by on 28/03/2023 534
Sorotan Utama: |
|
Sejak ia ditubuhkan pada 2008 di Malaysia, Sekolah Antarabangsa Sunway, Sunway City Kuala Lumpur (SISKL) menyediakan secara tetap, sebuah ekosistem pendidikan yang menyeluruh, yang kanak-kanak perlu supaya dapat maju ke depan pada abad ke-21. VMeninggalkan jauh model pembelajaran pasif yang masih diamalkan di sesetengah sekolah di Malaysia, pendidik-pendidik SISKL dikenali sebagai bersikap proaktif dalam membimbing pelajar mereka, menggunakan kaedah-kaedah menarik, supaya perjalanan persekolahan lebih memuaskan, semuanya demi kejayaan masa depan mereka. Kiddy123 telah berpeluang untuk berbual dengan Pengetua SISKL, iaitu En Heath Kondro, dan berikut merupakan hasil temu bual kami.
Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka ke sekolah antarabangsa, bilangan institusi ini yang semakin naik di seluruh negara mungkin menyukarkan tugas memilih mana satu yang paling baik untuk anak mereka. Dalam banyak cara, kampus Kuala Lumpur Sunway International School di USJ 1, telah berjaya mengasingkan diri daripada yang lain. “Ia hanya beberapa kilometer jauhnya dari kampus lama kami, dan kami wajar berbangga dengan semua yang ditawarkan oleh kampus baru kami seluas tujuh ekar ini, dari segi kemudahan untuk pengalaman pembelajaran terbaik” kongsi En Kondro dengan Kiddy123 baru-baru ini. Kampus baru itu masih terletak di Sunway City KL, yang diperakui Indeks Bangunan Hijau (GBI) sebagai bandar mampan bersepadu sepenuhnya pertama di Malaysia.
Memandangkan dunia sedang berkembang dan permintaan untuk pendidikan yang lebih baik telah meningkat, keluarga-keluarga pula lebih memilih tentang apa yang ditawarkan di sekolah untuk anak mereka. Sudah tentunya mereka ingin memilih kurikulum yang terbaik sekali untuk anak mereka. SISKL jauh meninggalkan yang lain, mengguna pakai kurikulum Kanada yang secara konsisten muncul antara lima teratas dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa, atau PISA, dan, menawarkan Program Antarabangsa Cambridge (IGCSE) yang diiktiraf di peringkat global. Pelajar dapat memilih antara Program Sekolah Menengah Kanada (Ontario), Program Antarabangsa Cambridge (IGCSE), atau Program Diploma Antarabangsa Baccalaureate (IBDP). Sekolah Antarabangsa Sunway adalah satu-satunya sekolah di Malaysia yang menawarkan Program Sekolah Menengah Kanada (Ontario), manakala Program Antarabangsa Cambridge (IGCSE) dan IBDP ialah program pendidikan antarabangsa berkualiti tinggi yang terdapat di lebih 145 negara di seluruh dunia. Tanpa mengira pilihan mereka, selepas tamat persekolahan di SISKL, pelajar dapat mengatur langkah mereka untuk mendaftar ke mana-mana universiti terkemuka di seluruh dunia, dilengkapi dengan pensijilan yang amat terpuji.
Sebuah sekolah hanya sehebat gurunya, dan SISKL adalah buktinya. "Kami berhutang kejayaan kami kepada guru kami, yang kesemuanya pemegang sijil yang wajar, dari pelbagai peringkat antarabangsa, dan bersemangat semula jadi untuk mengajar dan membimbing," kongsi Encik Kondro. “Memandangkan SISKL ialah sekolah berlesen KPM Ontario, ramai guru kami adalah pemegang sijil Kolej Perguruan Ontario (Ontario College of Teachers). Masing-masing juga mempunyai kepakaran dalam subjek yang diajar. Tambahan pula, kumpulan guru kami adalah daripada latar belakang, budaya dan perspektif akademik yang berbeza, yang dalam pelbagai cara, ia amat memanfaatkan pelajar kami,” sambungnya.
Selain kurikulum, faciliti, lokasi, dan lain-lain, ibu bapa juga ingin anak mereka menjadi sebahagian daripada komuniti pendidikan yang berkembang maju. supaya memperoleh pendidikan dan set kemahiran yang mustahak untuk berjaya dalam abad ke-21 ini. SISKL menyediakan kesemuaya; selain daripada kemudahannya yang cemerlang, sistem pendidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, guru-guru dari pelbagai pengalaman dan latar belakang, dan apatah lagi rakan sebaya dari seluruh dunia. Pelajar pasti mendapati bahawa mereka berada dalam persekitaran yang paling kondusif untuk berkembang maju.
Berbeza dengan amalan pengajaran lazim di kebanyakan sekolah, iaitu menyalin dari papan putih, atau menghafal fakta, atau cuba menyiapkan kerja rumah yang tidak difahami sepenuhnya, gaya pendidikan di SISKL pula lain sekali, di mana ia sentiasa menarik dan menyeronokkan bagi para pelajarnya. Guru sentiasa berusaha untuk memberi perhatian sewajarnya kepada setiap orang pelajar, dan hasilnya ialah suasana keterangkuman di mana tiada kanak-kanak terpinggir dalam mencapai pendidikan yang terbaik.
Wujudnya keseimbangan yang unggul antara aktiviti akademik dan kokurikulum yang ditawarkan di SISKL, dan ia membantu melahirkan pelajar yang sedang menuju ke arah menjadi warga global yang bertanggungjawab dan disanjungi. Sukan, misalnya, dianggap sebagai bahagian penting dalam aktiviti kokurikulum sekolah kerana ia penting untuk pertumbuhan dan perkembangan ideal pelajar. Berhubungan itu, SISKL menyediakan padang bola sepak dalam saiz padang bertaraf FIFA, sebuah kolam renang separuh saiz Olimpik, dan dewan serbaguna yang bertindak sebagai dewan untuk acara dan aktiviti sekolah tetapi juga boleh diubah menjadi gelanggang-gelanggang badminton, bola tampar, bola keranjang dan banyak lagi. Selain itu, pelbagai kelab, persatuan serta program Minggu Kerjaya dan Program Jangkauan Komuniti, lawatan turun padang dan program-program selepas sekolah turut terukir ke dalam kurikulum sekolah, menghasilkan pendidikan yang lebih kaya dan lengkap sebagai persediaan untuk alam dewasa yang produktif.
SISKL amat berbesar hati terhadap komitmennya yang tidak berbelah bahagi dalam memupuk pertumbuhan minda serat watak para pelajarnya. Dedikasi sekolah ini terhadap pelajar-pelajarnya bukanlah sekadar mengejar kejayaan akademik dalam bilik darjah; ia juga menjangkau kepada memupuk kemahiran penting yang akan bantu melengkapkan mereka untuk mengharungi dunia serba pantas di luar sana. SISKL mengiktiraf kepentingan pembangunan sahsiah di mana aspek pendidikan ini dititikberatkan melalui pelbagai aktiviti kokurikulum serta peluang pembangunan peribadi. Dengan memprioritaskan kecemerlangan akademik dan pembinaan watak pelajar, SISKL menyediakan pendidikan menyeluruh yang membantu para pelajar untuk mencapai kejayaan dalam semua aspek kehidupan masing-masing.