by on 11/04/2023 252
Sorotan utama: |
|
Pada Ogos 2022, Pusat Peringkat Asas Tahun Awal ( Early Years Foundation Stage) Sekolah Antarabangsa Sri KDU Kota Damansara membuka pintunya untuk beroperasi, memberikan peluang keemasan kepada ibu bapa untuk memilih permulaan yang hebat untuk anak-anak mereka yang berumur antara 3-5 tahun. Kiddy123 berbesar hati dapat bertemu bual dengan Encik Gareth Barnaby, Ketua Sekolah Rendah baru-baru ini, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan terbaru di sekolah antarabangsa yang terkenal di Kota Damansara itu.
Bermain menyerupai belajar apabila melibatkan kanak-kanak kecil. Peringkat Asas Tahun Awal (EYFS) di Sri KDU mengikuti 'Early Years Foundation Stage' British dan Kurikulum Kebangsaan sebagai rangka kerja, di mana terdapat keseimbangan ideal antara aktiviti panduan kanak-kanak dan aktiviti pimpinan orang dewasa, yang menyalakan kecenderungan ingin tahu semula jadi kanak-kanak, yang seterusnya membantu mereka lebih memahami perkara-perkara di sekeliling mereka.
Kaedah pembelajaran berasaskan permainan EYFS membolehkan pelajar melibatkan diri dan menghayati pengalaman pembelajaran mereka. Pendekatan pembelajaran individu disediakan oleh kakitangan bagi membantu memenuhi keperluan kanak-kanak serta minat masing-masing yang unik, dalam persekitaran yang selamat lagi menarik.
Kawasan pembelajaran yang direka khas untuk EYFS telah dibina pada Ogos 2022, seperti yang dikongsi oleh En Barnaby. “Kawasan luar bangunan ini mempunyai pelbagai kawasan khusus untuk menyokong pembelajaran, dan ia juga dilindungi daripada cuaca. Lantai diperbuat daripada sejenis getah yang melindungi kanak-kanak apabila terjatuh, dan ia juga mempunyai beberapa corak yang berbeza-beza supaya kanak-kanak digalakkan bermain. Tandas dan sinki pelajar bersaiz sesuai untuk kumpulan umur mereka untuk menyokong dan menggalakkan mereka berdikari. Bilik-bilik darjah kami berhawa dingin dengan bahagian-bahagian berbeza untuk pembelajaran termasuk kawasan membaca, meja dan kerusi untuk pembelajaran bebas, kawasan berkarpet untuk perbincangan kelas, skrin interaktif, dan beberapa ciri lain.
Apabila ditanya tentang hasil pembelajaran yang diutamakan oleh sekolah, Encik Barnaby menjawab, "Dalam rangka kerja EYFS untuk pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, terdapat tujuh bidang utama yang kami fokuskan, dan ia adalah:
Program EY Sekolah Antarabangsa Sri KDU Kota Damansara berlangsung dari 8.00 pagi – 2.20 petang, dan pelajar muda ditawarkan pilihan untuk menyertai aktiviti kokurikulum (CCA) selepas masa sekolah. Pelbagai kelab dan aktiviti berbeza yang ditukar gilir setiap penggal ditawarkan oleh guru dan penyedia luar sekolah. Ini termasuk Tarian Zumba, Mandarin, Seni, Messy Play, Seni Campuran Media dan Tarian Kreatif.
Tenaga pengajar di sekolah ini dipilih berdasarkan latar belakang pendidikan mereka dan juga pengalaman kerja masing-masing. “Semasa proses pemilihan kami memastikan guru memahami dan dapat mematuhi falsafah kami tentang keprihatinan persekitaran untuk menyokong perkembangan dan pembelajaran pelajar. Tidak kurang pentingnya juga bagi kami sebagai sebuah sekolah untuk memastikan guru yang mengajar di sini menerima penambahbaikan profesional yang berterusan untuk membantu serta menyokong mereka supaya lebih memahami perubahan yang berlaku dalam kurikulum dan sepanjang sistem pendidikan,” jelas Encik Barnaby.
Saluran komunikasi adalah terbuka luas antara ibu bapa dan guru supaya dapat membina hubungan positif, iaitu sesuatu yang penting antara keluarga dan sekolah. Melalui kemas kini konsisten daripada persidangan ibu bapa-guru, utusan sekolah, dan kemas kini mingguan, ibu bapa dimaklumkan tentang kemajuan dan aktiviti anak mereka, dan juga acara-acara sekolah. Encik Barnaby juga berkongsi bahawa setiap minggu, sekolah itu juga mengedarkan surat utusannya berisi gambar dan artikel dari seluruh sekolah, meraikan pembelajaran yang telah berlaku dan mempamerkan acara-acara sekolah. “Guru-guru kelas juga akan berkongsi kemas kini mingguan tentang sebarang peringatan, notis dan juga cadangan pembelajaran untuk minggu akan datang. Ia dapat memastikan ibu bapa mengetahui jika mereka perlu melakukan sesuatu sebagai persediaan untuk minggu yang akan datang.” Selain itu, terdapat banyak cara lain juga untuk ibu bapa melibatkan diri di dalam dan di luar komuniti sekolah. “Kami menggalakkan sukarelawan dari pihak ibu bapa yang mampu membantu dalam acara sekolah, aktiviti bilik darjah dan kutipan derma. Kami juga menyediakan bengkel bagi ibu bapa untuk topik-topik seperti akademik, perkembangan kanak-kanak dan kesejahteraan pelajar. Ini membantu ibu bapa untuk lebih memahami apa yang sedang dialami dan dipelajari oleh anak mereka,” jelas Encik Barnaby.
“Program EYFS kami menawarkan kanak-kanak peluang untuk bersosial dan interaksi dengan rakan-rakan sebaya. Hubungan mereka akan bertambah maju dan berkembang apabila mereka bergerak di pekarangan sekolah, dan mereka akan meningkatkan kemahiran sosial dan keyakinan diri. Kurikulum serta persekitaran sekolah menyediakan kanak-kanak untuk terus belajar pada masa akan datang, menyemai semangat belajar untuk memupuk rasa ingin tahu dan dahagakan ilmu sepanjang hayat mereka,” kata My Barnaby.
Pastikan anak anda mempunyai tempat di Sekolah Antarabangsa Sri KDU, Kota Damansara untuk pengambilan Ogos 2023 dan berikannya pendidikan antarabangsa yang terbaik. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rebat 50% untuk yuran permohonan ini!