on 18/12/2024 86
Sorotan Utama |
|
Tahun-tahun awal kehidupan kanak-kanak merupakan masa yang amat berharga, kerana waktu inilah mereka dipenuhi dengan rasa ingin tahu terhadap dunia di sekeliling mereka. Taska MRC Kids membekalkan persekitaran yang memupuk di mana kanak-kanak bebas melakukan penerokaan mereka sendiri, dan belajar dan berkembang mengikut tahap masing-masing.
Sebahagian daripada jenama MRC Education yang terkenal, Taska MRC Kids Anggun City, Emerald Rawang terbuka kepada kanak-kanak kecil dengan program pendidikan awal yang sesuai untuk mereka yang berusia 6 bulan hingga 3 tahun. Dengan aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur mereka dan persekitaran yang ramah mesra, program ini dapat memberi kanak-kanak permulaan yang baik dalam kehidupan mereka.
Kurikulum di Taska MRC Kids direka khas untuk menyokongh perkembangan holistik bayi dan kanak-kanak kecil.
Oleh kerana tahun-tahun awal adalah masa kritikal dalam kehidupan seseorang, program ini memberi tumpuan kepada penerokaan sensori, perkembangan daya motor kasar dan halus, serta membantu kanak-kanak dalam pencapaian kognitif mereka melalui aktiviti seperti seni, muzik, dan belajar sambil bermain.
Seperti program-program lain yang ditawarkan oleh kumpulan MRC, kurikulum ini mengambil inspirasi dari teori kecerdasan pelbagai Howard Gardner untuk melatih minda kanak-kanak secara menyeluruh, termasuklah bidang logik-matematik, kinestetik, dan kemahiran interpersonal. Untuk kanak-kanak berusia 3 tahun, kurikulum mula memperkenalkan konsep-konsep asas bahasa, nombor, dan pemikiran kreatif.
Kurikulum akademik |
|
Program Pengayaan |
|
Perkhidmatan berkaitan dengan pendidikan |
|
Penguasaan kemahiran hidup |
|
Pengajaran disampaikan melalui sesi bercerita, menyanyi, dan permainan interaktif. Persekitaran di mana pelbagai bahasa diggunakan, seperti Bahasa Inggeris, Mandarin, dan Bahasa Melayu, memberi pengenalan awal kepada kanak-kanak kepada bahasa-bahasa yang berlainan semasa tahun-tahun kritikal ini.
Kemahiran hidup dan memupuk sikap berdikari juga merupakan sebahagian daripada program di sini. Kanak-kanak belajar melalui aktiviti penjagaan diri dan mereka juga terlibat dalam permainan secara berkumpulan, di mana mereka boleh memupuk keyakinan dan autonomi mereka sendiri.
Taska MRC Kids direka untuk memastikan keselamatan dan keselesaan kanak-kanak, di samping mengalakkan mereka untuk melakukan penerokaan. Bilik-bilik darjah dilengkapi dengan perabot yang lembut dan sesuai untuk peringkat umur, dan terdapat juga bahan-bahan mainan sensori dan ruang-ruang yang selesa.
Bayi dan kanak-kanak kecil boleh menggunakan ruang permainan yang khas, yang memudahakan mereka bergerak dan melakukan penerokaan. Ruang tidur dan makan memastikan rutin harian yang selesa, di mana semua keperluan kanak-kanak dipenuhi. Pihak taska mengikut dengan rapi segala protokol keselamatan dan kebersihan, jadi ibubapa tidak perlu merasa bimbang.
Kejayaan Taska MRC Kids terletak di tangan tenaga pengajar dan penjaganya yang benar-benar menyayangi kanak-kanak, dan memupuk hubungan yang erat dengan mereka. Nisbah bilik darjah yang kecil memastikan keperluan kanak-kanak dipenuhi.
Guru-guru dan penjaga melibatkan ibubapa dalam proses perkembangan kanak-kanak bagi memahami keperibadian dan keperluan mereka yang unik. Pihak taska juga kerap mengemas kini ibubapa melalui laporan kemajuan dan gambar aktiviti seharian.
Taska MRC Kids dipercayai oleh ibubapa yang ingin mencari pendidikan awal yang bermutu tinggi untuk anak-anak mereka. Persekitarannya yang selamat dan selesa, kurikulum yang sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak, dan guru-guru yang berdedikasi memastikan kanak-kanak menerima jagaan rapi. Sama ada melalui permainan sensori mahupun perkembangan bahasa atau interaksi sosial, program di sini membantu kanak-kanak membina asas yang kukuh dan memupuk rasa cinta terhadap ilmu sepanjang hidup mereka.