by on 11/02/2022 1112
Sorotan Utama |
---|
|
Ibu bapa yang sedang mencari prasekolah untuk anak-anak mereka pasti sedar bahawa pilihan mereka harus berdasarkan bukan sahaja pada keperluan akademik anak mereka, namun juga harus membantu anak mereka supaya dapat terlibat dalam pembelajaran aktif, berfikiran kritis, dan kreatif, dan juga yang membantu kanak-kanak bekerjasama dengan baik dengan rakan sebaya mereka. Dengan beberapa cawangan dibuka dan beroperasi, De Jowitop telah menerapkan nilai-nilai tersebut sejak 2016 apabila ia ditubuhkan di Pontian, Johor, sebelum penubuhan dua lagi cawangannya di Johor, iaitu di Impian Emas dan Mount Austin. Cawangan yang keempat telah ditubuhkan di Perlis.
Sesuatu yang bermakna wujud di sebalik namanya yang menarik, di mana Kiddy123 telah diberitahu tentangnya melalui temu bual dengan pengasas prasekolah itu, Cik Tan. “De Jowitop ialah akronim untuk Joyful (Kegembiraan); Wisdom (Kebijaksanaan); dan Terunggul, seperti dalam NO1),” jelasnya kepada kami, dan kami mendapati ia amat mengkagumkan! Lebih-lebih lagi, prasekolah itu juga mempunyai panggilan pendek yang agak menarik, dan itulah DJ.
Kanak-kanak kecil yang sedang menghayati pelajaran mereka, ataupun sedang rasa seronok untuk belajar, pasti cenderung untuk belajar dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Berkenaan dengan fakta ini, Cik Tan menjelaskan bahawa di De Jowitop, tumpuan adalah pembelajaran menggunakan deria dan menggunakan sebanyak mungkin bahan 'sebenar' yang diuruskan oleh guru untuk dibawa ke dalam bilik darjah untuk faedah pembelajaran pelajar mereka. "Matlamatnya adalah supaya para pelajar dapat menggunakan kelima-lima deria mereka, iaitu melihat, menyentuh, merasa, dan sebagainya, supaya mencapai pemahaman yang lebih mendalam," dedahnya kepada Kiddy123. "Dan ini tidak kira subjek mana yang kami ajar mereka, kerana kaedah pembelajaran melibatkan deria ini akan membantu mereka kekal bermotivasi dan berminat dalam aktiviti bilik darjah mereka dan mereka akan dapat menyerap dan mengekalkan pelajaran mereka dengan lebih berkesan."
Dengan gabungan pendekatan pengajaran berstruktur dan tidak berstruktur, De Jowitop telah menghasilkan kurikulum unik yang berkesan, dan ia juga berfungsi tinggi untuk kumpulan umur yang berbeza. Pendekatan yang digunakan untuk kanak-kanak berumur tiga tahun, misalnya,boleh dikatakan ‘meminjam’ kaedah pengajaran Montessori, namun bukan semuanya. Sebabnya ialah, beberapa aspeknya kurikulum Montessori memang sesuai untuk digunakan bagi matlamat De Jowitop, tetapi bukan semuanya. "Kaedah Montessori menggunakan struktur yang lebih untuk pelajaran, dan juga, kumpulan umur yang berbeza akan dikumpulkan bersama, di mana kanak-kanak yang lebih tua akan membantu yang lebih muda. Di De Jowitop pula, Masa Bersama (atau Circle Time) merupakan merupakan satu-satunya masa apabila semua kumpulan umur akan berada di tempat yang sama. Bagi kami, lebih sesuai bagi para pelajar kami berada dalam kumpulan umur masing-masing, sambil masih menyesuaikan aspek tertentu kaedah Montessori, seperti pembelajaran hands-on, serta pembelajaran berasaskan pengalaman dan penerokaan,” jelas Cik Tan dengan lemah lembut lagi sabar.
Kanak-kanak yang bermain sebenarnya sedang belajar. Apabila anak-anak seronok, pelajaran pun mudah diserap dan dikekalkan. Justeru itu, bagi pendidikan awal kanak-kanak, elemen bermain tidak patut diambil ringan atau abaikan di kalangan kanak-kanak prasekolah. Itulah cara terbaik untuk kanak-kanak belajar dan berkembang.
Penguasaan bahasa diberi tumpuan yang sewajarnya di De Jowitop, untuk memastikan pelajar berkembang maju dengan kemahiran penting ini yang akan membawa mereka lebih jauh dalam kehidupan mereka. Bahasa pengantar di De Jowitop adalah bahasa Inggeris, manakala bahasa Mandarin digunakan secara eksklusif semasa kelas bahasa Mandarin. “Selain Matematik, kanak-kanak juga menerima pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin setiap hari, kerana kami percaya hanya melalui peneguhan seperti itu mereka akan benar-benar cemerlang dan bersedia untuk memasuki sekolah rendah,” kata Cik Tan.
“Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa semasa guru-gura saya membuat perancangan pelajaran untuk kelas mereka, aktiviti bermain tidak akan diabaikan, dan ia akan distrukturkan ke dalam rancangan tersebut. Ini adalah disebabkan pegangan kuat kami kepada kepercayaan bahawa kanak-kanak belajar yang terbaik apabila mereka berseronok! Kami sentiasa memastikan pelajar kami masing-masing mengambil bahagian dengan pelbagai jenis permainan mencabar minda dan berstruktur yang telah disediakan, kerana ia pasti akan memanfaatkan mereka!” katanya dengan yakin.
Malah, mata pelajaran seperti Seni & Kraf, dan Moral turut diajar dengan cara yang akan menghiburkan pelajar-pelajar muda. Sebagai contoh, setiap pelajar De Jowitop diberi peluang untuk mempamerkan hasil seni yang mereka hasilkan semasa mata pelajaran Seni & Kraf. Dan, dari segi kajian Moral pun, aktiviti seperti drama dan main peranan (role play) disertakan ke dalamnya, menjadikannya lebih menarik untuk kanak-kanak, dan sudah tentu, untuk memastikan mereka mendapat memahami sepenuhnya pelajaran mereka!
Secara keseluruhannya, De Jowitop berusaha untuk memastikan bahawa kanak-kanak mengalami peralihan yang lebih lancar dan lebih yakin ke sekolah rendah. Ia adalah nama yang dikaitkan dengan keseronokan semasa belajar, manakala ibu bapa pun tentu yakin bahawa anak-anak mereka sedang mendapat pendidikan prasekolah yang bertaraf tinggi.