by on 26/08/2022 911
Sorotan Utama |
|
Selepas pemansuhan peperiksaan UPSR, ibu bapa perlu sedar bahawa memberi tumpuan kepada perkembangan keseluruhan anak-anak mereka adalah lebih penting daripada hanya menumpukan kebolehan intelek mereka. Untuk membantu kanak-kanak berjaya, semua aspek tumbesaran mereka termasuk komunikasi, kreativiti, kerjasama dan kemahiran pemikiran kritikal perlu diberi perhatian. Walau bagaimanapun, selain daripada masa yang mereka habiskan di sekolah, bukan setiap kanak-kanak mempunyai persekitaran rumah yang sesuai yang boleh menggalakkan perkembangan mereka secara menyuluruh. Jadi, apa yang perlu ibu bapa lakukan? Jangan risau, Clever Education di Anggun City, Rawang mempunyai sistem pembelajaran yang terbukti berkesan yang boleh mengisi masa lapang sebelum atau selepas sekolah menjadi sesi pembelajaran yang produktif, sambil menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Sebagai salah satu pusat pembelajaran terkemuka di Malaysia, Clever Education ialah pakar jagaan harian dan tuisyen yang bertujuan untuk memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa yang bekerja dengan menawarkan program terbaik sebelum dan selepas sekolah kepada kanak-kanak, supaya mereka boleh menjadi individu yang serba lengkap. Matlamatnya adalah untuk membantu kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka dengan:
- Membangunkan keupayaan praktikal
- Meningkatkan tumpuan
- Memperkukuhkan kemahiran analisis
- Meningkatkan kemahiran pemerhatian
- Memupuk kemahiran organisasi yang lebih baik
- Mengukuhkan daya tahan
- Mengajar rasa tanggungjawab
- Memupuk minat belajar
Dengan dorongan dan sokongan guru-guru terlatih khas, Clever Education, Rawang menyediakan pengalaman pendidikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar berumur 7 hingga 12 tahun melalui pelbagai program seperti berikut:
Guru-guru di pusat ini memberikan penjelasan dan latihan tambahan dalam mata pelajaran utama yang diajar di sekolah, termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik. Dalam mata pelajaran bahasa, pelajar-pelajar dibimbing untuk meningkatkan kemahiran membaca, mendengar, menulis, bertutur dan menaakul mereka. Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, pelajar-pelajar digalakkan untuk meneroka, mengukuhkan keupayaan menyelesaikan masalah dan terlibat secara lebih mendalam lagi dalam pembelajaran.
Untuk memastikan keseluruhan proses pembelajaran menyeronokkan dan berkesan, guru dengan telitinya menyepadukan fakta, cerita, video dan banyak cara interaktif lain yang menarik ke dalam setiap sesi pengajaran. Dengan adanya pembelajaran yang penuh keseronokan seperti ini, kanak-kanak akan bermotivasi untuk belajar lebih lanjut lagi secara semula jadi.
Pusat ini menyediakan sistem sokongan kerja rumah tanpa kerumitan untuk membantu pelajar-pelajar menyiapkan kerja rumah mereka tepat pada masa. Ini mengurangkan tekanan ibu bapa dalam memastikan semua kerja rumah telah disiapkan dan dilakukan dengan betul. Apabila pelajar menerima bantuan peribadi daripada guru di suasana yang menyokong ini, penyiapan kerja rumah tidak lagi dianggap sebagai satu perkara yang menyusahkan, dan ini akan membantu mereka membentuk tabiat kerja rumah yang lebih baik.
Penjagaan harian bukan sahaja pilihan praktikal untuk ibu bapa yang memerlukan seseorang untuk menjaga anak-anak mereka semasa mereka bekerja, pusat jagaan harian yang diawasi dengan baik seperti Clever juga adalah tempat yang sesuai untuk menggalakkan perkembangan pelbagai kemahiran lain di kalangan kanak-kanak. Sebagai contohnya, kanak-kanak di pusat jagaan harian ini akan lebih memahami konsep masa dengan rutin yang tetap, membangunkan tingkah laku yang lebih baik apabila berinteraksi dengan orang lain, dan memperolehi tabiat gaya hidup yang lebih sihat.
Di samping itu, pusat ini menawarkan sesi pagi dan petang untuk memenuhi semua jadual persekolahan, seperti mereka yang bersekolah di SJK(C) Kota Emerald dan SJK(C) Kundang, dan perkhidmatan pengangkutan juga disediakan.
Untuk memastikan minda kanak-kanak tetap aktif semasa cuti sekolah, pusat ini menganjurkan kem percutian yang mendidik dan menyeronokkan. Berdasarkan tema menarik yang berbeza setiap tahun, kem percutian akan meluaskan ufuk pembelajaran kanak-kanak dengan melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti praktikal, belajar tentang nilai wang, teknologi canggih, sains, pemasakan, isu-isu dunia dan banyak lagi.
Untuk hasil pembelajaran yang terbaik, Clever Education telah membina satu sistem pengesanan yang berkesan di mana guru-guru boleh memantau secara berterusan dan tepat tentang kemajuan keseluruhan setiap pelajar di pusat itu. Jika mana-mana pelajar memerlukan sokongan tambahan, ia boleh dikenal pasti dengan mudah dan ini boleh memastikan tiada sesiapa yang akan diabaikan, dan semua pelajar menuju ke arah kejayaan pendidikan.