by on 05/08/2024 1168
Sorotan Utama |
|
Tadika You&Me ialah sebuah tadika yang terkenal di Putra Heights yang terbuka kepada kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun. Ia memudahkan ibubapa yang mencari tempat yang boleh membekalkan pengalaman pembelajaran yang holistik dan meyeluruh bagi anak-anak mereka.
Di Tadika You&Me, keseronokan belajar menjadi tumpuan utama, di mana kanak-kanak diberikan peluang untuk berkembang, meneroka persekitaran mereka, dan juga memupuk minat dan bakat masing-masing.
"Matlamat kami adalah untuk membantu kanak-kanak 'Berkembang, Meneroka, dan Membuat Penemuan'. Ia merangkumi setiap aspek perkembangan, di mana tadika kami membekalkan persekitaran di mana mereka boleh membuat penerokaan dan belajar sesuai dengan tahap umur mereka, menimba ilmu dan kemahiran baru, dan memupuk minat dan bakat mereka." – Cik Virna Loo, Pengasas dan Pengetua Tadika You&Me, Putra Heights.
Tadika ini dihias dengan reka bentuk dalaman yang berwarna-warni, dan dilengkapi dengan kemudahan seperti dinding memanjat, sudut membaca, dan bilik darjah yang bertema (seperti Astronaut dan Saintis). Dinding bilik darjah dilapik dengan bahan lembut untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin, dan terdapat ruang yang luas di mana mereka boleh melakukan pembelajaran berstruktur dan aktiviti fizikal. Keseluruhan ruang di tadika ini direka khas untuk memastikan suasana yang ramah mesra dan sesuai untuk kanak-kanak.
"Ia sangat bermakna untuk kami apabila murid-murid kami mendapat meninggalkan alam prasekolah dengan kenangan yang indah, dan mereka seterusnya ke sekolah rendah dengan penuh yakin dan gembira," kata Cik Virna.
Model pembelajaran di Tadika You&Me berlandaskan prinsip Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), digabungkan dengan pengajaran STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni, Matematik). Selain STEAM, kurikulum juga memberi tumpuan kepada literasi, bahasa, muzik, perkembangan fizikal, dan perkembangan kemahiran. Pendekatan yang seimbang ini membantu memupuk rasa tanggungjawab dalam diri pelajar sambil juga mengalakkan mereka untuk melakukan eksplorasi.
Kebanyakan kelas di sini melibatkan aktiviti secara hands-on, kerana ia merupakan teknik pelajaran yang paling efektif. Setiap hari, mereka terlibat dalam aktiviti 'role play', bercerita, menyanyi, membaca, eksperimen yang mudah, dan banyak lagi. Kanak-kanak diberi peluang untuk mencuba benda baru, menyelesaikan masalah, menggunakan bahan-bahan menarik, dan berfikir secara kritis. Sesi berkongsi ilmu diadakan setiap hari bagi memupuk kemahiran sosial dan komunikasi dalam bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Mandarin.
Sekolah turut mengadakan lawatan sambil belajar mengikut minat murid-murid, seperti bengkel mengukir di mana kanak-kanak didedahkan kepada konsep kejuruteraan dan seni. Tambahan lagi, kanak-kanak juga terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang menarik seperti berenang, tarian Latin, golf, yoga, dan Zumba untuk meningkatkan pembelajaran mereka secara menyeluruh.
Pengalaman pembelajaran yang menarik ini memastikan kanak-kanak dapat menikmati keseronokan dalam pembelajaran mereka. Ia secara tidak langsung memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk mencintai ilmu dan mengekalkan sifat ini sepanjang hidup mereka. Pendedahan awal kepada pembelajaran STEAM memastikan kanak-kanak sedia menghadapi cabaran masa depan melalui penguasaan kemahiran abad ke-21 (seperti Kreativiti, Komunikasi, Pemikiran Kritis, dan Kerjasama). Apabila mereka kuat dalam bidang-bidang ini, mereka boleh berjaya tidak kira di mana sahaja
Tadika You&Me tidak menggunakan peperiksaan sebagai asas pengukuran progres kanak-kanak m sebaliknya mereka melakukan pemantauan secara berterusan setiap hari. Perkembangan setiap kanak-kanak direkod dengan teliti dan senang diakses oleh guru-guru apabail perlu, supaya mereka dapat menyampaikan pencapaian murid tersebut kepada ibubapa. Semua faktor ini - persekitaran yang gembira dan kondusif, kurikulum yang kopmrehensif, guru-guru yang berdedikasi, komunikasi terbuka di antara guru dan ibubapa - menjadikan Tadika You&Me pilihan utama bagi ibubapa yang ingin memilih sekolah di mana anak-anak mereka tidak sahaja gembira ke sekolah, tetapi tempat di mana rasa cinta akan ilmu boleh dipupuk.