by on 26/04/2022 214
Sorotan Utama |
|
Enso International Academy, TTDI adalah sebuah fasiliti selamat yang didedikasikan ekslusif untuk memenuhi pelbagai keperluan kanak-kanak dengan kelainan upaya. Terletak dalam kawasan lebih dari 8,000 kaki persegi, akademi ini mempunyai suasana yang mengalu-alukan dengan fasiliti yang direka khas termasuklah studio serbaguna, perpustakaan, bilik pravokasional, ruang mentor, bilik sensori dan bilik darjah yang dilengkapi papan hitam pintar. Akademi ini dinamakan bersempena dengan perkataan Jepun “Enso” yang bermaksud “bulatan kebersamaan”, satu komuniti yang tidak sempurna yang dapat melihat kecantikan dalam ketidaksempurnaan dan memberi kekuatan kepada individu untuk memulakan perjalanan dalam perkembangan diri. Bak namanya, Enso memberi ruang inklusif yang dapat memenuhi pelbagai keperluan khas termasuklah disleksia dan spektrum autistik – satu tempat di mana kanak-kanak boleh Belajar. Bersama-sama. Berjaya (Learn. Belong. Succeed).
Pasukan di Enso terdiri daripada pakar-pakar yang sangat berpengalaman dalam bidang pendidikan khas dan juga ahli terapi profesional yang berdedikasi untuk memberikan hasil yang transformatif untuk setiap kanak-kanak di akademi tersebut. Kombinasi unik kemahiran mereka membenarkan mereka untuk membina persekitaran yang penuh sokongan tetapi masih memberi cabaran – persekitaran kondusif untuk kanak-kanak berasa selamat secara fizikal dan mental untuk belajar. Bersama-sama, mereka berusaha untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi maksimum mereka dengan memupuk semua aspek kanak- kanak – menyeimbangkan perkembangan akademik, sosial, emosi, fizikal dan juga peribadi.
Di Enso, mereka meraikan perbezaan dan menghargai kepelbagaian. Daripada hanya memberi sokongan dalam suasana kelas yang tradisional, mereka menyesuaikan laluan pendidikan yang diperibadikan untuk pelajar berkeperluan khas yang berusia 4 hingga 11 tahun. Oleh kerana kelas mereka dipenuhi dengan pelajar dengan pelbagai keupayaan dan cabaran tersendiri, guru-guru menekankan pembelajaran melalui kumpulan kecil agar pelajar dapat memberi perhatian yang sepenuhnya dan bertambah maju secara progresif. Mereka bertugas dengan tujuan utama memperkasakan setiap pelajar berkeperluan khas dengan keupayaan berfikir untuk diri mereka sendiri dan juga kemahiran yang tepat untuk menjadi pelajar yang berdikari dalam masyarakat global.
Selain mendapat manfaat daripada persekitaran yang menyokong perkembangan, “Apabila ibu bapa mendaftarkan anak berkeperluan khas mereka di sini, kanak-kanak tersebut dapat mengasyikkan diri dalam kehidupan sekolah di Enso, yang mana akan sangat mempertingkatkan kualiti pengalaman pembelajarannya,” tambah Puan Jigna, pengasas Enso International Academy.
Enso berhasrat untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas sama seperti pelajar sekolah rendah di sekolah awam. Kurikulumnya – berinspirasi daripada Kurikulum Antarabangsa England (English National Curriculum) – direka dengan teliti untuk memberi pelajar bidang pembelajaran yang luas dan dalam masa yang sama memberi mereka penyesuaian dan penyelarasan yang perlu untuk kelainan upaya mereka. Melalui modul pembelajaran antara disiplin yang menyeronokkan, kurikulum di sini meliputi subjek Literasi, Matematik, Sains, Geografi, Sejarah, Seni, Muzik, Pendidikan Jasmani dan juga Rekaan dan Teknologi. Untuk memastikan pelajar berminat dalam pembelajaran, guru-guru mengajar dengan pelbagai cara – menggalakkan perbincangan, main peranan dan juga kaedah pendidikan aktif lain serta teknologi interaktif.
Selain daripada akademik, kurikulum Enso juga menekankan kepentingan untuk pelajar dengan keperluan khas untuk menyemaikan kualiti seperti Inkuiri, Komunikasi, Ketahanan, Moral, Kebolehsuaian, Kerjasama dan Hormat. Terdapat pelbagai peluang yang dibina dalam tugas pembelajaran harian – dan melalui subjek seperti Mind Matters, Money Matters, dan juga Mindfulness and Meditation – untuk pelajar mempraktikkan kualiti-kualiti ini dan juga membentuk sifat karakter yang akan membantu mereka sepanjang hidup.
Persediaan untuk kehidupan di luar sekolah sentiasa menjadi matlamat yang penting untuk Enso, kerana kanak-kanak dengan keperluan khas secara umumnya akan membesar menjadi orang dewasa yang masih berkeperluan khas. Untuk memastikan kehidupan kendiri setiap pelajar, Enso membawa pelajaran ke tahap seterusnya dengan memperkenalkan latihan pra-vokasional dalam programnya. Ini menyediakan pelajar dengan kemahiran yang akan membantu dalam tempat kerja atau komuniti mereka di masa hadapan. Contohnya, kemahiran mengikut arahan, pengurusan masa, kebersihan diri, membuat keputusan dan juga menyelesaikan masalah.
Untuk hasil yang terbaik, Enso terus membina budaya yang menyokong dan penuh kolaborasi dalam sekolah, berkerja bersama keluarga untuk mengatasi cabaran dan membantu pelajar berkeperluan khas mengoptimakan potensi mereka dan mencapai matlamat akademik dan kemahiran hidup mereka secara efektif.