak semuanya memiliki satu set kekuatan dan bakat mereka yang tersendiri, juga kelemahan dan cabaran. Oleh itu, para guru tidak terikat dengan kaedah berpusatkan guru yang tradisional, tetapi mereka menawarkan pendekatan yang fleksibel dan diperibadikan untuk membantu kanak-kanak berkembang melebihi keupayaan mereka. Dan kanak-kanak belajar dalam kelas yang kecil bilangan muridnya, seterusnya memberi peluang kepada setiap pelajar menonjolkan diri. Perjalanan pembelajaran kanak-kanak direkodkan dalam portfolio masing-masing. Semua dokumentasi mengenai perkembangan dan kemajuan mereka sentiasa tersedia untuk para guru membuat refleksi dan membolehkan ibu bapa mengaksesnya melalui aplikasi mudah alih.
Prasekolah KLC bukan sekadar mendidik anak-anak untuk kecemerlangan akademik; mereka mendidik anak-anak untuk masa depan. Sejak usia muda, kanak-kanak ini dibimbing untuk menjadi pelajar yang mencari pengetahuan secara bebas dan insan yang dapat berfikir di luar kotak. Mereka selesa bertanya soalan dan mengungkapkan pandangan walaupun mempunyai pendapat yang berbeza. Selain itu, prasekolah ini menganjurkan lawatan ke rumah anak yatim dan rumah jagaan orang tua serta mengajarkan kanak-kanak tentang matlamat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke arah mewujudkan planet lestari, agar kanak-kanak memahami bahawa mereka perlu bertindak sebagai pemimpin yang berprinsip untuk menjadikan dunia ini sebuah tempat yang lebih baik.