by on 17/07/2024 195
Sorotan Utama |
|
Tahun-tahun awal dalam kehidupan seseorang kanak-kanak sangat penting untuk membina asas yang kukuh bagi kejayaan masa hadapan. Oleh sebab itu, The children's house, Setia Alam sangat komited terhadap membekalkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran, di mana minda-minda muda boleh berkembang pesat.
Sebagai sebuah prasekolah Montessori yang ulung di bawah jenama terkemuka Busy Bees, taska dan tadika ini terbuka kepada kanak-kanak berusia empat bulan hingga enam bulan dan menawarkan pendekatan yang holistik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Dengan bertunjangkan Montessori sebagai falsafah utamanya, kurikulum di sini memberi tumpuan kepada memupuk cinta terhadap ilmu dari usia yang muda, dan membantu kanak-kanak membina kemahiran hidup yang asas.
The children’s house, Setia Alam sesuai untuk ibubapa moden kerana ia memastikan anak-anak mereka terjaga semasa mereka sibuk bekerja. Sekolah ini terletak di dalam kawasan perumahan yang berpagar, dan lokasinya amat strategik, memudahkan ibubapa mengambil dan menurunkan anak-anak mereka dari Lebuhraya Setia Alam dan Lebuhraya Persekutuan.
Reka bentuk sekolah pula memenuhi keperluan kanak-kanak, lengkap dengan kemudahan seperti taman yang hijau, taman permainan luar yang interaktif, dan bilik-bilik darjah yang luas dan diterangi cahaya matahari semulajadi. Warna-warna utama jenama the children's house, iaitu merah dan putih, digandingkan bersama perabot kayu dan mewujudkan suasana yang selesa dan mesra kanak-kanak.
The children’s house, Setia Alam menawarkan program pelbagai tahap, untuk bayi (infant), pre-toddler, toddler, nurseri, dan kelas persediaan. Setiap aktiviti direka khas untuk mengalakkan pembelajaran secara spatial, selain kemahiran bahasa, matematik, praktikal, dan personal. Pembelajaran merangkumi lima bidang utama, iaitu:
Kemahiran hidup praktikal: Bidang ini memberi tumpuan kepada membantu kanak-kanak membina daya motor kasar dan daya motor halus mereka, selain meningkatkan tumpuan dan koordinasi. Melalui aktiviti seperti menuang air dan menggunakan pengapit, kanak-kanak meningkatkan ketangkasan tangan dan seterusnya lebih mahir dalam tugasan seperti menulis menggunakan pensel. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membina kemahiran; ia juga mengajar kanak-kanak tentang kepentingan menyiapkan tugasan secara berdikari, dan menerapkan sikap bangga terhadap kerja mereka.
Sensori: Dalam bidang ini, kanak-kanak digalakkan untuk meningkatkan lima pancaderia mereka melalui bahan-bahan dan permainan yang melibatkan tekstur, bunyi, rasa, bau, saiz, dan warna. Ini membantu mereka membina kesedaran tentang dunia di sekeliling mereka, sesuatu yang amat penting untuk perkembangan kognitif dan emosi mereka.
Bahasa: The children’s house menempatkan kanak-kanak dalam persekitaran kaya bahasa yang imersif di mana mereka menggunakan bahan-bahan cetakan yang mengalakkan pengenalan huruf dan perkataan. Kanak-kanak membina asas yang kukuh dalam bahasa melalui aktiviti fonik, pembacaan, tatabahasa, dan penulisan.
Nombor: Bidang ini memperkenalkan dunia nombor dan konsep matematik kepada kanak-kanak menerusi aktiviti yang merangkumi pengiraan, penambahan, penolakan, divisi, dan sistem desimal, supaya kanak-kanak dapat mengembangkan pemahaman mereka terhadap konsep matematik secara konkrit dan juga abstrak. Hal ini dapat menyokong pemikiran kritis matematik apabila mereka maju ke peringkat seterusnya.
Budaya: Kanak-kanak diperkenalkan kepada bidang seni, muzik, dan dunia di sekeliling mereka melalui pelbagai aktiviti. Pendedahan ini membantu mereka menghargai kepelbagaian budaya dan persekitaran yang berlainan, sekaligus mengalakkan mereka untuk menjadi ahli masyarakat global yang bertanggungjawab dan mempunyai rasa hormat.
Di the children’s house, kanak-kanak dipercayai memiliki kebolehan untuk belajar dari persekitaran mereka secara semulajadi.
Justeru itu, sekolah mewujudkan persekitaran yang tersedia (prepared environment) menggunakan bahan-bahan didaktik (iaitu bahan-bahan yang paling sesuai dari segi saiz, warna, dan kadar suku, yang memenuhi keperluan umur kanak-kanak tersebut), membolehkan kanak-kanak untuk belajar mengikut tahap dan perkembangan masing-masing secara semulajadi. Kaedah ini mengalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan mengembangkan kemahiran mereka dalam persekitaran yang menyokong dan berstruktur.
The children’s house also maintains low teacher-to-child ratios, ensuring each child receives the personalised attention and care they need to thrive.
Penglibatan ibubapa merupakan teras kepada pendekatan pembelajaran di the children's house. Sekolah memupuk semangat komuniti dan kejiranan yang kuat melalui pelbagai inisiatif, seperti perayaan kebudayaan dan bengkel ibubapa. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membina perhubungan yang lebih kukuh di antara ibubapa, kanak-kanak, dan para guru, tetapi juga mewujudkan rangkaian sokongan yang perlu bagi memberikan kanak-kanak pendidikan yang sempurna.
Matlamat yang ingin dicapai oleh the children's house, yang sesuai dengan keperluan pendidikan abad ke-21 adalah untuk memupuk individu yang mampu berkomunikasi secara efektif, mempunyai pemikiran tersendiri, mampu menyesuaikan diri dalam situasi yang berlainan, dan memberi sumbangan positif kepada masyarakat.
Pada masa yang sama, sekolah menerapkan nilai-nilai murni seperti belas kasihan, empati, keyakinan, berdikari, dan hormat kepada alam semulajadi, sesuai dengan konsep kanak-kanak Montessori, dan memastikan mereka sedia untuk menghadapi cabaran akan datang.