by on 05/02/2025 40
Sorotan Utama |
|
Dengan kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), sempoa mungkin dilihat sebagai alatan yang kuno dan tidak lagi relevan dalam dunia pendidikan moden.
Tetapi, terbukti anggapan ini tidak benar. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belajar aritmetik mental melalui penggunaan sempoa menunjukkan prestasi pembelajaran yang lebih cemerlang, dan juga tumpuan visual, kebolehan penggambaran ruang dan fungsi kognitif yang lebih baik.
Bagi ibubapa yang ingin membina potensi anak-anak mereka, Infinity Mindz Learning Centre di Eco Grandeur, Puncak Alam menawarkan program Shenmo Abacus Mathematics untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.
Berasal dari China, jenama Shenmo telah bertapak di Malaysia selama lebih sedekad. Program sempoa tidak begitu susah dicari, tetapi keistimewaan Shenmo adalah pendekatannya yang unik dan peribadi, kerana ia focus terhadap mengenali kekuatan setiap kanak-kanak, di samping memahami cara mereka belajar dan memberi mereka sokongan yang perlu untuk mencapai kejayaan.
Jurulatih-jurulatih di sini memainkan peranan sebagai mentor dan pembimbing, dan bukanlah guru semata-mata. Mereka membantu kanak-kanak membina keyakinan diri dan meningkatkan daya tumpuan – kemahiran-kemahiran yang tidak dapat dipupuk dari segi akademik sahaja.
Sempoa telah dinamakan sebagai salah satu Warisan Budaya Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritage) oleh pihak UNESCO pada tahun 2013. Hal ini kerana sempoa merupakan alatan yang mampu melatih kedua-dua belah otak, kerana penggunaannya melibatkan koordinasi mata dan tangan, kemahiran mendengar, kebolehan menganalisa, daya ingatan, dan banyak lagi.
Murid-murid menggunakan jari-jemari mereka untuk mengerakkan biji-biji sempoa sambil menyelesaikan masalah matematik yang dibaca secara lisan oleh jurulatih mereka, ataupun secara bertulis.Daya tumpuan yang kuat diperlukan bagi menyiapkan kedua-dua tugasan pada masa yang sama dan di dalam jangka masa yang ditetapkan.
Pada masa yang sama, jurulatih-jurulatih Shenmo percaya bahawa setiap kanak-kanak merupakan individu yang unik. Berbeza dengan system pendidikan formal yang seringkali menggunakan pendekatan yang sama untuk setiap murid, jurulatih-jurulatih dari Infinity Mindz akan mereka pendekatan yang khas untuk memenuhi keperluan setiap pelajar mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang lebih kecil yang berusia empat hingga lima tahun, menggunakan kad imbas dan pendekatan yang berasaskan permainan, kerana daya motor halus mereka masih belum dikembangkan sepenuhnya. Apabila usia mereka meningkat, mereka boleh belajar menerusi teknik yang lebih canggih dan melakukan ulangkaji dengan kertas kerja.
Salah satu aspek yang hebat tentang pendidikan sempoa adalah kebolehannya untuk membentuk peribadi seseorang. Melalui praktis yang konsisten serta galakan dan sokongan padu, kanak-kanak dapat mengamalkan nilai-nilai seperti kekentalan, kesabaran, dan disiplin. Kesilapan tidak dilihat sebagai kegagalan, tetapi batu loncatan untuk mengecapi kejayaan. Jurulatih-jurulatih di Shenmo mengalakkan anak-anak murid mereka secara lembut tetapi berdisiplin supaya mereka faham bahawa cabaran merupakan sebahagian daripada proses pelajaran mereka.
Bagi kebanyakan pelajar di Shenmo, mereka berasa teruja untuk menyertai acara seperti Shenmo Cup, sebuah pertandingan antarabangsa yang diadakan di Malaysia setiap tahun. Acara ini mengumpulkan minda-minda muda dari setiap pelosok dunia. Acara-acara ini bukanlah tentang kemenangan semata-mata, tetapi juga menyambut kecemerlangan, mengenali rakan-rakan baru, dan membina keyakinan dalam persekitaran yang menyokong.
Ibubapa juga memainkan peranan yang penting, oleh sebab itu, Shenmo melibatkan ibubapa secara aktif dalam proses pembelajaran melalui kemas kini, bengkel, dan juga sesi perkongsian. Staf Shenmo menerbitkan video di platform mereka tentang cara menggunakan sempoa dan sebagainya, supaya ibubapa juga dapat membantu anak-anak mereka melakukan ulangkaji di rumah.
Selain program Shenmo Abacus Mathematics, Infinity Mindz Learning Centre juga menawarkan kursus Mandarin untuk kanak-kanak. Kelas-kelas bahasa ini bertujuan untuk melengkapi murid-murid dengan kebolehan untuk bertutur dan berkomunikasi secara efektif dalam salah satu lingua franca dunia.
Kursus ini direka khas supaya ianya menarik dan interaktif, menggabungkan pendekatan pengajaran tradisional dengan alatan moden seperti TV pintar dan applikasi mobil. Bahan-bahan kursus ini digubal berdasarkan silibus Malaysia (Kurikulum Standard Sekolah Rendah – KSSR) dan elemen dari pendidikan China. Gabungan ini mewujudkan persekitaran yang imersif di mana kanak-kanak yang tidak mempunyai latar belakang bertutur dalam Bahasa Mandarin dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam masa yang singkat.
Kelas-kelas memberi tumpuan terhadap empat kemahiran—mendengar, bertutur, membaca, dan menulis, bagi memastikan pendekatan yang menyeluruh. Kelas yang menarik dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar Mandarin, sama ada untuk tujuan akademik mahupun dari segi menghayati budaya Cina.