on 27/09/2017 2330
Apabila kami sampai ke destinasi kami, kami dapat melihat sebuah prasekolah yang gah dan cantik. HANKidz Leadership Preschool terletak di tengah-tengah kawasan kejiranan Wawasan 2. Berdiri gagah, dikelilingi pokok-pokok buah dan tumbuhan-tumbuhan eksotik, HANKidz mempunyai ruang yang cukup besar; syurga kanak-kanak yang menawarkan keseronokan yang tidak berpenghujung.
HANKidz Leadership Preschool adalah salah sebuah mercu tanda yang terkenal di Pusat Bandar Puchong sejak 20 tahun yang lalu. Bermula pada tahun 2016, HANKidz kini mempunyai satu barisan pendidik yang baru, kaedah pengajaran yang lebih inovatif dan terkini, serta program-program pendidikan yang lebih menarik.
Pasukan di HANKidz terdiri daripada diri saya sendiri, Pui Yeen yang bertanggungjawab terhadap modul pembelajaran, dan Amy yang bertanggungjawab terhadap pengambilan kanak-kanak. Amy juga telah mengambil alih tugas penting di sekolah ini. Berbekalkan visi dan keazaman, Amy telah diberi tanggungjawab untuk mengubah kehidupan setiap kanak-kanak yang datang ke sini. Kami ingin melahirkan pemimpin, bukan sekadar pengikut. Kami percaya bahawa pendidikan yang cemerlang tidak sepatutnya diukur melalui keputusan peperiksaan kanak-kanak semata-mata. Tidak dinafikan bahawa kecemerlangan akademik adalah penting, tetapi penekanan juga harus diberikan terhadap aspek sama ada kanak-kanak itu berkebolehan menghadapi cabaran-cabaran di abad ke-21 sebagai seorang pemimpin, mahupun sebagai rakyat biasa. Tugas seorang pemimpin bukan sekadar memberi arahan dan memimpin, tetapi beliau adalah seseorang yang mempunyai kepimpinan dalaman, yang bukan sekadar menjadi pengikut. Di sini, kanak-kanak dididik bukan sahaja sebagai seorang pelajar, tetapi seorang manusia untuk menjalani kehidupan seterusnya,jelas pengetua Xue Yi
Xue Yi sangat berhati-hati dalam memilih cikgu-cikgu yang bekerja di HANKidz. Selain mengajar Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina, guru-guru dan pelatih menggabungkan aspek pembinaan dan kepimpinan ke dalam sukatan pelajaran mereka dengan menggunakan metodologi pembelajaran yang unik daripada HANKidz. Kejayaan program-program ini dapat dilihat melalui siri maklum balas daripada ibu bapa, menyatakan anak-anak mereka lebih suka meluangkan masa mereka bersama guru-guru di sekolah. Mereka berasa lebih bebas serta yakin dengan diri sendiri. Xue Yi menjelaskan, "Kanak-kanak suka persekitaran pembelajaran serta pengalaman yang menyeronokkan di HANKidz. Mereka dapat belajar melalui usaha penerokaan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Pembelajaran di HANKidz dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Agak sukar untuk kanak-kanak berasa bosan berada di sini.”
Kami menyokong dan memupuk pertumbuhan dan kreativiti kanak-kanak dengan membenarkan mereka merasai kesedaran yang lebih global melalui dunia di sekeliling mereka. Projek perladangan agro kami misalnya, dapat membantu kanak-kanak memahami bagaimana alam semula jadi memberi kehidupan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak juga berpeluang melihat proses kitaran hayat. Selepas menuai apa yang kami tanam, hasil ladang tersebut akan dimasak untuk makanan tengah hari di sini. Usaha ini diharap dapat menyedarkan kanak-kanak akan dari mana makanan mereka datang, serta menyedari bahawa mereka harus bertanggungjawab untuk melindungi bumi daripada bencana alam buatan manusia.
Penglibatan para guru dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak tidak seharusnya berakhir di sekolah. "Ibu bapa adalah elemen penting dalam kehidupan anak mereka, oleh itu kami juga ingin melengkapi ibu bapa dengan pengetahuan dan kemahiran supaya anak-anak mereka berkebolehan untuk belajar dan mengamalkan prinsip-prinsip kepimpinan setiap hari," jelas Xue Yi. Komitmen sebegini sukar dicari pada hari ini!