by on 15/12/2022 698
Sorotan Utama |
|
Selepas 5 tahun dan 7 pusat tertubuh, Choo Choo Train (CCT) kini mengalu-alukan kanak-kanak sehingga 6 tahun di pra-sekolah CCT yang baru dibuka. Terletak di Sunway Giza, pra-sekolah ini menawarkan kokurikulum kesenian yang terkini yang bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak menjadi individu yang petah berbicara, kreatif dan yakin dan bersedia menjadi pemikir serta penyelesai masalah untuk masa depan.
“Sejak 2016, para ibubapa amat menyukai pendidikan CCT yang seronok dan sesuai untuk anak-anak mereka yang berumur seawal 2 bulan sehingga 4 tahun. Harapan mereka agar anak-anak kecil dapat terus belajar dalam suasana yang gembira dalam tahun-tahun awal mereka sehinggakan mereka meminta kami untuk memulakan tadika kami sendiri dengan menggunakan pendekatan positif. Kami dengar, melaksanakan tugas kami dan inilah hasilnya – Kemahiran seni yang terkini dan menyeronokkan untuk perkembangan kanak kanak sekaligus menggembirakan ibu bapa,” kata Cik Alexandra, pengasas pra-sekolah CCT.
Pra-sekolah tidak seharusnya memberi tekanan kepada kanak kanak sebaliknya ia sepatutnya menyeronokkan kerana terdapat banyak perkara dan aktiviti boleh disukai di Pra-sekolah CCT!
Terdapat banyak kelemahan di dalam pendidikan tradisional dimana ia menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak berputus asa dalam pelajaran,menjadi letih dan menjadikan idea terhalang dalam menyelesaikan masalah.
CCT kini berusaha untuk membuat perubahan untukanak-anak generasi masa depan dengan memberi inspirasi kepada mereka melalui kokurikulum kesenian yang dipertingkatkan. Kokurikulum kesenian yang dipertingkatkan yang menggunakan pendekatan melalui muzik, drama, kraf dan kesenian dalam pelbagai bentuk yang dapat mencetuskan minat untuk belajar dan penglibatan kanak kanak sepanjang masa. Apabila pembelajaran disampaikan dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan, ia dapat mengurangkan kebimbangan, kemurungan dan tekanan kanak-kanak, dan sudah pastinya anak anda akan suka ke sekolah setiap hari!
Di CCT, kanak-kanak bukan sahaja akan menikmati pembelajaran tetapi juga melihat manfaat yang luar biasa terhadap perkembangan dan kesejahteraan mereka secara menyeluruh. Beribu-ribu kajian telah membuktikan manfaat menggunakan seni dalam pembelajaran. Contohnya muzik, rentak muzik yang perlahan dan laju boleh mengajar kanak-kanak kemahiran membahagi dalam matematik; menggunakan alatan muzik mengajar kanak-kanak mengira, mengkategorikan dan menyusun (juga matematik); lirik lagu mengajar kanak-kanak kosa kata baharu (bahasa). Ini diantara contoh daripada pelbagai cara bagaimana seni adalah kaedah yang menarik untuk pengajaran dan pembelajaran.
Mata pelajaran Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Matematik, Sains, Pengajian Sosial, Seni & Kraf, Seni Persembahan dan Muzik diserap dengan teliti ke dalam jadual pembelajaran harian. Kerja rumah yang minimum dan tiada peperiksaan untuk kanak kanak; dimana guru akan menilai kemajuan dan perkembangan kanak-kanak melalui pemerhatian secara berterusan. Selain itu, kanak-kanak akan dapat mengambil bahagian dalam pelbagai acara menarik, seperti, Hari Filem Bersama Rakan, Kelas Memasak, Sambutan Hari Lahir Bertema, Lawatan Sambil Belajar, Karnival Pertengahan Tahun dan Hari Graduasi.
Di Tadika CCT, kanak-kanak akan mencapai pencapaian perkembangan khususkepada umur mereka dalam memenuhi keperluan kedua-dua sekolah rendah tempatan dan antarabangsa. Selepas menamatkan pengajian, mereka akan mempunyai set kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian ke mana-mana sekolah rendah pilihan tempatan atau antarabangsa.
Sering digambarkan sebagai rumah ke-2 untuk kanak-kanak, CCT berusaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dipenuhi dengan kasih sayang dan perhatian, dan pada masa yang sama mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk belajar. Sebaik sahaja kanak-kanak menjejakkan kaki di pra-sekolah, mereka berpeluang untuk berkembang dan dan meningkatkan kemahiran mereka.
Sebagai komitmen CCT terhadap kesihatan kanak-kanak, keselamatan adalah keutamaan kami disini. CCT melaksanakan pelbagai langkah yang sesuai untuk keselamatan bilik darjah, dan berusaha mengekalkan peralatan dalam keadaan yang baik dan terjaga. Setiap elemen dalam bilik darjah, termasuk cat yang digunakan dipilih dengan teliti agar tidak toksik dan selamat untuk persekitaran kanak-kanak.
Pasukan CCT terdiri daripada guru profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Mereka dibekalkan dengan sokongan kurikulum yang berterusan, pembangunan profesional dan sesi latihan yang sesuai, yang kemudiannya akan membawa kepada hasil pembelajaran yang lebih baik untuk kanak-kanak. Banyak testimoni positif yang diterima daripada ibu bapa menyebut bahawa para pembimbing di CCT memberi perubahan yang positif pada anak anak mereka. Mereka dipuji kerana kesabaran, perhatian, dan bersikap terbuka dan telus dengan ibu bapa.
Apa yang membezakan CCT dengan pra-sekolah yang lain ialah integritinya. Pihak pengurusan berusaha keras untuk mengekalkan piawaian tinggi, serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan untuk pra-sekolaa kerana ia merupakan bahagian penting dalam perniagaan penjagaan kanak-kanak. Para pembimbing dan kakitangan dikehendaki menjalani proses pengambilan yang ketat, dan mengambil bahagian dalam sesi latihan sesuai dengan jurulatih bertauliah yang pakar dengan pengalaman luas dalam industri.
Sebagai sebahagian daripada proses jaminan kualiti di CCT, pemeriksaan berkala dijalankan untuk memastikan setiap cawangan memenuhi semua keperluan kualiti – dan ini memberikan keyakinan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka berada dalam persekitaran yang selamat dan terjamin sepanjang perjalanan pembelajaran mereka.
CCT memahami bahawa kanak-kanak tidak boleh belajar dengan berkesan jika keperluan asas mereka tidak dipenuhi. Oleh itu, kami memastikan kanak-kanak dihidangkan makanan seimbang yang memenuhi keperluan diet mereka. Semua makanan dihidangkan dengan bahan-bahan segar dan sihat, dan bukan daripada makanan yang diproses, makanan ringan atau MSG.
CCT memastikan anda mendapat nilai terbaik untuk yuran yang dibayar. Ibu bapa boleh mendaftarkan anak mereka yang berumur 4 tahun pada bila-bila masa sepanjang tahun kerana kurikulum telah direka bentuk untuk menjadi lebih fleksibel untuk kanak-kanak yang menyertai di pertengahan tahun. CCT berusaha untuk memastikan peralihan yang lancar tidak kira bila anak anda menyertainya.
Laluan anak anda ke arah masa depan yang cerah bermula di Prasekolah Chon Choo Train, Sunway Giza. Daftar hari ini!