by on 21/10/2021 1482
Sorotan Utama |
|
3Q MRC Tadika Junior Harmoni, Nilai komited untuk menyediakan pengenalan kepada pembelajaran yang sebaik mungkin bagi kanak-kanak untuk menggalakkan mereka membangunkan sikap positif terhadap pendidikan dan kehidupan. Dibuka 20 tahun yang lalu, sekolah ini menggalakkan persekitaran yang selamat dan memberi rangsangan yang membolehkan kanak-kanak membesar dengan yakin sebagai individu dan mengumpulkan pengetahuan untuk menjadi cemerlang di sekolah rendah. Mereka melaksanakan hal ini menerusi penyediaan kurikulum berasaskan bermain yang kreatif, meluas dan menyeronokkan – iaitu sistem 3Q. Sistem ini ialah sistem pendidikan yang telah terbukti, memanfaatkan peralatan yang berkesan untuk merangsang perkembangan penting keseluruhan otak. Program ini merangsang kedua-dua otak kiri dan otak kanan, melatih kanak-kanak untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan menyeimbangkan emosi.
Sejak hari pertama sehingga graduasi, pengalaman tahun-tahun awal di 3Q MRC Junior merupakan pengalaman yang menggembirakan, aktif dan menyeronokkan. Kurikulumnya meliputi aspek yang luas dalam pembelajaran dan dijadikan tema yang menyatukan pengalaman bagi kanak-kanak.
PROGRAM AKADEMIK
|
PENGAYAAN |
KHIDMAT BERKAITAN PENDIDIKAN |
PENGUASAAN KEMAHIRAN HIDUP |
|
|
|
|
Hari-hari di sini sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Dalam bilik darjah, terdapat penekanan terhadap pembelajaran dengan gabungan buku kerja dan bahan-bahan. Terdapat banyak item, permainan dan objek sebenar yang direka khas untuk mencetuskan rasa ingin tahu semula jadi kanak-kanak dan mempelajari mengenai dunia melalui bermain dan berinteraksi dengan rakan-rakan. Kanak-kanak belajar mengenai warna, pengangkutan, perayaan, asas Bahasa dan konsep angka, juga nilai hidup yang penting termasuk hormat-menghormati, sopan-santun, sikap berkongsi, belas kasihan dan mengawal emosi mereka.
Oleh sebab cahaya matahari dan udara segar juga merupakan perkara penting untuk tumbesaran sihat kanak-kanak, terdapat sesi yang diatur dalam jadual harian yang termasuk aktiviti luar, bersiar-siar dan lawatan sambil belajar. Semua pengalaman ini ialah peralatan semula jadi yang dapat membantu kanak-kanak memahami dunia yang lebih luas di sekeliling mereka sementara dapat membina kemahiran motor kasar yang lebih baik. Tanpa mengira persekitaran, sama ada di dalam atau di luar, kanak-kanak digalakkan untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
Perhatian teliti diberikan kepada kelebihan dan keperluan individu kanak-kanak. Para guru merancang pelajaran dan menyesuaikan strategi pengajaran untuk memupuk keupayaan unik tersebut. Dengan bantuan dan bimbingan guru berkemahiran, kanak-kanak akan membesar menjadi individu yang memiliki kebolehan untuk menyelesaikan masalah hidup sebenar dan dihargai kerana kecerdasan istimewa mereka – linguistik, logik-matematik, muzik, ruang, jasmani/kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensial.
Para guru dipilih secara cermat berdasarkan latar belakang pendidikan, kemahiran dan pengalaman yang mereka miliki. Mereka turut serta dalam latihan dan pendidikan secara berterusan untuk meningkatkan kemahiran mereka dan melaksanakan amalan terbaik. Mereka benar-benar percaya penglibatan ibu bapa adalah penting dan sangat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dan kejayaan pendidikan. Oleh itu, mereka bekerjasama dengan ibu bapa dan sentiasa memaklumkan keadaan terkini pada setiap masa mengenai kemajuan kanak-kanak melalui perbincangan ibu bapa dengan guru dan menerusi aplikasi mudah alih.
3Q MRC Tadika Junior Harmoni, Nilai sedaya upaya ingin memastikan kanak-kanak mempunyai pengalaman pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik. Mereka ingin meliputi kanak-kanak dengan rasa selesa dan selamat dalam persekitaran yang memupuk dan hasil pengalaman yang menggembirakan, mereka akan membina identiti utuh dan memiliki belas ihsan.