by on 23/12/2019 1739
Pada Mei 2017, seorang ibu kehilangan anaknya yang baru berusia 4 tahun kerana kejadian tragis terjatuh dari balkoni di Balakong. Sejurus sebelum kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia, dia sedang tidur nyenyak di rumahnya, namun bersendirian. Ibunya yang dikatakan berasal dari Sudan, keluar untuk menjemput dua orang lagi anaknya. Dipercayai kanak-kanak itu telah terjaga daripada tidur, menyeret kerusi ke balkoni dan berdiri di situ mencari ibunya sebelum kehilangan imbangan. Dia terjatuh 14 tingkat ke bawah secara tidak sengaja dan diisytiharkan maut di tempat kejadian[i].
Kejadian ini mempunyai persamaan dengan dua lagi kematian akibat terjatuh yang dilaporkan selang beberapa hari antara satu sama lain, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 5[ii] dan 6[iii] tahun, meninggal dunia kerana terjatuh dari pangsapuri mereka dengan kecederaan traumatik yang parah di bahagian kepala. Dalam kes-kes seperti ini, ibu bapa bukan sahaja menanggung rasa dukacita yang amat mendalam malah juga menghadapi kemungkinan disabitkan dengan tuduhan kecuaian jenayah di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
Malangnya, insiden-insiden terpencil ini tidak hanya berlaku di Malaysia dan benar-benar terjadi kepada banyak keluarga yang tinggal di kediaman bertingkat yang cantik dan ada nilai estetika, dengan sambungan balkoni yang mempromosikan pemandangan sebagai titik jualan utama. Kebanyakan kemalangan ini berlaku kerana ibu bapa selalunya membuat tanggapan salah bahawa kanak-kanak tidak dapat melepasi skrin pelindung nipis yang tidak berkunci atau mereka tidak mampu untuk memanjat pagar balkoni. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia[iv], Asia Tenggara adalah salah satu rantau yang mempunyai kadar kematian akibat terjatuh yang tertinggi dan kematian akibat terjatuh merupakan punca kematian yang ke-12 paling kerap dalam kalangan kanak-kanak berusia antara 5 hingga 9 tahun; 66% kematian akibat terjatuh dalam kalangan kanak-kanak berlaku akibat jatuh dari tempat tinggi.
Kematian tragis beberapa orang kanak-kanak ini menimbulkan kebimbangan mengenai bahayanya balkoni, bukan hanya untuk kanak-kanak tetapi juga orang dewasa, sama ada di kawasan perbandaran atau pedalaman. Adakah balkoni anda benar-benar selamat?
Jika anda menjawab "YA" bagi mana-mana soalan di atas, balkoni anda memang berisiko! Daripada menjadikan balkoni anda sebagai kawasan larangan bagi anak-anak, bertindaklah sekarang untuk melindungi anak anda daripada terjatuh dan mengalami kecederaan serius. Dengan mengikuti beberapa langkah keselamatan mudah dan menyedari risiko yang ada pada balkoni terhadap kanak-kanak cilik, keluarga anda boleh mengelakkan trauma yang telah menimpa keluarga lain yang terkesan oleh kematian akibat terjatuh.
Meskipun balkoni sepatutnya diperiksa oleh profesional setiap lima tahun sekali, situasi sebenar selalunya tidak demikian. Sekiranya pemilik rumah telah lepas tangan, penting bagi anda untuk mengambil peranan. Periksa keutuhan struktur, berjaga-jaga dengan sebarang rekahan atau kerosakan disebabkan air dan cuba goyang-goyangkan rod besi pagar untuk memastikan tidak ada batangnya yang longgar. Sentiasa awasi anak anda dan halang akses ke balkoni dengan memastikan pintu ke balkoni berkunci. Selain itu, pastikan semua perabot dan objek lain yang boleh dipanjat berada jauh daripada tepi balkoni.
Walau bagaimanapun, tidak mungkin bagi kita untuk selalu memerhatikan setiap perkara yang berlaku di persekitaran balkoni kita. Ramai pemilik rumah memasang gril atau jeriji yang tidak tampak, tetapi kedua-duanya mempunyai kelemahan tersendiri. Reka bentuknya masih boleh mengakibatkan kecederaan dan mempunyai kekurangan dari segi estetika. Sementara terdapat sisi pro dan kontra bagi gril dan jeriji tidak tampak, terdapat satu lagi produk di pasaran apabila mempertimbang mengenai langkah keselamatan untuk balkoni anda. Pernah anda mendengar mengenai Glass Curtains®? Pilihan ini semestinya terbaik apabila anda enggan mengetepikan keselamatan dan gaya. Glass Curtains® – sistem langsir revolusioner yang boleh digunakan untuk memagari balkoni dengan kaca sepuhan berkualiti tinggi, memberi kebebasan kepada keluarga untuk menikmati ruang kediaman mereka dalam keadaan yang selamat dan selesa. Panel kaca garis tipis dimasukkan ke dalam laluan antikakisan yang dipasang di birai balkoni, menawarkan rintangan gelongsor minimum dan menjadikan balkoni mesra kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
Glass Curtains® bukan sekadar menimbulkan tarikan yang tidak luput ditelan masa, malah memberikan banyak kelebihan berbanding pintu lipat dua bagi memperoleh suasana kediaman bebas. Setiap sistem disesuaikan dengan teliti supaya memperoleh ketepatan sempurna dalam pelbagai bentuk dan ketinggian. Hanya kaca terbaik yang telah menjalani ujian prestasi impak, tekanan permukaan dan ujian pemecahan yang digunakan; kaca diperkukuh berketebalan 10mm ini dilengkapi dengan piawaian industri antarabangsa dan mampu bertahan menghadapi unsur paling ganas termasuk bebanan angin badai sekencang 250km/jam. Selain itu, sistem pengunci sisi memastikan keselamatan maksimum tanpa mengetepikan keindahan pemandangan.
KEMBALIKAN MANFAAT RUANG BALKONI ANDA DENGAN GLASS CURTAINS® |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kini, anda boleh mengubah suai balkoni anda dengan pemasangan langsir anggun ini untuk menjadikannya ciri fungsi yang bergaya, bukan sekadar tambahan struktur semata-mata. Reka bentuk kaca tanpa bingkai memberi tanggapan yang ia tidak wujud, menjadikannya menarik secara estetika apabila dilihat dari luar mahupun dari dalam. Langsir ini boleh ditarik kembali sepenuhnya – panelnya boleh digerakkan secara berasingan, membolehkannya dibuka untuk kelebaran kecil atau besar – untuk kawalan pengudaraan yang tepat. Panelnya dengan mudah boleh dilungsur, diketepikan dan disusun kemas ke sisi, menawarkan penyelesaian penjimatan ruang secara khusus. Cara panel kacanya terbuka memudahkan pembersihannya; anda tidak perlu mengambil risiko keselamatan dan menjulur tangan ke luar untuk mencuci habuk dan kesan tompokan air hujan. Paling penting, sistem ini bebas biaya penjagaan! Tiada keperluan untuk diminyakkan atau dibuat gantian bahagian seperti galas bebola atau roda getah, semuanya kerana Sistem Pengangkutan Teflon.
Keindahan Glass Curtains® terhasil oleh gabungan sempurna cirinya yang membentuk sistem penyelesaian bagi pelbagai isu kompleks di kediaman bertingkat atau pangsapuri dan juga ancaman balkoni. Usah biarkan diri anda hilang ketenangan minda yang hakiki kerana tinggal di kediaman yang tidak selamat balkoninya, dengan menyedari mengenai bahaya terjatuh dan kemalangan balkoni yang selalu berlaku tanpa amaran dan dalam sekelip mata. Bagi mendapatkan khidmat rundingan keseluruhan atau anggaran kos pemasangan Glass Curtains® untuk balkoni anda, sila e-mel info@glasscurtains.com.my, Whatsapp http://bit.ly/glasscurtainswhatsapp atau lawati https://www.glasscurtains.co/ hari ini.
Rujukan
[i] Four-year-old falls to death from 14th floor of Balakong condomium
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/05/241357/four-year-old-falls-death-14th-floor-balakong-condominium
[ii] Five-year-old falls six floors to his death from Shah Alam apartment
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/09/284679/five-year-old-falls-six-floors-his-death-shah-alam-apartment
[iii] 6-year-old left alone at home falls to his death from Sentul apartment balcony
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/09/277199/6-year-old-left-alone-home-falls-his-death-sentul-apartment-balcony
[iv] World report on child injury prevention
https://www.who.int/violence_injury_prevention/child/injury/world_report/Falls_english.pdf