by on 01/02/2024 1455
Sorotan Utama |
|
Small Wonder merupakan sebuah tempat yang menggalakkan kreativiti, keseronokan dan pembelajaran dalam persekitaran yang harmoni. Tadika ini turut memberi tumpuan kepada pengalaman belajar yang penuh bermakna. Di sini, kanak-kanak dianggap sebagai individu yang berkebolehan dan mampu belajar di samping satu sama lain. Perjalanan kanak-kanak semasa mereka belajar, membesar dan berkembang adalah sangat bernilai di Small Wonder.
Pendekatan pembelajaran di Small Wonder telah manarik minat para ibu bapa termasuk ekspatriat Jepun dalam komuniti ini, melalui amalan holistik dan penglibatan kaedah pengajaran berdasarkan bukti yang terbaru. Falsafah di sini adalah berdasarkan prinsip prihatin, hormat-menghormati, sikap menerima perbezaan dalam kalangan komuniti dan tanggungjawab. Di sini, keluarga merupakan tunjang sokongan yang menggalakkan komunikasi dan perbincangan secara terbuka. Ibu bapa haruslah terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan di sekolah bagi menjadi contoh kepada anak-anak.
Operasi sekolah ini dijalankan di persekitaran terbuka yang dibahagikan mengikut ruang-ruang pembelajaran. Ini dapat melahirkan persekitaran yang meningkatkan tumpuan dan menggalakkan perkongsian idea dan kemahiran. Terdapat juga ruang bermain di luar yang dilengkapi dengan padang rumput buatan dan kelengkapan 'gross motor' untuk kegunaan kanak-kanak.
Pengalaman pembelajaran yang gembira menanti kanak-kanak yang menyertai tadika Small Wonder. Mereka digalakkan untuk meneroka persekitaran mereka di mana pembelajaran dijalankan dalam suasana kekeluargaan. Tadika ini terletak dalam persekitaran yang menerapkan nilai pembelajaran bersama rakan sebaya di samping memenuhi objektif pendidikan itu sendiri.
Rutin harian kanak-kanak di sini adalah berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Ianya terdiri daripada:
Hari kanak-kanak dimulakan dengan pemeriksaan kesihatan harian yang akan dijalankan setibanya mereka di Small Wonder. Sehingga kini, sekolah ini mempunyai rekod kebersihan dan amalan keselamatan yang mengikuti piawaian. Guru-guru berhubung dengan si kecil ketika mereka bersiap sedia untuk program seterusnya.
Setiap hari merupakan peluang baru untuk belajar, meneroka dan membesar. Kelas di sini dijalankan dalam kumpulan yang kecil. Demi memupuk rasa cinta kanak-kanak untuk belajar, program di sini direka dengan pelbagai aktiviti dan pembelajaran yang membina. Peluang yang sama rata diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka boleh turut serta dalam semua aktiviti. Perkara seperti tumpuan kepada kanak-kanak, perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal mampu menyumbang kepada kesediaan mereka untuk bersekolah.
Snek ringan seperti sandwic turut disediakan oleh pihak sekolah. Bagi menggalakkan mereka berdikari, kanak-kanak diajar untuk membersihkan meja, menyapu lantai dan membasuh pinggan masing-masing setelah makan. Kanak-kanak membawa makanan tengah hari sendiri dan turut digalakkan untuk makan secara tertib di meja makan.
Pelbagai aktiviti kumpulan baik aktiviti luar mahupun aktiviti di dalam kelas disertakan dalam kurikulum di sini bagi meningkatkan kemahiran motor, kordinasi tangan-mata, kemahiran bekerjasama dan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak. Peluang pembelajaran sebegini mampu menggalakkan minat kanak-kanak untuk mencuba perkara baru seperti mempelajari buku baru, membina dunia fantasi dengan bahan kitar semula, belajar memasak dan bercucuk tanam, meningkatkan keyakinan mereka untuk membuat persembahan konsert serta mengikuti lawatan sambil belajar.
Melalui pemerhatian, refleksi dan kerjasama yang berterusan, guru-guru di Small Wonder, Saujana Villa mengambil peranan dan memenuhi tanggungjawab mereka untuk memastikan pembelajaran kanak-kanak disokong oleh pengalaman yang bermakna.