by on 22/04/2021 1927
Sorotan Penting |
---|
|
Prasekolah Eduwis ditubuhkan pada 1987 dan sentiasa menjadi mercu bagi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Dengan cawangan yang terletak di seluruh Malaysia, ibu bapa pastinya telah memberikan kepercayaan pada prasekolah Eduwis & kurikulumnya. Eduwis Eco Majestic, Semenyih ialah cawangan terbaru yang baru sahaja menyertai keluarga Eduwis yang sentiasa berkembang dan menyediakan pendidikan berkualiti untuk komuniti setempat.
Baru sahaja dibuka pada Januari 2021, sekolah ini menawarkan program harian penuh dan separuh hari untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun. Sekolah ini beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang untuk program separuh hari, manakala pelajar harian penuh dibolehkan untuk berada di sekolah hingga 6.00 petang, Isnin hingga Jumaat.
Pengetua yang bertanggungjawab terhadap sekolah ini, iaitu Cik Ashley, ialah seorang yang mesra dan keibuan. Sebelum ini beliau bekerja dalam bidang Sumber Manusia, tetapi mengikuti latihan Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk mengejar minatnya. Cik Ashley sangat menyukai kanak-kanak dan hal ini tergambar melalui cara penjagaannya terhadap kanak-kanak di pusat ini.
Sama seperti cawangan Eduwis yang lain, sekolah ini menawarkan pendekatan tematik bersepadu yang bertujuan untuk merangsang pembelajaran bagi minda yang ingin tahu, kreatif dan berbakat. Program ini menyepadukan 8 pendekatan pendidik yang berbeza dengan menggabungkan unsur terbaik setiap pendekatan untuk melahirkan pendidikan holistik yang memberikan tumpuan pada semua aspek perkembangan kanak-kanak. Beberapa bidang pembelajaran utama termasuklah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Matematik & Sains Awal, ICT, Pengajian Am, Kemahiran Hidup dan aktiviti dalaman & luaran. Aktiviti direka bentuk sebagai pengalaman amali si kecil supaya mereka tidak berasa bosan dan sentiasa teruja dengan persekitaran mereka.Walau bagaimanapun, penilaian berterusan dibuat untuk memantau perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
Eduwis Eco Majestic membahagikan pelajar mengikut kebolehan mereka berbanding kumpulan usia agar para pelajar mempunyai rasa kebersamaan dengan rakan sebaya yang mempunyai tahap kebolehan pembelajaran yang sama. Di pusat ini, Cik Ashley dan pasukannya tidak memberikan tekanan kepada kanak-kanak kerana mereka percaya bahawa penting untuk kanak-kanak belajar dan berkembang pada kadar masing-masing.
Para pelajar didedahkan kepada jadual yang dipelbagaikan. Setiap hari mereka dapat belajar dan meneroka pelbagai bidang pembelajaran agar memperoleh pendidikan yang menyeluruh. Para pelajar diwajibkan untuk mengambil kelas piano di pusat ini. Eduwis percaya latihan piano yang diadakan ketika Sesi Pembelajaran Perseorangan dalam tempoh masa yang pendek dapat mengekalkan perhatian mereka dan membantu perkembangan keseluruhan, selain membantu mereka dalam pelajaran mereka.
Eduwis menawarkan pelbagai program pengayaan lain yang termasuk Cambridge English Young Learners yang disediakan untuk kanak-kanak 5 dan 6 tahun. Selain itu, pusat ini juga menawarkan subjek pengucapan & drama, muzik & pergerakan, seni & kraf, fonik dan Pemikiran Perkomputeran (Robotik). Para pelajar juga boleh mengambil program Pemikiran Perkomputeran atau program Ladybird sebagai sebahagian daripada Sesi Pembelajaran Persendirian, selain latihan piano.
Mereka juga menganjurkan program tahunan seperti bercerita, hari sukan, hari guru, lawatan sambil belajar, majlis graduasi dan konsert; hal ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak ini mencabar diri secara berterusan dan mencungkil bakat setiap kanak-kanak. Aktiviti yang tidak berkaitan akademik kerap diadakan di Eduwis kerana mereka percaya bahawa perkembangan dan peningkatan kanak-kanak tidak boleh diukur berdasarkan satu metrik sahaja.
Pusat yang selesa dan lapang ini dilengkapi dengan tingkap besar dinding ke dinding yang menyediakan cahaya matahari semula jadi yang mencukupi untuk pelajar. Sebuah kawasan lapang yang terbuka di tengah menyediakan ruang untuk kanak-kanak berlari, bermain dan berinteraksi antara satu sama lain semasa waktu persekolahan. Kelas-kelas disediakan mirip suasana pendidikan formal untuk membantu kanak-kanak membiasakan diri mereka dengan persekitaran persekolahan. Saiz kelas sentiasa dipastikan kecil, dengan nisbah seorang guru kepada lapan orang pelajar atau paling ramai sekalipun, 10 orang pelajar bagi setiap orang guru.
Sekolah ini juga dilengkapi dengan taman permainan di dalam, kebun mini dengan pelbagai tumbuhan, bekas pasir mudah alih dan kolam untuk bermain pasir dan air serta beraneka kostum untuk kegunaan kanak-kanak bermain peranan. CCTV dipasang di serata kawasan di pusat ini dan akses kepada tangga keselamatan menjamin keselamatan kanak-kanak semasa kecemasan. Para guru akan membawa kanak-kanak menuruni tangga dan menaikinya ke tingkat atas setiap hari. Suhu diambil setiap 2-3 jam, dan pusat ini disanitasi setiap hari secara menyeluruh. Para pelajar menikmati menu halal dan seimbang yang disediakan dengan penuh kasih sayang di pusat ini.
Para guru di sini mempunyai minat yang tinggi terhadap Pendidikan Awal Kanak-kanak dan menyayangi anak-anak. Kelayakan minimum mereka ialah Diploma ECCE. Pasukan di sini juga memahami bahawa untuk menjadikan kanak-kanak memahami sepenuhnya pelajaran mereka, mereka perlu berasa diterima dan gembira. Oleh itu, pusat ini dan ibu pejabat Eduwis membuat pelaburan dengan menghantar para guru mereka untuk latihan bulanan yang disediakan oleh ibu pejabat dan juga latihan dalam kerja untuk membantu guru mereka menguruskan kelas dengan lebih baik.
Ibu bapa menerima layanan seperti keluarga di Eduwis. Pasukan di Eduwis menyedari peri pentingnya membina hubungan yang baik di antara sekolah dengan keluarga. Maka mereka sentiasa berusaha untuk mewujudkan komuniti yang harmoni dan saling mempercayai. Ibu bapa akan memperoleh kemas kini secara tetap melalui aplikasi SIS dalaman Eduwis tentang tahap pembelajaran dan perkembangan anak mereka. Perjumpaan ibu bapa dengan guru dan aktiviti lain yang melibatkan ibu bapa diadakan di sekolah untuk menggalakkan ibu bapa terlibat dalam pembelajaran anak mereka dan mengambil langkah proaktif untuk membantu anak mereka dalam perjalanan pembelajaran.