by on 11/05/2023 494
Sorotan Utama |
|
Beyond Kids Montessori, Bandar Puteri Puchong merupakan tempat di mana asas pendidikan yang kukuh untuk kanak-kanak diletakkan dengan penuh perhatian dan dedikasi. Seperti yang dicadangkan oleh petikan terkenal Maria Montessori, enam tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah amat penting untuk pembentukan intelektual dan keperibadian mereka. Di Beyond Kids Montessori, mereka menyedari kepentingan tahap pertumbuhan ini. Oleh itu, mereka berusaha untuk menyediakan persekitaran yang prihatin lagi merangsang untuk kanak-kanak belajar dan berkembang.
Di dalam bilik darjah mereka yang berwarna-warni dan dilengkapi dengan sumber yang baik, kanak- kanak seawal usia dua tahun dipupuk dengan rasa ingin tahu dan keyakinan, serta membina persahabatan dan harga diri yang positif. Setiap hari dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk mengekalkan minat kanak-kanak dan membantu mereka membuat penemuan baru. Pendidikan dengan pendekatan menyeluruh ini menyemaikan asas pembelajaran awal kepada kanak-kanak, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi pembangunan sosial, emosi dan fizikal. "Kami percaya bahawa asas yang baik dan kukuh dalam pendidikan awal kanak- kanak akan menyediakan mereka untuk masa depan yang berjaya," tambah pengetua.
Kurikulum dan aktiviti di Beyond Kids Montessori dirancang dan diselaraskan dengan teliti. Ia bermula daripada Program Balita untuk mereka yang berumur dua tahun, sehingga Program Tadika untuk kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun. Mereka juga mematuhi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan ketat demi menyediakan pelajar mereka dengan baik untuk memasuki sekolah rendah. Selain itu, Beyond Kids Montessori menawarkan perkhidmatan penjagaan selepas sekolah untuk kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun.
Program Balita direka untuk membantu kanak-kanak kecil meneroka dunia di sekeliling mereka dengan selamat. Pada terasnya adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak akan mendapat kesan pembelajaran yang terbaik melalui pengalaman praktikal dalam kombinasi masa bermain, pembelajaran dan penjagaan yang seimbang. Unit bertema setiap bulan menyediakan pelbagai pengalaman harian yang merangkumi bidang pembelajaran seperti permainan dramatik, bahasa, penerokaan deria, matematik dan seni kreatif. Aktiviti yang bersesuaian dengan umur ini direka khas untuk memupuk keyakinan, harga diri dan semangat untuk belajar dalam diri setiap kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak mencapai umur tiga tahun, mereka mula menunjukkan sifat berdikari mereka, dan Program Prasekolah membimbing mereka ke arah dunia meneroka, belajar dan berkongsi. Ia melibatkan pelajar muda dengan menggabungkan asas pembelajaran awal, permainan dramatik, muzik dan seni untuk menggalakkan pertumbuhan yang menyeluruh. Selain itu, dalam kumpulan kecil, guru juga akan memberi tumpuan kepada pembinaan sahsiah yang baik dalam diri kanak- kanak.
Semasa peringkat pra-tadika, kanak-kanak belajar untuk menghubungkan perkara yang mereka ketahui dengan maklumat baru yang mereka perolehi. Di Beyond Kids Montessori, aktiviti harian direka untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran membuat keputusan dan berdikari, menyediakan mereka untuk peralihan ke tadika. Program ini meliputi pembangunan kognitif, kreatif, bahasa dan literasi, fizikal, sosial dan emosi, dengan tumpuan kepada bidang pembelajaran teras Montessori serta mata pelajaran kurikulum prasekolah kebangsaan.
Program Tadika membantu menyediakan kanak-kanak ke sekolah rendah dengan kurikulum yang menyeluruh dan kaya dari segi akademik, yang menggalakkan mereka meneroka, berkomunikasi dan kreativiti dalam suasana bilik darjah yang menyokong. Kurikulum ini meliputi membaca, seni bahasa, matematik, sains, kajian sosial dan kecergasan fizikal untuk menyediakan pembangunan menyeluruh. Selain itu, lawatan lapangan pendidikan juga termasuk di dalam kurikulum untuk mengukuhkan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Beyond Kids Montessori mengambil berat tentang kepentingan latihan para guru. Selain daripada menjalankan latihan dalaman, jurulatih luar dari pelbagai bidang seperti pengurusan bilik darjah dan penguasaan fonik juga dijemput untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pasukan pengajar. Mereka juga mengikuti latihan dan kursus penyegaran yang kerap dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.
Satu aspek penting dalam pendidikan hari ini ialah kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak. Di Beyond Kids Montessori, setiap kawasan dilengkapi dengan CCTV. Di samping itu, peraturan yang sangat ketat ditetapkan semasa menghantar dan mengambil kanak-kanak. Kebersihan yang baik menjadi fokus tadika. Suhu badan setiap pelajar diperiksa dan direkodkan setiap hari sebelum kelas bermula, dan tangan kecil mereka juga didisinfeksi sebelum masuk ke kawasan tadika.
Beyond Kids Montessori menunjukkan komitmen dan dedikasi yang mengagumkan dalam membantu setiap kanak-kanak mencapai potensi penuh mereka. Mereka sentiasa mengkaji cara terbaik untuk meningkatkan kualiti pendidikan supaya dapat menyediakan kanak-kanak mencapai kejayaan di sekolah rendah dan seterusnya.