by on 24/06/2019 2224
Kingsbee Toddlers Preschool, Pandan Indah didedikasikan untuk menyediakan keluarga dengan program pengayaan bagi kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun, berserta khidmat penjagaan waktu selepas sekolah yang membolehkan kanak-kanak mencapai potensi intelektual, kognitif, sosial, emosi dan fizikal mereka sepenuhnya. Pusat ini percaya bahawa anak kecil memerlukan pembelajaran menerusi bermain, eksplorasi dan pengalaman amali dan ia harus digalakkan bagi merangsang perkembangan seluruh otak mereka. Komunikasi bersama ibu bapa dan pemerhatian berterusan untuk si kecil secara individu ditekankan untuk memberikan pengalaman pendidikan awal yang bermanfaat bagi mereka yang mendaftar di sekolah ini.
Kingsbee Toddlers mengambil apa yang mereka anggap sebagai aspek pendekatan yang berkualiti tinggi untuk melahirkan kanak-kanak yang celik sosial dan dan berkeyakinan diri. Pusat penjagaan kanak-kanak ini menawarkan:
Kanak-kanak melalui setiap hari dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang memberi tumpuan kepada rangsangan bahasa, matematik, saintifik, sosial dan emosi, serta pembangunan motor halus dan kasar. Dalam persekitaran yang menyokong dan penyayang ini, mereka menemui, bereskperimen, bermain, berkawan dan berdikari. Saban hari mereka maju, pada kadar perkembangan yang sesuai, dilengkapi dengan jadual yang biasanya berjalan seperti berikut:
8:30 a.m. – 9:00 a.m. Ketibaan / Waktu Bulatan / Kisah Cerita / Lagu / Pergerakan
9:00 a.m. – 12:00 p.m. Program Akademik Teratur / Pembangunan Kemahiran Berkaitan
12:00 p.m. – 1:30 p.m. Makan Tengah Hari / Mandi / Permainan Bebas
1:30 p.m. – 3:30 p.m. Tidur
3:30 p.m. – 5:00 p.m. Pembaca Kingsbee / Aktiviti Pengayaan / Permainan Bebas
5:00 p.m. – 5:30 p.m. Bersurai
Pengalaman pembelajaran adalah termasuk dengan keseimbangan aktiviti kumpulan berstruktur dan permainan bebas. Format ini memasukkan perbincangan topik bertema, aktiviti buku kerja, kisah cerita, lagu, permainan imaginatif, aktiviti fizikal, dan penggunaan pelbagai peralatan kognitif serta mainan manipulatif. Kegiatan yang dirancang secara teratur dipillih setiap hari untuk menggalakkan perkembangan kecerdasan linguistik, logikal matematik, muzik, visual ruang, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan daya fikir eksistensialisme.
KURIKULUM AKADEMIK |
KURIKULUM PENGAYAAN |
PERKHIDMATAN BERKAITAN PENDIDIKAN |
KEMAHIRAN HIDUP |
PROGRAM KEM CUTI SEKOLAH WHOLE BRAIN |
---|---|---|---|---|
|
|
|
|
|
Sekolah ini bermatlamat untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai pengalaman pendidikan yang akan membantu dalam peralihan ke tadika dengan lancar dan positif. Kingsbee Junior Kindergarten mengamalkan rangka pembelajaran yang sama, di mana ia bertujuan untuk membangunkan keseluruhan otak. Program sokongan dibuat untuk merangsang semua aspek perkembangan kanak-kanak dan kanak-kanak akan membangun secara baik dari segi intelek dan emosi. Lama-kelamaan, kanak-kanak mampu membina asas kukuh dalam literasi, matematik, sains dan nilai moral. Tadika ini menganjurkan untuk bermain, bergerak secara fizikal dan meneroka bakat sebagai sebahagian daripada perkembangan optimum untuk kanak-kanak. Falsafah dan matlamat tadika ini menyediakan otak kanak-kanak kepada pembelajaran dan mengasah kemahiran yang diperlukan untuk pencapaian cemerlang di sekolah rendah.