by on 01/02/2024 1544
Sorotan Utama |
|
Small Wonder, Mutiara Damansara mencerminkan pendidikan yang progresif dan menyeronokkan. Tadika ini yang melahirkan generasi pemimipin, pemikir dan ahli masyarakat yang penyayang, kekal sebagai pelopor kecemerlangan pendidikan. Kanak-kanak yang menyertai tadika ini ibarat membuka pintu kejayaan bagi menghadapi cabaran dunia luar pada masa akan datang.
Tadika ini yang terletak jauh dari laluan jalan utama dengan akses kenderaan yang selamat beroperasi di dalam bangunan yang dibina khusus untuk mprogram-program pendidikan yang bermanfaat. Lokasi tadika ini sesuai untuk kanak-kanak dan mengalakkan penerokaan, permainan, daya imaginasi, dan perkembangan mereka. Melalui kawasan mainan dan pembelajaran yang terbuka, ia memberi peluang untuk mereka menjadi versi diri mereka yang terbaik dalam persekitaran yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk aktiviti pembelajaran.
Persekitaran yang merangsang dan menyokong pembelajaran kanak-kanak, kumpulan pengajar yang berdedikasi dan bersemangat, digandingkan dengan kanak-kanak yang aktif dan penuh rasa ingin tahu—semua aspek ini disokong oleh rangka pembelajaran yang menyeluruh, yang menggabungkan beberapa kaedah pembelajaran yang terbukti berkesan. Setiap langkah murid di sini dipupuk dengan pendekatan holistik yang bersasar untuk memberi pendidikan menyeluruh: dari segi intelek, artistik, fizikal, mahupun sosial. Topik pembelajaran di sini disepadukan dengan pembelajaran akademik yang seimbang, aktiviti permainan interaktif yang membantu kanak-kanak menghubungkan setiap bidang kurikulum yang telah dipelajari.
Kelas harian direka khas untuk menarik minat pelajar dengan menitikberatkan kekuatan dan keupayaan individu. Para guru merupakan kunci kepada minat kanak-kanak. Mereka menggalakkan pengalaman belajar dengan komponen yang kreatif seperti bahan sensori, muzik, buku cerita, uji kaji, permainan, kostum, multimedia, lawatan sambil belajar dan banyak lagi, untuk memupuk rasa cinta terhadap pembelajaran. Struktur ini dapat membantu kanak-kanak untuk membina kefahaman yang mendalam dan mengingati ilmu yang dipelajari. Fokus mereka adalah untuk memajukan ilmu akademik di samping menggalakkan keyakinan diri yang positif dan semangat berdikari, demi menyediakan kanak-kanak untuk alam sekolah rendah.
Nisbah kanak kanak kepada guru adalah rendah supaya setiap kanak-kanak diberikan perhatian secara individu. Guru-guru di sini juga bertanggungjawab untuk melaporkan kemajuan perkembangan kanak-kanak kepada ibu bapa mereka secara berkala. Melalui cara ini, ia mampu membina asas yang menyokong perkembangan potensi kanak-kanak.
Small Wonder dipercayai keluarga yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini, kerana mereka menitikberatkan keseimbangan dalam pendidikan dan juga pendekatan pengajaran yang terbukti keberkesanannya. Perkara ini dapat dicapai kerana Small Wonder mengutamakan kanak-kanak dalam setiap perkara. Tadika ini telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang berbeza, aktif dan ekspresif. Para ibu bapa sangat berpuas hati dengan Small Wonder dan tentunya terdapat banyak perkara yang disukai mereka di sini.