by on 23/05/2022 983
Sorotan Utama: |
|
Tadika Akhdan Bonda, iaitu salah satu pemegang francais Bonda Learning Centre (BLC), ditubuhkan di Melaka pada Oktober 2016. Pengasasnya adalah Puan Nadia, bersama rakan kongsinya, Nadzirah. Setakat ini, terdapat dua cawangan tadika Islam ini, yang menjadi permintaan ramai, iaitu di Taman Bertam Setia dan Taman Bukit Beruang, Melaka.
Dengan modul pengajaran serta bahan dan latihan yang disediakan oleh BLC, Nadia mengendalikan pendidikan awal berasaskan projek dan bertema, dan ia disambut baik. Tadika Akhdan Bonda memenuhi keperluan keluarga yang tinggal di Melaka yang inginkan pendidikan berkualiti tinggi yang patut diterima oleh anak-anak mereka.
Semasa bertemu bual dengan wakil Kiddy123 baru-baru ini, Nadia berkata, “Kami mengikuti Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk prasekolah, oleh itu mata pelajaran yang diajar di Tadika Akhdan Bonda ialah Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Pendidikan Islam serta Bahasa Inggeris.” Namun keunikan tadika ini adalah program-program tambahannya, seperti Junior Little Scientist, Junior Masterchef, Art & Craft, serta kelas Tahfiz Junior yang eksklusif, iaitu program hafazan Al Quran yang direka khusus untuk anak-anak kecil. Tadika Akhdan Bonda mempunyai misi yang mulia, iaitu untuk melahirkan lebih ramai anak Hafiz/Hafizah. Nadia juga menambah bahawa program itu turut menekankan penghayatan anak-anak terhadap ‘Asma ul Husna‘ dan hadis.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pendekatan pengajaran di Tadika Akhdan Bonda adalah bertema sambil berasaskan projek, dengan jalinan antara satu dengan yang lain. "Sebagai contoh, di permulaan penggal persekolahan, kita mungkin menggunakan tema Diri Saya Sendir’. Ia tema pengajaran yang amat sesuai untuk beberapa sebab, iaitu untuk pengenalan diri, penemuan diri, serta pengiktirafan diri," kongsi Nadia. "Kanak-kanak berpeluang untuk meluahkan pendapat masing-masing semasa mereka belajar dan berkembang, bersama projek rekaan khas yang seiringan dengan tema Diri Saya Sendiri," sambungnya.
Tadika popular ini menggantikan tema yang digunakannya setiap bulan, oleh itu pembelajaran amat menyeronokkan dan sentiasa dinanti-nantikan. Sesudahnya tema Diri Saya Sendiri, tema yang berikutnya mungkin Keluarga Saya pula, di mana pelajar-pelajar dapat mengambil bahagian dalam projek seperti memperkenalkan ahli keluarga masing-masing kepada rakan sekelas mereka, dan sebagainya. Nadia turut mendedahkan bahawa tadikanya sentiasa berusaha untuk merancang segala tema dna projek supaya pelajar-pelajar sentiasa seronok membelajar sambil menghayati dan mengingati pelajaran mereka.
Kelas tadika Tadika Akhdan Bonda dijalankan dari pagi hingga petang, iaitu mengikuti peraturan KSPK. Tadika ini juga menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, dan juga kelas selepas sekolah, di mana aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan disediakan untuk penyertaan kanak-kanak. Tadika Akhdan Bonda juga membimbing kanak-kanak supaya menunaikan solat Zohor setiap hari, serta semua doa yang berkenaan tepat pada waktunya. Hasilnya, ibu bapa yang sibuk dapat berasa lega dan yakin bahawa selain memperoleh asas awal yang kukuh dalam pendidikan, anak-anak mereka juga mendapat bimbingan rohani.
Berkedudukan di lot kedai dua tingkat, Tadika Akhdan Bonda terdiri daripada kawasan dalaman yang luas dan kondusif bagi pembelajaran. Tingkat atas menempatkan bilik darjah manakala tingkat bawah digunakan untuk Circle Time serta untuk aktiviti-aktiviti pendidikan dan juga hiburan. Sudut IT serta dapur juga terletak di tingkat bawah tadika.
Semua ibu bapa yang mendaftarkan anak-anak mereka ke tadika pasti menaruh harapan tinggi supaya cahaya mata mereka akan mendapat persiapan yang terbaik untuk pendidikan sekolah rendah mereka. Bagi ibu bapa yang anak mereka menghadiri Tadika Akhdan Bonda, hanya pujian yang dapat didengar mengenai keelokan prasekolah yang menyeronokkan dan memperkaya tersebut. Jelas sekali, masa yang dihabiskan di sini digunakan secara baik untuk memastikan pelajar mendapat pendidikan awal yang berkualiti semasa tahun-tahun pembelajaran kritikal mereka. Kelas diadakan pada hari-hari minggu, bermula pada sebelah pagi dan berakhir pada sebelah petang bagi sesi pagi. Bagi kanak-kanak yang tidak pulang ke rumah, makan tengah hari akan dihidangkan diikuti dengan solat, dan kemudiannya mereka dapat rehat/ tidur sejam. Kumpulan ini dapat memilih antara beberapa aktiviti termasuk kelas Taekwondo, Memanah dan Berenang. Sebaliknya, mereka boleh memilih kelas membaca dan juga kelas Al-Quran pula.
Graduan-graduan Tadika Akhdan Bonda boleh mendaftar ke mana-mana sekolah rendah pilihan mereka, dan kebanyakan mereka sama ada meneruskan ke sekolah kebangsaan, atau sekolah Islam - mereka pasti sudah cukup bersedia untuk mana-mana jenis sekolah rendah. Tadika Akhdan Bonda memastikan bahawa semua pelajarnya mahir dalam pelajaran agama Islam dan mampu membaca beberapa ‘surah’, umpama ibu yang mendidik anaknya sendiri!
Adalah dipercayai di Tadika Akhdan Bonda bahawa kanak-kanak harus dibimbing secara bertanggungjawab supaya mereka lebih mudah mencapai kehidupan yang seimbang dan harmoni dengan ketaqwaan kepada Allah. Selain kelas Bahasa Arab untuk kanak-kanak enam tahun, bacaan Asma ul Husna diadakan untuk semua pelajar lain. Ia memandu mereka hidup dengan keselesaan rohani dan perlindungan, serta membantu perkembangan mereka dengan sifat yang baik. Program Cinta Solat pula amat berfaedah bagi minda muda yang mudah terpengaruh, dan ia merangkumi Solat Sunat Dhuha sebagai solat wajib pagi, diikuti dengan solat Zohor serta Asar pada waktu tepat masing-masing. Dari segi pengajaran dan bimbingan Islam kepada semua pelajar tadika, masa bercerita dihidupkan dengan Hadis Nabi serta kisah-kisah Nabi (Nabi Mohamad).
Pembelajaran di Tadika Akhdan Bonda dipastikan sentiasa menyeronokkan dan menarik bagi para pelajarnya, dengan banyak aktiviti hands-on yang mengiringi setiap pelajaran di bilik darjah/kelas. Hasil bimbingan dan ajaran guru-guru yang berkelayakan dan penyayang, tidak hairanlah jika pelajar tadika ini didapati antara yang paling bijak yang pernah anda temui!