by on 18/02/2019 2374
Melakukan peranan kami dengan:
Pemeriksaan wajib suhu harian
Pemakaian wajib pelitup muka
Pencucian tangan kerap untuk pelajar
Penyediaan cecair dan tisu pembasmi kuman
Pembersihan dan sanitasi harian
Pembersihan dan sanitasi intensif mingguan
Pengurangan saiz bilik darjah
Penjagaan jarak sosial antara para pelajar dan guru
Memastikan keselamatan makanan dan air minuman
rotokol yang ketat untuk ibu bapa dan pelawat
Kami juga menyediakan:
Pembelajaran maya semasa PKP
Diskaun yuran sekolah semasa PKP
Small group teaching, both online and classroom sessions for students who cannot focus well or require additional attention
Maklumat tambahan:
Increase in teaching staff to enable more focus on students, both on safety/health precautions as well as learning aspects.
Tender Minds Preschool mencerminkan misi yang jelas dan mudah: untuk mencetuskan rasa cinta akan belajar daripada kecil dan menggalakkan kanak-kanak mengharungi perjalanan sepanjang hayat dalam pendidikan yang memberi inspirasi dan membina minda mereka. Melalui kurikulum teras yang kuat, tumpuan kepada hubungan interpersonal dan ruang pembelajaran yang direka dengan baik, kanak-kanak dapat belajar, berkembang, bermain dan menjadi diri mereka yang terbaik dalam persekitaran yang selamat dan memupuk perkembangan. Tumpuan utama prasekolah ini adalah untuk menyokong dan meraikan kemajuan kanak-kanak.
Kemudahan di sini direka untuk melengkapkan program pembelajaran holistiknya, lengkap dengan pengaliran cahaya semulajadi. Ia mempunyai ruang untuk memenuhi pelbagai kumpulan umur dan kawasan luar yang mempunyai kolam kanak-kanak, taman permainan, pokok sebenar dan rumput. Reka bentuk ini menggalakkan kanak-kanak beralih dari satu kawasan pembelajaran kepada yang lain beberapa kali sehari, memanjangkan tumpuan kanak-kanak dengan pelbagai sumber pendidikan interaktif, mainan perkembangan dan ruang aktif dalam bangunan (indoor) untuk aktiviti fizikal dalam bilik.
Di Tender Minds, tidak ada pendekatan satu-saiz-sesuai-semua dalam pembelajaran. Tender Minds mengharmonikan amalan pengajaran yang terbaik untuk benar-benar menyerlahkan potensi terbaik dalam setiap kanak-kanak. Kurikulum di sini menyokong pelbagai pengalaman pembelajaran yang tersusun untuk kanak-kanak. Kanak-kanak di sini belajar dengan membentuk, membina dan menghubungkan konsep pendidikan yang saling berkaitan. Mereka mendapat manfaat daripada dirangsang dengan pelbagai aktiviti yang mengintegrasikan kemahiran numerasi, literasi, bahasa, konsep sains awal, seni, muzik, kehidupan praktikal, dan pergerakan motor halus dan kasar. Program-program ini secara progresif menyediakan kanak-kanak untuk memulakan pembelajaran di sekolah rendah, serta masih mendapat nilai pendidikan melalui permainan.
Kanak-kanak digalakkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan rakan sebaya serta menghormati guru mereka. Secara beransur-ansur, mereka akan menguasai keupayaan untuk mendengar, memahami dan berhubung dengan orang lain, dan daripada masa ke masa, mereka akan dapat berdikari dan berkepimpinan dalam situasi yang berbeza. Pengalaman deria dan fizikal yang berbeza termasuk menikmati sinar matahari di kawasan permainan luaran membolehkan anak-anak memupuk hubungan yang sihat antara badan dan fikiran mereka, serta makanan dan gerakan. Amalan pengajaran setiap hari menanamkan kemahiran berharga termasuk sifat berdikari, keyakinan, harga diri yang positif, pengawalseliaan diri, kejujuran dan belas kasihan untuk perkembangan minda yang sihat. Ini amat penting dalam menyediakan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri di sekolah rendah dan menengah di kemudian hari.
Saiz kelas sentiasa tidak melebihi lima belas kanak-kanak pada satu-satu masa untuk mencapai hasil pencapaian yang optimum dan memastikan semua program beroperasi pada tahap yang terbaik. Penetapan ini membolehkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti dengan sewajarnya dan secara bersama, dan pada masa yang sama, membolehkan guru untuk berinteraksi secara individu dengan setiap murid. Perkhidmatan hari penuh (full-day service) adalah termasuk penjagaan kanak-kanak, aktiviti dan makanan selepas waktu sekolah, menjadikannya lebih mudah bagi keluarga untuk memanfaatkan sepenuhnya masa di sekolah.
Keluarga yang menggunakan khidmat Tender Minds akan mendapat tempat untuk mencipta permulaan yang kuat untuk pendidikan anak-anak mereka serta menyediakan asas untuk kejayaan mereka di masa hadapan.