by on 12/09/2023 317
Sorotan Utama |
|
StartRight Preschool terletak di dalam fasiliti yang luas dan menarik di Subang Jaya. Mereka komited untuk menjadikan kehidupan setiap pelajar lebih baik. Dengan misi jelas untuk menyemai asas yang betul untuk kanak-kanak, persekitaran yang memupuk ini membimbing mereka untuk menjadi pemimpin yang dipacu tujuan dan berpaksikan penyelesaian.
Kurikulum prasekolah ini diinspirasikan oleh pendekatan HighScope iaitu metodologi berasaskan penyelidikan yang menyokong hasil pembelajaran awal penting; merangkumi pembangunan sosial-emosi, fizikal, bahasa, celik huruf, komunikasi, matematik, seni kreatif, sains dan teknologi, serta pendidikan sosial. Kurikulum komprehensif ini juga selaras dengan standard pembelajaran kebangsaan Malaysia, memastikan kanak-kanak bersedia untuk apa sahaja sekolah rendah pilihan mereka nanti.
Nadi program StartRight Preschool berkisarkan pendekatan yang fokus kepada kanak-kanak. Guru-guru sentiasa memerhatikan dan menilai kelebihan, bakat dan fasa perkembangan kanak-kanak, dan melaraskan pengalaman pembelajaran mereka mengikut kesesuaian. Pendidik yang berdedikasi di StartRight menyemai minat kanak-kanak untuk belajar dengan menyediakan persekitaran yang sentiasa menggalakkan eksplorasi bahan dan interaksi antara rakan sebaya. Fokus mereka adalah dalam menyokong pelajar cilik untuk membina kemahiran akademik, mengembangkan kemahiran membuat pilihan, memupuk pertumbuhan sosial dan emosi, serta menyemai rasa kekitaan dalam komuniti bilik darjah. Guru-guru sentiasa memerhatikan kanak-kanak semasa sesi aktiviti mereka, membolehkan mereka menilai kemajuan kanak-kanak dan merancang pengalaman pembelajaran yang bermakna.
Tidak bergantung pada kaedah pasif yang ketinggalan zaman seperti kaedah hafalan, prasekolah ini menggalakkan kanak-kanak untuk mengambil bahagian secara aktif dalam sesi pembelajaran mereka. Ia berkisar pada idea bahawa kanak-kanak belajar dengan paling baik apabila mereka terlibat secara fizikal dan mental, meneroka persekitaran mereka, memanipulasi bahan, dan berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru. Dalam konteks ini, kanak-kanak diberi peluang untuk mempunyai rasa ingin tahu, bertanya soalan, mencuba dan membuat penemuan. Mereka bukan sekadar penerima maklumat; mereka adalah peserta yang aktif dalam membina pemahaman mereka sendiri tentang dunia. Melalui aktiviti hands-on, seperti eksperimen sains, seni kreatif dan cabaran penyelesaian masalah, kanak-kanak diperkasakan untuk meneroka pelbagai konsep, membangunkan kemahiran berfikir secara kritis, dan membina asas pengetahuan yang kukuh.
Pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan pemahaman subjek akademik yang lebih mendalam, malah memupuk kemahiran hidup yang asas seperti berdikari, kreativiti dan menyelesaikan masalah. Ia menggalakkan si kecil untuk menjadi pelajar sepanjang hayat yang sentiasa bersemangat. Dengan mengambil bahagian dalam pendidikan mereka secara aktif, kanak-kanak bersedia untuk menghadapi cabaran di sekolah dan kehidupan dengan penuh keyakinan dan ketabahan.
Untuk mempertingkatkan pemerolehan bahasa dan menggalakkan kefasihan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin, StartRight Preschool menawarkan program imersif bahasa yang terbukti berkesan, dengan hari-hari yang khas untuk setiap bahasa. Penderkatan imersif ini menggunakan fonik Letterland yang memenangi anugerah untuk mengajar kemahiran literasi asas, fonik, ejaan dan tatabahasa. Pembelajaran bahasa juga diintegrasikan dengan tema, cerita dan lagu, menjadikan sesi pembelajaran menarik dan interaktif. Sebagai contoh, kanak-kanak mengambil bahagian dalam senario main peranan, seperti menjual dan membeli di kedai untuk mengasah kemahiran bahasa mereka. Tema merangkumi pelbagai topik seperti pembelajaran dunia dan konsep seperti kemiskinan dan keusahawanan.
Setiap hari di StartRight Preschool adalah seperti sebuah pengembaraan. Jadual harian di sini direka dengan teliti untuk memberi pelbagai peluang dan pengembaraan pembelajaran. Kanak-kanak terlibat dalam permainan individu dan sosial, mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan, membantu dalam mengemas dan membersih, bersosial semasa masa makan, mengembangkan kemahiran penjagaan diri, dan juga bersenam dengan menggerakkan otot besar dan kecil mereka.
Asas rutin harian di sini adalah sesi rancang-buat-semakan, di mana kanak-kanak membuat pilihan tentang aktiviti mereka, menjalankan idea mereka dan kemudian meneliti semula pengalaman mereka. Aturan ini menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi yang dikaitkan dengan perkembangan fungsi asas, yang mana adalah penting untuk kejayaan di sekolah dan juga masa hadapan.
Di samping itu, prasekolah ini menawarkan program holistik yang dikendalikan oleh vendor luar, termasuk kejuruteraan, sains komputer, gimnastik, serta pengucapan dan drama.
StartRight menganjurkan lawatan sambil belajar untuk memberikan kanak-kanak pengalaman dunia sebenar yang selaras dengan tema bulanan seterusnya memperkaya pembelajaran mereka di luar bilik darjah. Lawatan pada masa lepas termasuklah melawat doktor gigi untuk kanak-kanak, menunggang kuda, lawatan ke rumah orang tua, dan juga pengembaraan seperti pelayaran dan menaiki belon udara panas.
Di StartRight Preschool, komitmen untuk kesejahteraan kanak-kanak adalah lebih dari dalam bilik darjah. Prasekolah ini menyediakan hidangan yang dimasak sendiri dan snek berkhasiat pelajar ciliknya, termasuklah penyediaan makan malam untuk pelajar yang mengikuti program harian penuh (full-day). Dedikasi ini memastikan kanak-kanak bukan sahaja menerima pendidikan berkualiti malah makanan yang seimbang dan bernutrisi untuk membantu mereka membesar dan berkembang maju. Inilah antara pendekatan holistik prasekolah ini untuk menjaga setiap aspek kehidupan kanak-kanak, daripada rasa ingin tahu secara intelek hinggalah kesihatan jasmani mereka.
StartRight Preschool menggalakkan kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru untuk memahami setiap keperluan kanak-kanak dan merancang perkembangan mereka. Melalui kemaskini yang kerap, konferensi antara ibu bapa dan guru, saluran komunikasi yang terbuka, StartRight Preschool menyemai rasa kekitaan dalam komuniti yang kuat dan semua orang terlibat dalam memupuk perkembangan kanak-kanak. Ia adalah kembara kolaboratif untuk pendidikan sepanjang hayat, di mana kanak-kanak, ibu bapa dan guru berkerjasama erat untuk mengoptimakan potensi penuh kanak-kanak.