by on 29/10/2019 1153
Melakukan peranan kami dengan:
Pemeriksaan wajib suhu harian
Pemakaian wajib pelitup muka
Pemakaian wajib ‘face shield’
Pencucian tangan kerap untuk pelajar
Penyediaan cecair dan tisu pembasmi kuman
Pembersihan dan sanitasi harian
Pembersihan dan sanitasi intensif mingguan
Pengurangan saiz bilik darjah
Penjagaan jarak sosial antara para pelajar dan guru
Memastikan keselamatan makanan dan air minuman
Ujian COVID untuk guru dan penjaga
rotokol yang ketat untuk ibu bapa dan pelawat
Kami juga menyediakan:
Pembelajaran maya semasa PKP
There are materials to bring home for virtual learning
Dinamakan sempena buku terlaris kanak-kanak, The Very Hungry Caterpillar, The Hungry Caterpillar (THC) ialah sekolah tadika pelbagai bahasa di Lembah Klang yang menggunakan pelbagai teknik pendidikan bertaraf antarabangsa. Hungry Caterpillar menjaga kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun.
Buku Eric Carl, The Very Hungry Caterpillar iaitu buku yang menjadi dasar sekolah tadika ini, membongkarkan idea bahawa beluncas makan pelbagai jenis makanan sepanjang minggu dan bermetamorfosis menjadi seekor rama-rama. Sama juga seperti di Hungry Caterpillar, Pengetua cuba menawarkan satu tempat pembelajaran yang selamat di mana kanak-kanak boleh belajar dan meneroka bakatnya dengan cara terbaik mengikut kadar kemampuan mereka sendiri.
Terletak di lot tepi teres dua tingkat dalam kawasan perumahan yang tenang di Petaling Jaya, Hungry Caterpillar menyediakan asas pendidikan yang kukuh; yang berusaha memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajarnya dengan penekanan terhadap pembentukan karakter dan intelek. Tadika ini juga mengiktiraf peranan ibu bapa sebagai pendidik utama dan peranan keluarga untuk bekerjasama dalam membentuk nilai-nilai murni bagi merangsang proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
Berdasarkan British Early Years Foundation Stage dan National Early Education Standards, Hungry Caterpillar membantu fasa transisi kanak-kanak kepada persekitaran berasaskan sekolah selain mengurangkan kerisauan mereka apabila berpisah dengan keluarga. Teknik pengajaran adalah berpusatkan pelajar. Maka, di Hungry Caterpillar, kanak-kanak dapat merasai pelbagai jenis aktivit yang kesemuanya merupakan sebahagian daripada kurikulum harian. Penekanan diberikan kepada mengajar kemahiran yang bersifat sepanjang hayat seperti kemahiran mendengar, berkomunikasi, berkongsi dan berinteraksi dengan orang lain, mengajar mereka asas-asas pengiraan, pembacaan dan kesenian supaya mereka dapat bersedia untuk ke sekolah rendah.
Di The Hungry Caterpillar, kami percaya bahawa pelajar-pelajar kami akan membesar dengan kebolehan-kebolehan yang pelbagai sebagai seorang individu dan penyumbang kepada masyarakat pada suatu hari nanti. Justeru, kami berharap kami dapat merangsang asas yang teguh dan positif bagi pelajar untuk belajar secara kritikal dan berdikari. Kami bercita-cita untuk membina komuniti antarabangsa yang budaya hormat-menghormatinya diberikan kepada semua orang tanpa mengenal kelas, negara, bangsa dan agama. - Ms. Yee Teng, Pengetua The Hungry Caterpillar
Kelas-kelas di Hungry Caterpillar diajar oleh guru-guru yang sangat berpengalaman dengan latar belakang kukuh dalam pelbagai disiplin – pendidikan, psikologi kanak-kanak, bahasa dan kesenian. Pengetuanya, Ms Tee Yee Teng, pemegang ijazah Sarjana Muda Psikologi Kanak-kanak dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat mempunyai lebih 8 tahun pengalaman dalam pendidikan dan penjagaan kanak-kanak baik di peringkat tempatan mahupun global. Dalam usaha untuk memastikan guru-gurunya mempunyai pengetahuan dan sentiasa seiring dengan kajian-kajian semasa berkenaan profesion penjagaan kanak-kanak, latihan disediakan untuk semua guru sepanjang tahun.
Berikut adalah skop pembelajaran yang ditawarkan di Hungry Caterpillar;
1) Literasi
Literasi merujuk kepada bahasa, pembacaan dan penulisan dalam bahasa Inggeris. Kami menggunakan Jolly Phonics yang secara mudahnya dikenali sebagai kaedah paling efektif untuk mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar usia muda.
2) Pengiraan
Pengiraan merujuk kepada pembelajaran konsep-konsep dan kemahiran-kemahiran asas matematik. Kami merujuk Singapore Maths bagi memperkenalkan kepada para pelajar tentang kaedah tiga langkah Singapura: konkrit, bergambar dan abstrak.
3) Gimnasium dan berenang
Hungry Caterpillar menyediakan ruang permainan seperti gimnasium permainan lembut, ruang permainan luar bilik darjah dan kolam renang untuk pelajar mengeluarkan tenaga-tenaga aktif mereka dan memupuk minat mereka terhadap kecergasan dan kesihatan yang baik.
4) Perkembangan Emosi Sosial
Tenaga pengajar di Hungry Caterpillar mempunyai kefahaman yang kukuh terhadap psikologi kanak-kanak untuk membantu perkembangan setiap pelajarnya yang mempunyai karakter dan personaliti yang unik.
5) Seni Kreatif
Program ini merangsang perkembangan kreatif kanak-kanak, memperkenalkan pelajar kepada pelbagai jenis seni dan menggalakkan mereka untuk meluahkan kreativiti mereka melalui pembelajaran seni dan kraf secara interaktif.
6) Mandarin
Hungry Caterpillar menyediakan kelas Mandarin bagi menggalakkan pelajar menguasai asas-asas Mandarin.
7) Pengetahuan terhadap Dunia
Guru-guru menggalakan penglibatan para pelajar dalam kelas dan aktiviti-aktiviti yang membuatkan mereka belajar asas-asas ilmu sains, teknologi dan memupuk semangat ingin tahu semula jadi mereka tentang alam tabii.
Terletak di lot tepi teres dua tingkat dalam kawasan perumahan yang tenang di Petaling Jaya, Hunger Caterpillar menawarkan kemudahan seni. Di tingkat dua terdapat beberapa kelas dan bilik permainan. Aras bawah memuatkan akses kepada dapur, bilik mandi kanak-kanak, pintu masuk dan juga pejabat. Kelas-kelas sangat terang dan dilengkapi dengan bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi sesuai mengikut umur.
Sebuah ruang yang luas dan persekitaran luar bilik darjah yang berasaskan alam semula jadi dengan pelbagai kemudahan permainan di hadapan halaman bangunan menggalakkan rasa untuk bermain. Rumput buatan di taman permainan pula menyediakan satu tempat yang selamat dan permukaan yang lembut, sesuai untuk aktiviti-aktiviti permainan bebas. Berbekalkan kelompok guru yang bertauliah dan kemudahan pembelajaran seni, Hungry Caterpillar menawarkan akses kepada penjagaan dan pembelajaran awal kanak-kanak yang profesional dan berkualiti.