by on 06/02/2018 3139
Kidana bermaksud Kinesthetic Integrated Development And Neurological Approaches, diasaskan dan dikendalikan oleh seorang pendidik yang dikenali sebagai Mama Yati atau Tokmama, bersama 2 anak perempuannya, Deeana dan Ilyana. Dianugerahkan dengan sifat mesra kanak-kanak dan minat mendalam terhadap perkembangan awal kanak-kanak, tercetus ilham membangunkan sebuah pusat kanak-kanak, untuk menangani keperluan pembelajaran unik setiap kanak-kanak sekali gus diharap dapat membendung gejala sosial yang berleluasa dalam masyarakat kita.
Alhamdulillah impian ini menjadi kenyataan setelah Deeana lulus dengan ijazah kewangan dan perakaunan dan Ilyana menyertai mereka selepas bekerja selama 3 tahun sebagai jururawat kanak-kanak bertauliah di sebuah hospital swasta tempatan. Gabungan latar belakang, pengalaman dan semangat mereka menjadi faktor inspirasi dalam menrealisasikan impian mereka untuk menolong kanak-kanak mencapai kecemerlangan diri.
Misi Kidana adalah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, penyayang, lembut, tenang dan tidak menghakimi. Pendekatan pembelajaran bersepadu Kidana adalah untuk memupuk potensi anak-anak muda ke arah mewujudkan individu yang holistik sebagai aset untuk generasi akan datang, in shaa Allah Konsep Pembelajaran Kidana adalah:
Kidana Kindy menyediakan program khusus yang dibangunkan khas untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun, menggabungkan Subjek KSPK dengan Kaedah Kidana yang menyeronokkan. Program-program Kidana menyediakan rutin dan aktiviti untuk merangsang pemikiran aras tinggi kanak-kanak dan memupuk keyakinan diri mereka serta mengalakkan perkembangan asas dalam bidang literasi dan numerasi, motorskil kasar dan halus, interaksi sosial, emosi dan sahsiah mereka.
Program ini bertujuan untuk memupuk kanak-kanak secara holistik melalui pendekatan tema bersepadu, di mana pelbagai bidang pembelajaran digabungkan. Projek-projek bertema mengintegrasikan Sains, Kemahiran Hidup, Matematik, Seni dan Kraf, Literasi dan Pergerakan Fizikal sebagai pengalaman pembelajaran yang seimbang dan menarik. Kaedah pengajaran begini didapati berkesan dan memotivasi kanak-kanak memahami apa yang mereka sedang belajar. Guru sebagai pembimbing dan pemudahcara untuk kanak-kanak maju dengan cemerlang, berkeyakinan diri, kreatif and berkolaborasi sepanjang pembelajaran mereka.
Kaedah Kidana adalah pembelajaran berasaskan kanak-kanak, melalui pendekatan projek dan kinestetik. Pembelajaran berasaskan Projek menyemai nilai asas yang tidak ternilai untuk seorang kanak-kanak, manakala pendekatan Kinestatik membina kemahiran asas kanak-kanak. Konsep pembelajaran begini menggalakkan semangat berpasukan, keyakinan diri, rasa ingin tahu dan pemikiran kritikal serta pergerakan motivasi dan aktiviti fizikal yang tentu akan menghasilkan minda dan tubuh yang sihat dan cergas, in shaa Allah
Menyedari hakikat bahawa ramai anak-anak yang belajar dengan cara berbeza kerana menghadapi cabaran pembelajaran seperti perhatian dan fokus, Kidana berikhtiar untuk membantu anak-anak ini belajar dengan lebih baik. Pencarian ini membawa kepada penemuan Brain Gym. Konsep gerak laku dalam Brain Gym telah terbukti berkesan bukan sahaja untuk meningkatkan kecekapan pembelajaran kanak-kanak tetapi juga dapat menangani cabaran fokus, tumpuan serta penekanan untuk menguruskan emosi kanak-kanak.
Deeana dan Ilyana mendapat latihan secara profesional untuk Program Kesediaan Sekolah RMT dan Program MBL yang merangkumi Brain Gym serta beberapa gerak laku berkesan lain.
Kinestatik Kidana adalah satu program unik yang menggabungkan pergerakan dan aktiviti fizikal yang memupuk perkembangan badan dan minda untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian untuk kanak-kanak dari semua kebolehan. Di bawah program ini, satu urutan khusus latihan rangsangan otak disediakan. “Urutan Ajaib" adalah urutan istimewa untuk merangsang titik tertentu pada badan, ia membantu menyambungkan otak dan ia berfungsi untuk memperbaiki masalah pembelajaran dan tingkah laku kanak-kanak. Contoh gerakan refleks Sedia untuk Sekolah yang melibatkan langkah pergerakan berirama, biasanya akan memulakan sesi pembelajaran kanak-kanak untuk hari itu. Sesi “one-to-one” juga ditawarkan kepada kanak-kanak yang mungkin memerlukan lebih banyak perhatian.
Penilaian Fizikal dilakukan kepada setiap anak baru dan pemerhatian ke atas kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak juga dilakukan. Kidana mengukur keperluan kanak-kanak sebelum menyediakan aktiviti pembangunan otak yang sesuai untuk pembelajaran yang optimum. Lagipun, untuk memulakan pembelajaran, penting untuk menerapkan kesediaan anak untuk menyerap dan memproses pengetahuan yang diajar. Untuk mempertingkatkan lagi pengalaman pembelajaran, kita harus memupuk keseronokan belajar, rasa ingin tahu untuk belajar dan meneroka. Matlamat Kidana adalah untuk membolehkan kanak-kanak meneroka dengan panduan dan dalam persekitaran yang berhemah. Selain kemahiran sosial dan emosi, aspek kerohanian juga diperkenalkan sebagai cara hidup di mana anak-anak diajar untuk menghargai segala ciptaan Illahi, bersifat empati, bersikap baik dan beradab dan memiliki ciri bertanggungjawab yang tinggi.
Kidana Tots Playgroup menyediakan perkhidmatan didik-asuh untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun. Dengan keyakinan pembelajaran harus dimulai seawal di dalam rahim lagi, Kidana Tots focus dalam merangsang dan membina pembangunan Tahap-tahap Refleks, Sensori dan Daya Pergerakan. Sangat penting untuk memastikan kebanyakan refleks disepadukan sepenuhnya supaya tidak menjadi penghalang kepada pembelajaran, pemprosesan deria dan kematangan emosi di kemudian hari.
Adalah penting memastikan refleks primitif telah matang dan reflex postural mantap supaya anak dapat membina asas untuk pembelajaran. Apabila kesediaan dan keupayaan pembelajaran kanak-kanak menjadi mantap, kebolehan fizikal ini berkaitan dengan penguasaan kemahiran motor dan kawalan postural. Jika seorang kanak-kanak tidak mempunyai kematangan ini apabila dia mula bersekolah, dia mungkin sukar untuk mencapai matlamatnya.
Dengan kesedaran ini, satu program khas dibuat khusus untuk kanak-kanak untuk berkembang dengan sewajarnya. Berdasarkan konsep pembelajaran yang sama, Kidana Tots memberi tumpuan khusus kepada aktiviti merangsang aktiviti di sekitar tema tertentu. Falsafah untuk membangunkan kanak-kanak secara seimbang dan menyeluruh melalui permainan, penjelajahan, pemerhatian dan pengalaman kendiri adalah asas kepada sukatan pelajaran Kidana Tots. Kegiatan ini dapat meningkatkan keupayaan anak kecil untuk mengembangkan kemahiran motor, kognitif, sosial, emosi dan komunikasi, in shaa Allah. Kemahiran menghafal juga dibangunkan melalui pembacaan surah mudah, doa-doa ringkas dan nyanyian gerak gaya Asma ul Husna.
Kursus ini membolehkan penutur bukan asli berumur 4 hingga 12 tahun menguasai konsep pembelajaran bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Kelas-kelas yang sesuai dengan umur ini adalah interaktif dan berfokus pada membaca, menulis dan komunikasi.
Kidana adalah pusat sehenti di mana perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak diurus dengan terbaik. Pengasas secara konsisten sentiasa meningkatkan ilmu mereka dengan amalan-amalan terkini dan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mereka sangat berminat memainkan peranan yang berkesan dalam mewujudkan kesedaran di kalangan ibu bapa dan masyarakat sekitar tentang wujudnya keunikan pembelajaran setiap kanak-kanak. Ini adalah tempat yang ideal dan bebas tekanan bagi kanak-kanak untuk berkembang dan membangun menjadi individu yang lebih berkeyakinan diri, berdikari dalam pemikiran dan menjadi pelajar sepanjang hayat.