by on 13/05/2024 163
Sorotan Utama |
|
Ibu bapa yang giat mencari pengalaman pembelajaran yang baik untuk anak-anak mereka, carian anda berakhir di Stellar Preschool, Taman Bekerley, Klang.
Prasekolah ini yang menerima kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun, merupakan cawangan dari jenama Stellar Preschool yang ternama di Johor, yang diasaskan oleh Encik Daniel Loh.
Encik Daniel, yang merupakan seorang pensyarah, menubuhkan Stellar pada tahun 2016 setelah kelahiran anak sulungnya, dipimpini visi untuk merubah kehidupan anak-anak muda melalui pendekatan holistik. Cawangan Klang ini, yang diterajui Ketua Pendidikan Awal, Cik Rachel Leing, merupakan cawang pertama mereka di luar negeri Johor.
Apa yang membezakan sekolah ini dari sekolah lain ialah sentuhan peribadi serta komitment mereka terhadap memelihara warisan sekolah yang terdahulu.
Bangunan prasekolah ini sebelumnya juga sebuah tadika: pemilik lamanya kini sudah berusia 70-an, dan telah tekun memberi pendidikan kepada murid-murid di kawasan ini selama berdekad-dekad lamanya.
Komitment dan semangat ini merupakan sesuatu yang ingin dicontohi oleh Stellar—oleh sebab itu mereka telah mengekalkan memori dan budaya asal sekolah ini, mengintegrasikannya dengan jenama kecemerlangan pendidikan Stellar.Gabungan tradisi dan inovasi ini mewujudkan suasana yang mesra dan akrab untuk kanak-kanak dan juga tenaga pengajar di sini.
Stellar Preschool, Taman Bekerley, Klang mengamalkan kurikulum bersepadu yang menggabungkan beberapa elemen yang berlainan bagi membekalkan pengalaman pembelajaran yang sihat kepada kanak-kanak, yang mengimbangkan aspek akademik dan kesoronokan belajar.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menjadi tunjang kepada rangka pendidikan di sini, disokong pula dengan elemen dari kurikulum Singapore Math dan UK English. Murid-murid terlibat dalam pelbagai aktiviti hands-on yang menarik, termasuklah kelas bukan akademik seperti muzik dan irama, seni dan kraf, sesi bercerita, dan banyak lagi, memastikan pengalaman pembelajaran yang seimbang dari kecil lagi.
Selain aspek akademik, sifat berdikari dipupuk dalam diri kanak-kanak melalui tugasan seperti mengemas dan menyusun katil, memegang perkakas makanan, dan banyak lagi.
Memahami keperluan ibubapa tempatan, sekolah ini memastikan peralihan yang lancar untuk kanak-kanak yang memasuki sekolah rendah, terutamanya mereka yang memilih untuk melanjutkan pelajaran di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Penguasaan bahasa diutamakan melalui program-program seperti ulangkaji dalam matapelajaran Bahasa Mandarin selepas sesi sekolah.
Teknologi merupakan alat yang penting dalam pembelajaran kanak-kanak di sekolah ini, jadi setiap bilik darjah di Stellar Preschool dilengkapi sebuah TV, projektor, dan papan putih.
Guru-guru menggunakan sumber-sumber ini bersama dengan kaedah mengajar tradisional dan aktiviti yang interaktif, memastikan pelajaran kanak-kanak tidak tertakluk kepada buku teks sahaja, tetapi merangkumi pengalaman dunia sebenar.
Prasekolah ini memberi perasaan yang tenang dan mengalu-alukan, dengan halaman luar yang luas, taman permainan, dan juga dinding memanjat. Murid-murid diberikan kebebasan untuk bergerak dan menyertai aktiviti yang disukai seperti permainan sensori dan permainan di luar bilik darjah, diawasi oleh guru-guru. Sebuah taman dan kawasan untuk permainan pasir dalam proses pembinaan.
Melangkah masuk ke dalam sekolah, terdapat sudut-sudut membaca dan kawasan khas untuk kanak-kanak bermain dengan pelbagai kemudahan dan bahan-bahan yang berlainan.
Ibu bapa tidak perlu berasa khuatir kerana keselamatan amat dititikberatkan di Stellar Preschool Klang. Kanak-kanak yang lebih kecil ditempatkan di tingkat bawah, dengan ciri-ciri tambahan seperti gril di ruang tangga, dan mereka juga mengikut protokol keselamatan yang rapi.
Selain itu, CCTV dipasang di seluruh kawasan sekolah, dan terdapat juga pintu magnetik dan kekangan melawat selepas waktu sekolah.
Bagi memastikan komunikasi yang terbuka di antara sekolah dan ibubapa, Stella menggunakan applikasi LittleLives, di mana ibubapa boleh menerima kemaskini progress anak-anak mereka setiap hari.
“Sekolah yang gembira bermula dari guru-gurunya.” Inilah yang membezakan Stellar Preschool dari sekolah-sekolah lain, menurut Rachel.
“Silibus sekolah ataupun kurikulum kebanyakannya sama di banyak sekolah, tetapi guru-guru yang mengajar di Stellar lain daripada yang lain,” ujar Rachel. Tambahnya lagi, budaya sekolah yang menekankan suasana yang gembira dan mengambil berat tentang Kebajikan guru-guru mereka mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif.
Beberapa guru di sini mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang pendidikan awal dan mempunyai komitment yang mendalam terhadap kanak-kanak.
Walaupun kelayakan seperti Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan kriteria yang penting, sekolah ini mengambil kira rasa cinta dan kasih sayang pendidik terhadap kanak-kanak ketika proses pengambilan pekerja, dan mereka akan menghantar mereka untuk menerima latihan yang diperlukan.
Dengan kurikulumnya yang holistik, dedikasi terhadap mengekalkan warisan dan budaya sekolah, dan komitment terhadap kecemerlangan, sekolah ini menetapkan standard yang tinggi untuk pendidikan awal kanak-kanak di Klang. Bagi ibu bapa yang mencari persekitaran yang mesra untuk anak-anak mereka di mana mereka boleh berkembang dari segi akademik, sosial, mahupun emosi, Stellar Preschool, Taman Bekerley, Klang, sememangnya pilihan yang bernas.