by on 22/10/2018 2197
Shambala Kidz ialah sebuah institusi pendidikan awal kanak-kanak yang menawarkan program pembangunan yang progresif dan berbentuk kepimpinan, khas untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun. Ditubuhkan pada tahun 2015, motivasi di sebalik penubuhan Shambala Kidz adalah ringkas tetapi amat berinspirasi - "Bentuklah Pemimpin, Ubah Dunia Bersama-sama (Cultivate Leaders, Make The World Better Together)." Terletak di tengah-tengah Bandar Bukit Puchong, Shambala Kidz berusaha untuk menyediakan persekitaran yang berstruktur, selamat dan penuh kasih sayang untuk kanak-kanak dengan bahan dan aktiviti pengayaan yang dibentuk oleh kanak-kanak dan dipimpin oleh guru.
Walaupun sesetengah kanak-kanak mempunyai sifat kepimpinan secara semula jadi, sesetengah pelajar lain perlu diberi galakan dan dipupuk untuk membentuk kemahiran kepimpinan. Namun begitu, semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk membentuk kemahiran kepimpinan. Para guru boleh memberi kanak-kanak peluang untuk berperanan sebagai pemimpin. Oleh itu, penting supaya kanak-kanak diberi peluang yang betul untuk mempelajari kemahiran kepimpinan di sekolah. Pendedahan pelajar cilik kepada kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin adalah penting untuk membantu menyediakan generasi yang seterusnya meneruskan tampuk kepimpinan dan menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab.
Para pelajar di Shambala Kidz Leadership diajar berdasarkan kaedah latihan (coaching) sebagai sebahagian daripada pengalaman pembelajaran mereka. Oleh sebab itu, pendidik di Shambala Kidz dipanggil jurulatih (coach) dan bukannya guru. Terdapat sebab istilah 'jurulatih' digunakan. Selain mempunyai makna yang tersirat, jurulatih merupakan individu yang berusaha untuk mengenal pasti dan merangsang potensi pelajar. Maka, kanak-kanak dapat membentuk perspektif yang unik apabila jurulatih membimbing dan mendidik mereka. Untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang tertinggi, Shambala mengekalkan nisbah 1 orang guru kepada 12 orang pelajar dan hanya pendidik yang mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak diambil bekerja.
Shambala menawarkan Program Pembangunan Kepimpinan Shambala Kidz (SKLDP) yang direka berdasarkan kajian, iaitu sebuah program pendidikan yang dibangunkan oleh sebuah pasukan yang terdiri daripada pendidik prasekolah, ahli psikologi, usahawan dan pakar nutrisi. Program SKLDP bertujuan untuk menggalakkan pembangunan jangka panjang dan kejayaan semua kanak-kanak, yang menyediakan mereka untuk menempuhi dunia pendidikan peringkat ketiga, kolej, kerjaya dan kewarganegaraan. Setiap kanak-kanak terlibat dalam pembelajaran secara aktif dan seterusnya bukan sahaja mendukung etos Shambala tetapi juga mempunyai hubungan dengan masyarakat secara menyeluruh. Berikut ialah bidang pembelajaran yang ditawarkan dan diajar:
a) Pembentukan Diri Leadership (Leadership Self Cultivation)
b) Pembangunan Mental Leadership (Leadership Mental Development)
c) Kelas Bahasa Melayu Leadership (Leadership Malay Class)
d) Kelas Bahasa Inggeris Leadership (Leadership English Class)
e) Pengurus Bank Cilik (Little Bankers)
f) Penerokaan Leadership (Leadership Exploration)
g) Kelas Bahasa Cina Leadership (Leadership Chinese Class)
h) Pendidikan Jasmani (Physical Education)
i) Bakat Leadership (Leadership Talents)
j) Kelas Berenang (Swimming Lesson)
k) Golf + Indoor Play
l) Kreativiti Leadership (Leadership Creativity)
m) Fonik Leadership (Leadership Phonics)
Shambala Kidz telah membuat pelaburan dalam pelbagai kemudahan kelas pertama seperti ruang serba guna, taman permainan, kolam renang, perpustakaan mini, sudut bacaan, pantri serta makmal sains dan komputer yang lengkap. Kemudahan-kemudahan ini membantu meningkatkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di sekolah. Untuk memastikan keselamatan para pelajar, beberapa buah kamera keselamatan dipasang dan pengawal keselamatan diupah untuk memantau kawasan sekolah. Dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan kecil, bahan yang direka khas digunakan di dalam bilik darjah.