by on 14/02/2024 428
Sorotan Utama |
|
Terletak dalam kawasang perumahan yang tenang di Taman Sutera di Johor, Small Wonder menawarkan tempat belajar dan bermain yang bertumpukan keperluan kanak-kanak dengan konsep “The Wondrous Mind”. Suasana sekolah yang dikelilingi kehijauan berserta kawasan permainan yang luar biasa mewujudkan persekitaran yang menyenangkan bagi kanak-kanak, di mana mereka boleh meneroka dan mengembangkan daya imaginasi mereka. Dilengkapi kemudahan-kemudahan yang berkualiti, termasuklah tempat bermain air (water play) yang merupakan salah satu ciri menarik sekolah ini, Small Wonder, Taman Sutera berusaha untuk menerapkan rasa cinta terhadap ilmu di samping memastikan potensi unik setiap kanak-kanak tercapai.
Falsafah yang dipraktikkan di Small Wonder berteraskan komitmen mendalam terhadap pembangunan holistik, memupuk rasa ingin tahu semulajadi dan pencarian pengetahuan yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri setiap kanak-kanak. Prinsip-prinsip utama pendekatan Small Wonder adalah berasaskan rasa hormat terhadap individualiti setiap kanak-kanak, menyediakan kurikulum yang seimbang dan bersepadu, serta membina kerjasama yang kuat di antara ibu bapa dan masyarakat. Dalam persekitaran pembelajaran yang teliti ini, alat dan kelengkapan yang sesuai akan digunakan untuk mencapai matlamat pembelajaran supaya setiap kanak-kanak dapat berkembang dengan cemerlang dalam perjalanan pendidikan mereka.
Dalam usaha mereka mencapai kecemerlangan, Small Wonder, Taman Sutera menggabungkan piawaian pendidikan tempatan dan juga antarabangsa, merangkumi KSPK Malaysia, NEL Singapura, dan EYFS UK. Konsep “Tapestry of Learning” menjadi asas kurikulum di Small Wonder. Ia menggabungkan pelbagai bidang pembelajaran penting, seperti bahasa, kemahiran motor, interaksi sosial, kreativiti,numerasi, perolehan pengetahuan, kecerdasan emosi, dan kemahiran hidup. Kesemuanya membentuk pengalaman pendidikan yang komprehensif bagi murid-murid Small Wonder, meyediakan mereka untuk alam persekolahan formal.
Program-program di Small Wonder menekankan pembelajaran tematik dan berdasarkan inkuiri, selain memupuk rasa ingin tahu mereka untuk meneroka dan memperoleh pengetahuan secara aktif. Untuk kanak-kanak berumur 18 bulan hingga empat tahun, Small Wonder menawarkan program Playgroup dan Nursery 1 sebagai sebahagian daripada Kurikulum Tahun Awal (Early Years). Kurikulum ini direka seabagi program yang holistic dan bertumpukan keperluan kanak-kanak, dan fokus terhadap membangunkan kemahiran komunikasi bahasa, fizikal, jati diri, dan sosial. Ia merangkumi empat komponen penting yang merangkumi bidang kognitif, sosial, emosi, dan fizikal, memastikan kanak-kanak menmbina asas yang kukuh secara menyeluruh.
Kurikulum Prasekolah pula direka khas untuk kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun, dan mengambil pendekatan kognitif dan konstruktivis dalam pembelajaran. Ia bertujuan untuk mengalakkan matlamat holistik, membina kemahiran hidup, memupuk sikap positif terhadap pembelajaran, dan juga meningkatkan kecekapan akademik. Kurikulum bersepadu ini disokong oleh kurikulum kemahiran interaktif, membolehkan pembelajaran berorientasikan proses dan pemerolehan pengetahuan, konsep, dan kemahiran yang lain. Dengan menggabungkan elemen-elemen ini, Small Wonder membentuk warganegara global yang bertanggungjawab, berdikari, dan penyayang, yang akan menyumbang secara aktif kepada masyarakat mereka.
Small Wonder tidak sahaja menekankan perkembangan kanak-kanak, tetapi juga keselamatan mereka melalui standard yang ketat, bagi memastikan suasana yang selamat dan mesra kanak-kanak. Premis ini dilengkapi dengan sistem kemasukan yang selamat dan juga kamera pengawasan, jadi ibu bapa boleh berasa tenang untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Small Wonder, Taman Sutera bukan sekadar prasekolah – ia merupakan sebuah komuniti yang menghargai peranan penting ibu bapa dalam perkembangan anak-anak mereka. Prasekolah ini berusaha untuk membina kerjasama yang kukuh di luar bilik darjah juga, dan memahami kepentingan komunikasi terbuka, kemas kini yang berkala, serta usaha kolaboratif. Melalui penglibatan aktif ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka, Small Wonder mewujudkan persekitaran yang harmoni dan penuh sokongan di mana pencapaian kanak-kanak diraikan dan segala kebimbangan boleh ditangani, untuk perkembangan menyeluruh setiap kanak-kanak. Dengan pendidik yang bersemangat, persekitaran yang menarik, dan juga komuniti yang memberi sokongan penuh, Small Wonder memberi inspirasi kepada hati dan minda anak-anak muda, membina asas yang kukuh untuk seumur hidup supaya mereka boleh belajar dan mengecapi kejayaan.