by on 09/06/2021 976
Sorotan Penting |
|
Di Tadika You&Me, pembelajaran haruslah menyeronokkan! Kanak-kanak antara 5 hingga 6 tahun diberikan peluang untuk berkembang, meneroka persekitaran mereka dan menemui minat dan bakat masing-masing. Tadika ini terletak di Putra Heights berhampiran pusat pembelajaran otak kanan yang dimiliki oleh pengasas yang sama.
Matlamat kami adalah untuk membantu kanak-kanak ‘Berkembang, Meneroka dan Membuat Penemuan’. Kami ingin membantu kanak-kanak berkembang dalam semua aspek penting pertumbuhan mereka semasa tahun-tahun mereka berada di You&Me. Tujuan kami adalah untuk menyediakan persekitaran yang memupuk agar kanak-kanak dapat meneroka dan belajar menurut cara yang sesuai dengan usia. Setiap hari, kanak-kanak akan menemui ilmu dan kemahiran baharu yang membentuk minat dan bakat mereka.Cik Virna Loo, Pengasas dan Pengetua Tadika You&Me
Tadika ini mempunyai bahagian dalam beraneka warna yang merupakan dinding pendakian mini, sudut membaca dan bilik darjah bertema berbeza (seperti Angkasawan dan Saintis). Dinding di bilik darjah ini dilapik khas untuk keselamatan tambahan. Terdapat ruang yang mencukupi untuk kanak-kanak melaksanakan pembelajaran akademik yang tersusun dan aktiviti fizikal berkumpulan. Keseluruhan ruang difikirkan secara teliti untuk memastikan kanak-kanak gembira belajar di sini. “Penting bagi kami bahawa kanak-kanak meninggalkan tadika kami dengan pengalaman yang hebat dan mereka masuk ke sekolah rendah dengan kesungguhan dan keyakinan,” tambah Cik Virna.
Model pendidikan tadika You&Me adalah berasaskan prinsip kurikulum prasekolah kebangsaan (KSPK) dengan penyepaduan pembelajaran STEAM dalam kurikulum tersebut. (STEAM merujuk kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik). Di samping STEAM, kurikulum ini turut memberikan tumpuan kepada literasi, bahasa, muzik, pergerakan fizikal dan pembangunan kemahiran. Pendekatan ini menyeimbangkan tanggungjawab kanak-kanak untuk belajar dan kebebasan mereka untuk meneroka.
Banyak pelajaran berlangsung dalam bentuk aktiviti amali, kerana inilah cara yang terbaik untuk kanak-kanak belajar. Setiap hari, mereka menyelami permainan peranan yang menyeronokkan, bercerita, menyanyi, membaca, melakukan eksperimen mudah dan banyak lagi. Kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk mencuba, menyelesaikan masalah, menggunakan bahan, berfikir secara kritis tentang reka bentuk dan cara untuk menambah baik rekaan. Terdapat sesi perkongsian berkumpulan harian untuk mereka melatih kemahiran komunikasi dan sosial mereka dalam bahasa Inggeris, Cina dan Melayu. Juga terdapat lawatan ke tempat-tempat yang berkaitan dengan minat kanak-kanak seperti bengkel mengukir yang memperkenalkan kanak-kanak kepada kejuruteraan, teknologi dan seni secara serentak. Tambahan lagi, kanak-kanak dapat menyertai pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang unik seperti berenang, tarian Latin, golf, yoga dan Zumba untuk meningkatkan pembelajaran mereka.
Pengalaman pembelajaran yang mengujakan ini dapat menukar permainan menjadi pembelajaran dengan mudah. Hal ini membantu menanamkan motivasi secara semula jadi dalam diri kanak-kanak agar mencintai pembelajaran sepanjang hayat mereka. Sama pentingnya juga, pendedahan awal kepada pembelajaran STEAM menyediakan kanak-kanak untuk masa depan dengan kemahiran Abad ke-21 (Kreativiti, Komunikasi, Pemikiran Kritis dan Bekerjasama). Apabila mereka dilengkapi dengan kebolehan ini, mereka akan berkembang dengan baik tanpa mengira mana-mana tempat yang menjadi pilihan mereka.
Tadika You&Me tidak berpegang kepada kaedah menilai pencapaian kanak-kanak melalui peperiksaan wajib. Sebaliknya, mereka memantau kemajuan berterusan kanak-kanak setiap hari. Semua dokumentasi mengenai perkembangan mereka sentiasa tersedia untuk dinilai semula oleh guru-guru dan disampaikan kepada ibu bapa.
Kanak-kanak memulakan langkah dengan permulaan yang baik di Tadika You&Me. Pengalaman kurikulum yang holistik memberi kanak-kanak ini asas yang kukuh yang akan menyediakan mereka untuk menyambut peluang terbaik dalam kehidupan mereka di masa akan datang.