by on 18/02/2020 1738
Sorotan Utama |
|
Pembelajaran berlaku pada kadar yang paling cepat semasa kanak-kanak masih muda lagi, iaitu antara 0-6 tahun. Kenyataan ini bukanlah satu rahsia, di mana terpulang kepada ibu bapa untuk memanfaatkan masa yang singkat dan kritikal ini supaya anak mereka mendapat didikan awal yang sempurna. Didikan awal yang bermutu dapat membuka lebih peluang untuk masa depan kanak-kanak.
Ditubuhkan sejak tahun 2008 di Tropicana Golf & Country Resort, Kindyland adalah tadika berasakan akademik yang bertujuan untuk memastikan supaya anak-anak kecil memperolehi pendidikan awal yang terbaik sebagai persediaan untuk magharungi cabaran zaman persekolahan terkini. Baru-baru ini, Kiddy123 berpeluang untuk bertemu ramah dengan Puan Robita, iaitu Pengetua Kindyland cawangan Tropicana Gardens Mall (TGM).
Walaupun bermain merupakan kegiatan yang amat penting bagi kanak-kanak, ibu bapa pasti sudah tahu yang ia tidak patut mengambil alih akademik sepenuhnya, lebih-lebih lagi pada jangkamasa kritikal di mana kanak-kanak dapat menyerap pembelajaran dengan lebih cepat dan mudah. Ibu bapa yang berfikiran secara ini lebih cenderung memihak kepada apa yang Kindyland sedang menawarkan untuk minda-minda muda yang amat mudah dipengaruhi.
"Kami menyediakan kurikulum gabungan yang paling sesuai untuk kumpulan umur yang berbeza di Kindyland, " ulas Pengetua tadika berkenaan. "Kami bermula dengan cara pengajaran berilham Montessori untuk golongan pelajar yang termuda. Seiringan dengan umur dan perkembangan mereka, keperluan kanak-kanak akan berubah dan begitu juga kaedah pengajaran kita. Apabila mereka mencapai usia enam tahun, para pelajar di sini sudah bersedia untuk memasuki apa sahaja jenis sekolah yang dipilih. Kanak -kanak harus beralih dari tadika ke sekolah dengan mudah dan yakin.
Kindyland adalah tadika trilingual (tiga bahasa), dengan fokus pada bahasa Inggeris (bahasa utama), dan Mandarin, dengan pendedahan yang sewajarnya kepada Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan kita. Walaupun pelajar didedahkan kepada ketiga-tiga bahasa sebagai sebahagian daripada kurikulum teras mereka, program tambahan bahasa Mandarin juga ditawarkan di Kindyland sebagai program selepas sekolah. Harus diingati bahawa para pelajar yang akan berdaftar ke sekolah Cina sudah tentunya perlu mahir dalam bahasa tersebut.
Kepekaan terhadap keperluan pembelajaran anak-anak kecil, terutamanya semasa masih muda lagi adalah penting untuk perkembangan mereka, dan juga, mereka mempunyai keperluan pembelajaran yang berbeza-beza. Lawatan kami ke cawangan TGM jelas mendedahkan bahawa Kindyland memenuhi keperluan ini. Bilik-bilik darjah dilengkapi ciri-ciri menarik dari segi warna dan juga hiasan, dan masing-masing mempunyai nama yang sungguh menarik - Sunshine; Rainbow; Sky Space; Ocean; Safari; dan Desert, yang bertujuan untuk mengoptimumkan suasana pembelajaran bagi kumpulan umur yang berbeza.
Dari umur pra-tadika, iaitu tiga tahun ke atas, anak-anak kecil terdedah kepada kemahiran hidup dengan tumpuan kepada kemahiran-kemahiran motor kasar dan halus mereka, yang merupakan keperluan penting kanak-kanak dalam semua segi pembelajaran. Matlamat utama Kindyland adalah untuk mewujudkan sikap minat membelajar dalam diri kanak-kanak sambil membolehkan mereka berseronok. Untuk perjalanan pendidikan yang lebih lancar, Kindyland memastikan bahawa para pelajar mempunyai pemahaman asas dalam tiga bahasa - Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia & Mandarin. Perhatian yang wajar juga akan diberikan kepada kemahiran sosial kanak-kanak serta kemahiran yang akan mengasah penyelarasan mata, ketangkasan serta daya peringatan mereka.
Tanpa kemahiran yang penting ini, kanak-kanak mungkin ketinggalan disebabkan kesukaran ketika memegang pensil dan juga dalam perkara-perkara lain seperti mengikat tali kasut mereka atau memakai pakaian sendiri. Kemahiran-kemahiran ini tidak sepatutnya diambil ringan, terutamanya semasa zaman moden ini apabila anak-anak seperti terlalu dimanjakan semasa berada di rumah.
Tanpa kemahiran yang penting ini, kanak-kanak mungkin ketinggalan disebabkan kesukaran ketika memegang pensil dan juga dalam perkara-perkara lain seperti mengikat tali kasut mereka atau memakai pakaian sendiri. Kemahiran-kemahiran ini tidak sepatutnya diambil ringan, terutamanya semasa zaman moden ini apabila anak-anak seperti terlalu dimanjakan semasa berada di rumah.
Jika kita ingin melihat kanak-kanak maju dalam pembelajaran dan perkembangan mereka, kita perlu layan mereka seperti kita layan orang dewasa dan pada masa yang sama, kita juga perlu peka terhadap keperluan mereka. Perbezaan dalam kemajuan mereka pasti terserlah dengan keseimbangan ini, menurut Madam Robita. Kanak-kanak pasti berasa bahawa diri mereka lebih dihargai jika kita tidak menggunakan ‘tutur bayi’ dalam suasana pembelajaran, dan mereka juga akan lebih memahami guru
Apabila kanak-kanak mencapai usia 4 tahun, mereka akan mula mengajukan pelbagai soalan dan juga, mereka ingin lebih berdikari. Kanak-kanak berumur 4 tahun di Kindyland digalakkan untuk bersuara dan membina ilmu pengetahuan mereka di dalam dan juga di luar bilik darjah. Perhatian rapi diberikan kepada matematik asas serta kemahiran membaca dan menulis bersama rakan-rakan mereka dalam persekitaran yang kondusif, sesuai dan menyeronokkan. Sebaik sahaja umur mereka mencecah 5 tahun, mereka perlu tahu cara-cara berinteraksi dengan baik bersama rakan-rakan, serta menyuarakan idea-idea dan pemikiran masing-masing dengan penuh keyakinan dan jelas.
Kindyland berazam untuk maju ke hadapan dalam tujuan utamanya, iaitu untuk memastikan para pelajarnya mencapai kecekapan dalam kemahiran membaca, menulis dan mendengar, serta kemahiran asas matematik. Ini akan memudahkan integrasi serta asimilasi mereka kelak kepada apa sahaja silibus sekolah.
Jadual pembelajaran di Kindyland bertujuan untuk mencapai keperluan optimum pembelajaran dan pembangunan kanak-kanak supaya mereka mencapai kemajuan akademik. Sebagai contoh, dua jam diperuntukkan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Mandarin dan BM masing-masing. Peruntukan masa ini adalah penting supaya jangka masa kritikal kanak-kanak untuk pembelajaran dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Sebab itu, perhatian dan fokus diberikan kepada mata-mata pelajaran tersebut, supaya para pelajar di Kindyland mencapai keperluan akademik untuk persekolahan nanti.
Keseimbangan pembelajaran dan bermain yang sesuai dikekalkan di Kindyland, dan ini membezakannya secara ketara berbanding dengan kebanyakan tadika. Sementara mengekalkan perhatian kepada akademik, kanak-kanak masih dapat berseronok semasa belajar, di mana mereka menikmati pelajaran dalam muzik, seni, permainan drama dan tarian. Kindyland juga mengadakan acara-acara sekolah dan juga lawatan luar sekolah yang menerujakan bagi para pelajar.
Bagaimanakah kami menentukan kesediaan kanak-kanak untuk maju ke peringkat pelajaran seterusnya? Jawapannya ialah, kami mempunyai pengalaman dalam mengumpulkan elemen-elemen pembelajaran yang terbaik untuk kanak-kanak, dan kami juga mempunyai garis panduan yang kami patuhi untuk mencapai hasil terbaik. Kami telah mula membuat bahan-bahan pembelajaran kami sendiri untuk lebih sesuai dengan demografi 2020 yang terkini di sini.
Kindyland berusaha untuk memberikan pendidikan yang menyatukan otak kiri dan kanan. Untuk melakukan ini, mereka memperkenalkan Program Latihan Otak Kanan sebagai sebahagian jadual hari panjang mereka. Ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengukuhkan kreativiti dan imaginasi mereka, bukannya hanya memfokuskan pencapaian akademik semata-mata. Program ini menggunakan kad flash untuk mengaktifkan otak kanan dan kemajuan dalam kesukaran mengikut usia. Hasilnya, kanak-kanak mengembangkan memori fotografi yang lebih baik, kemampuan memproses maklumat berkelajuan tinggi, tumpuan mental, pengiktirafan spasial dan tumpuan visual.
Segala yang dikendalikan di Kindyland dilakukan untuk kepentingan kanak-kanak di sini. Berbanding dengan tadika-tadika yang 'berasaskan permainan', tumpuan di sini adalah untuk memastikan kanak-kanak bersedia untuk menghadapi cabaran sekolah moden. Sebagai contoh, di Kindyland, kemahiran membaca dan menulis dititik beratkan kerana kemahiran-kemahiran ini semakin merosot di kalangan kanak-kanak hari ini disebabkan penggunaan alat-alat digital yang berlebihan dari umur yang sangat muda, padahal itu lah umur yang harus digunakan dengan bijak untuk memastikan perkembangan keseluruhan yang sempurna bagi kanak-kanak. Di Kindyland, ibu bapa tidak perlu risau, kerana anak mereka pasti dapat membaca dengan betul, dan bukan hanya menghafal perkataan dalam buku-buku tertentu! Guru-guru di sini mempunyai kaedah mereka sendiri untuk membantu anak-anak kecil membaca dengan lancar.. Memang sukar untuk dibayangkan kesukaran yang dihadapi kanak-kanak sekolah yang tidak tahu membaca (atau menulis) dengan betul!
Kindyland berusaha bersunguh-sungguh untuk memperolehi buku-buku yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak.
Oleh kerana sukar untuk mencari buku daripada mana-mana penerbit yang mempunyai semua yang kita perlukan untuk menampung demografi di sini, kami kumpulkan apa yang perlukan dari sumber yang berbeza dalam kompilasi yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita. Dengan ini,, pembelajaran akan menjadi lancar dan kami dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
Boleh dikatakan bahawa Kindyland agak unik sebagai tadika zaman moden, berbanding dengan tadika-tadika lain yang berasaskan mainan yang sedang muncul di mana sahaja di seluruh negara.
Sebagai warga Asia, kami memang tak dapat lari dari kenyataan bahawa akademik amat ditekankan di sini, biarpun di aras tadika. Jika difikirkan sebaik-baiknya, budaya tadika berasakan bermain yang amat terkenal di Barat mungkin tidak mempunyai keburukan semasa anak-anak masih di tadika, tetapi apakah akan terjadi pada mereka sebaik sahaja mereka masuk ke sekolah rendah?
Dari segi keperluan pembesaran kanak-kanak hari ini, perlu ada masa dan tempat yang sesuai untuk segala-galanya. Bermain adalah kecenderungan kanak-kanak yang semulajadi, dan kanak-kanak kecil di Kindyland sudah tentu dapat bermain dan berseronok. Namun, ini tidak bermaksud bahawa akademik diketepikan atau diambil alih olehnya, seperti yang sedang berlaku di pusat-pusat perkembangan awal kanak-kanak hari ini, termasuk juga sesetengah tadika.
Dari segi akademik dan kemahiran hidup, para pengarah dan pengetua Kindyland telah menyusun kurikulum yang amat berkesan dan berimpak tinggi untuk memastikan setiap kanak-kanak bersedia untuk memulakan alam persekolahan masing-masing, mengikut jenis sekolah yang mana mereka akan masuk.
Ibu bapa juga perlu ingat bahawa jika mereka berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang baik dan bereputasi, jenis penilaian yang perlu mereka dilalui tidak mudah jika mereka tidak mempunyai persediaan yang sempurna. Selain elemen akademik, kanak-kanak juga mungkin berasa cemas dengan suasana di mana kebanyakan penilaian dilakukan, lebih-lebih lagi jika mereka hanya biasa dengan persekitaran berelemen main sahaja.
Dari segala sudut, Kindyland telah berusaha dengan bersunguh-sungguh sehingga melebihi apa yang boleh diharapkan daripada sebuah tadika supaya kanak-kanak cukup bersedia untuk cabaran hidup sebenar, terutama sekali alam persekolahan.
Di tengah-tengah semua ketidakpastian yang ditimbulkan oleh coronavirus, Kindyland tidak memandang ringan untuk membuka semula sekolah ini. Dengan penyediaan yang teliti, garis panduan pembukaan sekolah yang baru (disenaraikan di bawah) diperkenalkan oleh cikgu-cikgu untuk menjaga keselamatan seluruh sekolah dan meredakan kerisauan ibu bapa tentang menghantar anak mereka kembali ke sekolah.
Untuk SOP pembukaan semula yang lebih terperinci, sila klik di sini.