by on 30/01/2024 1356
Sorotan Utama |
|
Small Wonder Malaysia, Puchong adalah sebuah sekolah yang berusaha untuk membina keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak cilik, bagi memupuk keupayaan dan kemahiran mereka. Mereka mempromosikan konsep bahawa zaman persekolahan bukan sekadar fokus kepada keperluan akademik kanak-kanak tetapi sepatutnya menjadi sebuah perjalanan yang mengandungi keseimbangan ko-kurikulum, kemahiran penting, dan seharusnya menyeronokkan!
Semua perkembangan program tadika ini, ruangannya dan para gurunya menggambarkan keinginan untuk mencipta pengalaman belajar yang memandang jauh ke masa depan dan progresif. Tenaga pengajar di sini sentiasa memberi perhatian mengenai cara pendidikan awal kanak-kanak dan perubahan semas, bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat global. Perbincangan dan perancangan berterusan sentiasa diadakan bagi memastikan kaedah mengajar yang paling berkesan, di samping menambah baik unsur-unsur pembelajaran yang sedia ada.
Pembelajaran selalunya bermula di mana kanak-kanak berada. Sesetengah kanak-kanak memiliki motivasi diri yang tinggi, tetapi kekurangan kemahiran sosial; manakala kanak-kanak yang lain mungkin berbkata secara jasmani tetapi lemah membaca. Tidak kira apa jua para guru melayan setiap kanak-kanak sebagai seorang individu. Mereka memerhatikan cara setiap pelajar melaksanakan sesuatu, mengenalpasti kekuatan kanak-kanak tersebut serta memperbaiki kelemahan mereka. Kanak-kanak ditempatkan dalam kumpulan kecil supaya guru boleh memberi perhatian terhadap keperluan unik setiap kanak-kanak dan membantu mereka berjaya. Pendidikan peribadi ini memang mengambil lebih banyak masa, tetapi ibu bapa usah bimbang kerana terdapat pasukan sokongan yang utuh di cawangan Puchong. Tambahan lagi, Small Wonder memperuntukkan pelaburan dalam pembangunan profesional.
Sesuai dengan piawaian antarabangsa di samping memenuhi keperluan pendidikan tempatan, kurikulum di Small Wonder Malaysia, Puchong adalah gabungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), kurikulum Nurturing Early Learners (NEL) dari Singapura, Early Years Foundation Stages (EYFS) dari United Kingdom
Pendekatan komprehensif ini memastikan pendidikan yang meliputi skop luas, bukan dari segi akademik konvesional sahaja tetapi merangkumi Pembangunan fizikal, kreativiti, dan kemahiran sosial. Melalui pelbagai aktiviti bertema yang menarik, minda muda digalakkan untuk meneroka, memupuk hubungan yang mendalam dengan alam semula jadi, haiwan dan persekitaran mereka. Dari pengembaraan di luar yang meningkatkan koordinasi fizikal hingga ke sesi permainan dalaman seperti pengalaman memasak, kelas seni dan muzik, Small Wonder Puchong membentuk generasi masa depan yang bukan sahaja mahir secara akademik tetapi juga menyedari kepentingan menjaga alam sekitar dan bersedia untuk membuat sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.
Operasi tadika ini memandang penting hubungan antara satu sama lain dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa dan guru. Tadika ini menghargai komunikasi secara terbuka untuk berkongsi idea dan mewujudkan suasana responsif serta prihatin. Suasana persekolahan positif ini adalah salah satu petanda yang paling penting menunjukkan adanya struktur yang baik untuk menyokong pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
Small Wonder mengalakkan perkongsian kolaboratif yang menyumbang kepada keperluan kanak-kanak dan masyarakat. Mereka membina kepercayaan dan perasaan saling menghormati, serta menyediakan pelbagai jenis peluang belajar yang bersesuaian dengan minat komuniti setempat. Mereka menghargai pencapaian dan memberi ilham kepada semua untuk mencapai kejayaan, tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.