on 10/01/2024 350
Sorotan Utama |
|
Ibu bapa hari ini menghadapi pelbagai cabaran berkenaan dengan pendidikan awal anak-anak mereka. Kanak-kanak sendiri pun mungkin mempunyai pelbagai jenis keperluan pembelajaran, tertakluk kepada persekitaran harian masing-masing, tabiat, kesukaan, ketidaksukaan, dan sebagainya. Mungkin mereka juga terlalu biasa menghabiskan masa di hadapan skrin, terutamanya semasa ibubapa mereka secara tidak sengajanya menggunakan telefon bimbit sebagai 'pengasuh' anak semasa sibuk menjalankan tugas atau ketika mereka ingin rehat sebentar.
Akibatnya, ramai ibu bapa hari ini mungkin bimbang tidak dapat mencari prasekolah yang akan menerima anak mereka, yang, tidak semestinya mempunyai masalah pembelajaran atau mempunyai keperluan pembelajaran khas. Sebaliknya, anak-anak mereka mungkin mempamerkan gejala penggunaan skrin jangka panjang, seperti rentang perhatian yang singkat, ketidakupayaan untuk memberi tumpuan, dan sebagainya. Melalui pasukan pengajarnya yang profesional, berserta kerjasama ibu bapa, Prasekolah Joyous bersedia untuk membantu menyelesaikan keadaan sedemikian dan menyediakan pendidikan awal yang berkualiti lagi inklusif yang diperlukan kanak-kanak untuk berkembang maju dan bersedia untuk masuk ke sekolah rendah.
Ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai pusat terapi untuk kanak-kanak berkeperluan khas, Prasekolah Joyous menjadi prasekolah inklusif pada tahun 2017 berikutan khabar mulut dan sudah pastinya, atas kualiti pendidikan awal mereka. Kini, kanak-kanak dari pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat pembelajaran boleh memperoleh pendidikan yang terpenting dalam kehidupan seseorang, iaitu pendidikan awal, di prasekolah yang terkenal ini. Tema mingguan yang direka khas dan kurikulum berasaskan permainan yang menarik adalah antara ciri utama prasekolah ini yang membantu menghasilkan pelajar muda yang cemerlang, begitu juga guru berkemahiran dan berkelayakan yang menyukai pekerjaan mereka.
Bermain adalah kerja kanak-kanak, dan di Prasekolah Joyous, ia menjadi kunci kepada pembelajaran yang berkesan! Di samping mematuhi sukatan pelajaran prasekolah kebangsaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK), Prasekolah Joyous juga mengaplikasikan pendekatan berasaskan permainan dan tema untuk menarik dan mengekalkan perhatian kanak-kanak dalam mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Mandarin, bagi memastikan kanak-kanak sedia untuk memasuki sekolah rendah.
Ong Chiau Yi, Ketua Operasi di Prasekolah Joyous menjelaskan bahawa sukatan pelajaran ini secara sendirinya agak sukar untuk diikuti. "Dari segi bahasa, contohnya, anak-anak kecil perlu menghadapinya dari segi pembelajaran, pemahaman, menghafal perbendaharaan kata, dan sebagainya. Di sinilah faedah permainan terselah, dan begitu juga aktiviti secara praktikal (hands-on)," kongsi beliau. Walaupun semasa bermain, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar sepajang mereka di prasekolah dan secara tidak langsung mempersiapkan diri untuk ke sekolah rendah.
Ong juga menyatakan bahawa salah seorang pelajarnya pernah menujukan soalan untuknya setiap pagi: Cikgu, apakah yang akan kita main hari ini? Jelas sekali, kanak-kanak itu seronok belajar kerana pelajaran yang telah dirancang dengan baik dan berbentuk permainan. Prasekolah ini juga mempunyai daya tarikan yang kuat dalam bentuk tema pembelajaran yang pelbagai, contohnya seperti warna, haiwan, tumbuhan, adegan tertentu, peristiwa, dan lain-lain lagi, jadi kanak-kanak boleh mengaitkan dan menatap dengan mudah. Tema ini ditukar setiap minggu untuk memastikan pelajaran sentiasa diperbaharui dan menarik!
Di Prasekolah Joyous, kanak-kanak diajar di dalam bilik darjah dengan rakan-rakan sebaya dan bergantung kepada bilangan pelajar, satu atau dua orang guru akan berada dalam bilik darjah yang mempunyai antara tujuh hingga 15 pelajar. Bilik darjah bersaiz kecil ini memastikan interaksi yang menyeluruh di mana setiap pelajar mendapat penjagaan, perhatian dan bimbingan yang diperlukan untuk berkembang maju. Bagi kumpulan umur yang lebih muda, iaitu Program Penjagaan Kanak-Kanak (Toddler Care Programme), nisbah guru kepada kanak-kanak ialah 1:5 sahaja, supaya penjagaan dan perhatian yang lebih berkualiti dapat diberikan.
Selain taman permainan dalaman di mana kanak-kanak dapat bermain dan meneroka, ciri lain yang menonjol di Prasekolah Joyous ialah Sudut Pembelajaran (atau Learning Corners), yang direka khas, yang terletak di merata prasekolah. Setiap ruang ini mempunyai tema berbeza yang dicipta untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak dan ia termasuk kawasan permainan pretend play, kawasan pembinaan, sudut bacaan, dan sebagainya.
Setiap guru di Prasekolah Joyous disaring atas kelayakan serta kemahiran mereka dalam pengurusan kanak-kanak, serta sikap dan keupayaan mereka untuk bekerja dengan kanak-kanak dan menghasilkan perubahan dalam kehidupan para si-kecil. Kelas percubaan juga diadakan bagi memastikan sama ada calon itu mampu melaksanakan tugas penting membimbing dan membentuk minda muda. Dua kali setahun, guru dan ibu bapa bertemu untuk berdialog dan berbincang secara terbuka tentang cara terbaik untuk membantu kanak-kanak memperbaiki diri dan mencapai kecemerlangan. Daripada sekadar menunjukkan isu yang perlu ditangani, Prasekolah Joyous cenderung kepada cadangan serta penyelesaian masalah, bagi membantu ibu bapa mengatasi isu berkaitan dengan pendidikan awal anak-anak mereka.