by on 14/02/2024 416
Sorotan Utama |
|
Kejayaan jenama Small Wonder Malaysia di Kuala Lumpur telah mengalakkan mereka untuk memperluaskan operasi mereka ke Johor, dengan pertubuhan tadika perdana (flagship) mereka yang pertama di Taman Adda Heights, Johor Baru. Perkembangan ini bertujuan untuk menawarkan kepada ibu bapa di kawasan Johor pendidikan awal kanak-kanak yang komprehensif serta sesuai dengan tahap antarabangsa.
Lokasi di Taman Adda Heights dipenuhi suasana kehijauan dan merangkumi kawasan yang luas. Terdapat sepuluh bilik darjah di tadika perdana ini yang mampu menampung seramai 180 pelajar, memastikan persekitaran luar yang selamat dan menarik untuk kanak-kanak. Pendidikan awal amatlah penting untuk membentuk perwatakan anak-anak, jadi pembelajaran di Small Wonder tidak terhad kepada buku teks atau pembelajaran dalam bilik darjah sahaja. Sebaliknya, murid-murid diberi bimbingan secara holistik untuk belajar melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, seperti megenali alam semulajadi, interaksi sosial, dan lain-lain lagi.
Sebahagian daripada Busy Bees yang sememangnya terkenal sebagai institutsi pendidikan berkualiti, Small Wonder Malaysia, Adda Heights menggabungkan konsep-konsep pendidikan yang diiktiraf bagi menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran hidup yang diperlukan untuk kejayaan masa depan. Busy Bees mempunyai lebih daripada 900 cawangan di seluruh dunia, dan merupakan rangkaian prasekolah yang terbesar di United Kingdom, serta keempat terbesar di dunia. Setelah bertapak kuat di Singapura, Small Wonder kini ada lebih 20 cawangan di Asia Tenggara, termasuklah di Singapura, Malaysia, dan Vietnam.
Dibimbing oleh pakar di Busy Bees, guru-guru di Small Wonder Malaysia, Adda Heights menerima latihan perguruan secara berterusan di sebuah akademi latihan yang diiktiraf, dan diberikan peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka, bagi memastikan mereka dapat mengajar dan mendidik kanak-kanak dengan sempurna.
Small Wonder Malaysia, Adda Heights menawarkan pendidikan prasekolah dan tadika untuk kanak-kanak berusia 18 bulan hingga enam tahun, dan menekankan kepentingan menyesuaikan cara pendidikan untuk memenuhi keperluan unik setiap murid. Tadika ini mengekalkan saiz bilik darjah yang kecil, membolehkan guru untuk memberi perhatian peribadi dan menyesuaikan kaedah pengajaran mereka bagi murid individu. Dengan mengalakkan rasa ingin tahu, sikap bertanya soalan, serta rasa cinta terhadap pembelajaran, Small Wonder mewujudkan suasana yang mesra di mana kanak-kanak seronok untuk hadir ke sekolah setiap hari.
Kurikulum di Small Wonder Malaysia, Adda Heights direka khas untuk menepati piawaian antarabangsa, di samping memenuhi sukatan kebangsaan yang telah ditetapkan. Mereka menggabungkan elemen utama dari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Malaysia, Early Childhood Curriculum Framework (NEL) dari Singapura, dan Early Years Foundation Stage (EYFS) dari United Kingdom.
Pembelajaran tidak tertakluk kepada segi akademik sahaja, tetapi juga perkembangan fizikal, kreativiti, dan Kemahiran sosial. Melalui pelbagai aktiviti bertema yang menarik, kanak-kanak digalakkan untuk membuat eksplorasi dan memupuk rasa cinta terhadap alam sekitar, haiwan, dan alam semulajadi. Di samping aktiviti di luar yang mengalakkan koordinasi fizikal, kanak-kanak juga menyertai pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah, seperti memasak (little chef), kelas pendidikan seni, dan kelas muzik. Pendekatan yang holistic ini membolehkan pendidikan secara menyeluruh yang dapat membentuk generasi hadapan yang bukan sahaja pandai dari segi akademik, tetapi juga diterap dengan nilai-nilai seperti menyayangi alam sekitar dan dapat menyumbang secara positif terhadap Masyarakat.
Keselamatan dan kebersihan merupakan aspek-aspek yang penting di Small Wonder Malaysia, Adda Heights. Mereka mengikut peraturan dan panduan yang ditetapkan secara tegas, melalui pemeriksaan kerap dan audit dalaman. Bagi memupuk semangat kerjasama antara guru dan ibu bapa dan mewujudkan suasana positif untuk pembelajaran kanak-kanak, para ibu bapa diberi maklumat terkini melalui aplikasi mobil Little Lives. Platform ini menyediakan maklumat yang dikemas kini mengenai kemajuan kanak-kanak di sekolah, dan membolehkan komunikasi yang lancer bagi semua pihak. Selain itu, Small Wonder Malaysia menggalakkan penglibatan ibu bapa secara aktif melalui pelbagai aktiviti untuk persekitaran kolaboratif yang menyokong pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak.
Small Wonder Malaysia menonjol sebagai pilihan utama ibu bapa di Adda Heights, Johor, yang ingin mencari pendidikan awal kanak-kanak yang luar biasa bagi anak-anak mereka. Mereka komited terhadap konsep “Challenging the Wondrous Minds” (Mencabar minda anak-anak cilik) dalam persekitaran yang menarik dan selamat, dan juga memberikan kanak-kanak asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Dengan perkembangan jenama Small Wonder Malaysia di tempat lain, lebih ramai ibu bapa dan penjaga yang akan mendapat manfaat daripada pendidikan awal yang ditawarkan jenama yang terkemuka ini.