by on 26/11/2018 1437
"Saya berharap anak saya dapat belajar dalam persekitaran yang selesa dan dalam proses pembelajaran," kata salah seorang ibu bapa. Ditubuhkan pada 2018, THINK Enrichment Centre adalah satu stesen pembelajaran sokongan sehenti yang menawarkan pelbagai program pengayaan dan penilaian untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas dan memerlukan pendidikan khas. Terletak di dalam pembangunan Plaza Akardia di tengah-tengah Desa ParkCity, THINK berusaha untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang berfokus kepada kanak-kanak di mana kurikulumnya direka sepenuhnya berdasarkan minat, kekuatan dan keperluan tersendiri mereka.
Misi kami adalah untuk membantu kanak-kanak dengan keperluan khas membina asas untuk berdikari, memupuk pembangunan sosial dan emosi, dan membolehkan pertumbuhan akademik melalui kerjasama pasukan kami dan ahli keluarga kanak-kanak tersebut.jelas pengarah THINK
Keluarga dengan kanak-kanak yang mempunyai perbezaan pembelajaran pasti mendapat manfaat daripada pusat-pusat keperluan istimewa swasta seperti THINK. Pada masa ini, sistem sekolah kerajaan masih memerlukan penambahbaikan untuk melaksanakan perubahan yang diperlukan untuk menjadikan infrastruktur pembelajarannya dapat diakses dengan mudah oleh pelajar yang memerlukan pendidikan khas. Menurut Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (Prasekolah hingga Pendidikan selepas Sekolah Menengah), "Masa menunggu semasa penilaian dan campur tangan isu-isu perkembangan di Malaysia melebihi enam bulan. Hal ini sebahagian besarnya disebabkan oleh bilangan pakar yang terhad (seperti ahli psikologi klinikal, ahli terapi pertuturan, dan ahli audiologi), kurangnya penggunaan alat pemeriksaan (seperti Buku Rekod Kesihatan KKM), dan kekurangan pendekatan standard untuk pengesanan awal.
Program dan perkhidmatan pendidikan di THINK meliputi perkara berikut:
Kesediaan SekolahProgram kesediaan sekolah memfokuskan penggalakkan sikap kendiri apabila kanak-kanak memasuki sekolah, membolehkan mereka terlibat dan menyesuaikan diri dengan suasana kelas pendidikan arus perdana melalui penyertaan dalam aktiviti. |
Program Intervensi AwalProgram Pendidikan Individu (IEP) adalah pelan pendidikan bertulis yang direka untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak. IEP memberi ibu bapa pemahaman yang lebih mendalam mengenai kekuatan dan cabaran yang dihadapi oleh anak mereka. |
Program Intervensi AwalEarly Intervention Program (EIP) atau program intervensi awal memberikan penyelesaian untuk ibu bapa dengan cahaya mata yang telah didiagnosis dengan perkembangan lambat. Mereka juga boleh mendapatkan rujukan pakar jika diperlukan. Program ini juga ada menetapkan beberapa kursus khas untuk ibu bapa. |
Terapi pekerjaanRawatan terapi pekerjaan (Occupational Therapy /OT) memberi tumpuan untuk membantu mereka yang mempunyai kecacatan fizikal, deria, atau kognitif untuk berdikari sebanyak mungkin dalam semua bidang kehidupan mereka. |
Terapi PertuturanTerapi pertuturan adalah program yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan pertuturan. Rawatan disediakan oleh ahli terapi pertuturan, juga dikenali sebagai ahli patologi bahasa-pertuturan. |
Penilaian PsikologiPenilaian psikologi adalah proses pengujian yang menggunakan gabungan beberapa teknik untuk membuat hipotesis tentang tingkah laku, keperibadian dan kemampuan seseorang. |
Kumpulan Bermain (Play Group)Play Group adalah salah satu cara yang selamat untuk ibu bapa membolehkan kanak-kanak bersosial dengan orang lain dan mencuba perkara baru. Bermain dalam satu kumpulan boleh meluaskan rangkaian sosial kanak-kanak, melalui pertemuan dengan kanak-kanak lain daripada kumpulan umur yang sama. |
FisiotherapiBagi kanak-kanak yang mengalami masalah motor, fisioterapi membantu perkembangan dan peningkatan kemahiran pergerakan kanak-kanak. Pakar fisioterapi akan membawa kanak-kanak itu melalui sesi terapi 1-ke-1 untuk mengusahakan kekuatan dan fleksibilitinya. |
"Home School""Homeschooling" menawarkan pengalaman pendidikan individu untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak yang mendapati sukar untuk melibatkan diri dalam tetapan bilik darjah arus perdana. Setiap kelas mengandungi sekitar 3 kanak-kanak, membolehkan mereka maju mengikut kadar mereka sendiri. |
THINK terdiri daripada Cik Iris, guru Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan Khas. Untuk memastikan penilaian terbaik bagi setiap keperluan pembelajaran kanak-kanak, THINK berkerjasama dengan beberapa pakar kesihatan luar dan ahli terapi, seperti Pakar Psikologi Klinikal, Pakar Terapi Pertuturan, Pakar Fisioterapi, Pakar Kanak-kanak, dan Guru Keperluan Khas yang akan datang ke pusat berdasarkan janji temu dan bekerja rapat dengan kanak-kanak itu sendiri. THINK dibina penuh dengan tujuan, oleh itu, pusat ini dilengkapi dengan kelengkapan yang canggih untuk membantu kanak-kanak dengan pelbagai perbezaan pembelajaran. Oleh yang demikian, setiap butiran kemudahan THINK telah direka untuk memberi keutamaan kepada kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas, memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada program yang paling sesuai dengan keperluannya.
Bermain deria adalah penting untuk kanak-kanak untuk mempelajari bagaimana tubuh mereka bekerja, serta bagaimana untuk memproses dan mentafsir dunia di sekeliling mereka. Seperti yang dikatakan oleh St. Thomas Aquinas, "Deria adalah sejenis asas. Rasa, sentuhan dan bau, pendengaran dan melihat, bukan sekadar asas untuk merasai sensasi, kesenangan atau sebaliknya, tetapi mereka juga merupakan asas untuk pengetahuan—dan memang , satu-satunya cara sebenar anda untuk pengetahuan."
THINK menyediakan beberapa mainan deria yang membolehkan kanak-kanak memperhalus batas mereka untuk maklumat deria yang berbeza, di mana ia akan membantu mewujudkan sambungan otak yang lebih kukuh untuk memproses dan memberi tindakbalas kepada maklumat deria. Melalui permainan deria, ia juga dapat membantu dengan memberi tumpuan, kemahiran motor kasar dan halus, pembangunan kognitif, dan perkembangan deria; malah, ia juga membantu dari segi interaksi sosial dan membantu kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya mereka.
Sebagai contoh, ada kanak-kanak yang sangat cerewet dengan kekotoran dan tidak akan menyentuh apa-apa "kotor" seperti pasir atau cat. Melalui permainan deria, kanak-kanak itu dapat membina kepercayaan dan pemahaman tentang tekstur, dan akhirnya, dia akan bermain dengannya! Hebat!
Mainan deria membantu membentuk segala apa yang kanak-kanak percaya positif dan selamat di dalam minda mereka. Akhirnya, ini akan membentuk pilihan yang dibuat oleh kanak-kanak dan mempengaruhi tingkah laku mereka.
Selain membolehkan para pelajar belajar di pusat pembelajaran ini, THINK mendedahkan pelajar kepada program temu seru sekali-sekala, seperti pergi ke kedai runcit, klinik pergigian dan lain-lain. Oleh itu, pelajar bukan sahaja mempelajari pengetahuan dalam program tersebut, tetapi mempunyai peluang untuk mengamalkannya dalam kehidupan sebenar.
THINK tertumpu pada amalan berpusatkan keluarga. Pusat ini menjalankan prosedur rawatan dan program dengan perakuan orang tua atau penjaga. Ini adalah kerana pusat ini percaya bahawa interaksi kolaboratif antara guru dan orang tua dapat mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran yang pelajar memperoleh dari pusat pembelajaran ke dalam kehidupan seharian mereka untuk mendapat keputusan yang terbaik. Terdapat juga pertemuan ibu bapa dan guru yang kerap agar ibu bapa dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan anak-anak mereka di pusat pembelajaran ini.
THINK juga menyediakan program pengayaan kepada ibu bapa, guru, pihak profesional dan pihak-pihak yang berminat dalam bidang ini. Sebagai contoh, THINK akan mengadakan bengkel dan ceramah profesional secara bersiri sepanjang tahun, di mana ia bukan saja akan hanya meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme pasukan, tetapi juga membolehkan ibu bapa mendapatkan lebih banyak pengetahuan untuk membantu anak-anak mereka belajar dan berkembang.