Kiddy123 Frame
Choo Choo Train Baby & Child Care Centre
The children's house
Small Wonder Malaysia
Little Angel Kindergarten
Odyssey, The Global Preschool (Mont Kiara)
Little Mandarin House, Bangsar Park, Bangsar

Tadika dan Prasekolah Terbaik di Mutiara Damansara

on 02/05/2024 6458

Also available in : English , 中文版

Artikel ini dikemaskini pada 25 April 2023. 

Terletak berdekatan Kota Damansara, Damansara Perdana dan Bandar Utama,Mutiara Damansara merupakan sebuah bandar yang sentiasa sibuk di Petaling Jaya, Selangor. Komuniti penuh warna-warni ini diindahkan dengan residensi mewah, pusat beli-belah yang terkemuka dan institusi pendidikan yang cemerlang.

Pendidikan awal kanak-kanak adalah aspek penting untuk komuniti Mutiara Damansara, dengan pelbagai pilihan yang tersedia untuk keluarga dengan kanak-kanak kecil. Daripada prasekolah yang mementingkan pembelajaran berasaskan permainan hinggalah pusat khas yang fokus kepada perkembangan bahasa dan pendidikan STEM, Mutiara Damansara menawarkan pelbagai jenis program pendidikan awal kanak-kanak yang dapat memenuhi keperluan si kecil.

Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan mengikut abjad. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.

Baca juga: Prasekolah Pilihan di Tropicana-Ara Damansara ,  Prasekolah Pilihan di Damansara Heights


Choo Choo Train Baby & Child Care Centre, Mutiara Damansara adalah penyedia pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak berkualiti yang tersohor di negara kita, menyediakan khidmat terbaik mereka untuk kanak-kanak berusia bawah 4 tahun. Dengan lebih banyak pusat bertauliah yang menyertai kumpulan jenama ini, Choo Choo Train berusaha untuk membuat penambahbaikan sepanjang masa untuk sentiasa cemerlang dalam perkhidmatan mereka.

Choo Choo Train mengalu-alukan kanak-kanak ke dalam persekitaran mereka yang mesra dan menyokong yang diatur khas untuk umur dan tahap perkembangan mereka. Daripada program hinggalah guru-gurunya, pendekatan Choo Choo Train dalam pendidikan awal kanak-kanak menginspirasikan rasa cintakan pembelajaran. Ia memberi fokus kepada pembelajaran sosial-emosi, perkembangan fizikal dan akademik awal untuk memupuk minda mereka yang sedang berkembang. Dengan otak kanak-kanak yang berkembang pesat pada fasa ini, setiap momen pembelajaran adalah sangat penting. Dan ini bermaksud bermula daripada umur 2 bulan.

Kesihatan dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Choo Choo Train. Ibu bapa boleh mengharapkan pasukan profesional mereka untuk memberi khidmat penjagaan kanak-kanak yang terbaik dalam komuniti semasa mereka berkerja.

Baca Selanjutnya

Choo Choo Train Baby & Child Care Centre - Mutiara Damansara, Selangor

No. 29, Lorong PJU 7/8F, Mutiara Homes, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47800
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Menyedari betapa pentingnya kemahiran kepemimpinan untuk kehidupan seseorang, matlamat HANKidz Leadership Preschool Mutiara Damansara adalah untuk memperkasakan anak-anak dan membiarkan mereka mencari keyakinan mereka sendiri.

Pelajaran di HANKidz berasaskan pengalaman dan eksplorasi, mulai dari ruang kelas mereka hingga aktiviti pembelajaran seperti lawatan lapangan, pendidikan luar, perbincangan terbuka dan “role playing” dalam senario kehidupan sebenar. Pengalaman belajar dirancang agar anak-anak dapat berkembang secara mental dan fizikal, dari dalam ke luar, lengkap dengan pemakanan seimbang. Bukan sahaja guru-guru yang bersemangat dan terlatih, tetapi mereka menghargai komunikasi dengan ibu bapa kerana mereka percaya bahawa ibu bapa adalah komponen yang sama pentingnya dalam memupuk perjalanan pembelajaran anak-anak.

 

Baca Selanjutnya

HANKidz Leadership Preschool, Mutiara Damansara

No. 17, Jalan PJU 7/22, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47800
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Small Wonder, Mutiara Damansara menggambarkan pendidikan progresif yang bergandingan dengan pembelajaran yang menggembirakan. Memberi inspirasi kepada pemimpin yang sentiasa menyesuaikan diri, pemikir autentik dan warganegara yang prihatin sejak 1982, prasekolah ini sentiasa menjadi contoh kecemerlangan pendidikan.

Persekitaran tadika ini memberi rangsangan dan sokongan secukupnya, tenaga pengajar mereka berdedikasi dan bersemangat, dan pelajar mereka aktif dan bersifat ingin tahu, semuanya disokong dengan rangka kerja pembelajaran yang menyeluruh dan menggunakan campuran harmoni kaedah-kaedah pendidikan awal kanak-kanak. Setiap pengembaraan pembelajaran kanak-kanak dipupuk dengan pendekatan holistik yang bertujuan untuk mendidik keseluruhan aspek kanak-kanak: secara intelek, artistik, fizikal dan sosial. Topik yang diajar dirangkumkan dengan pembelajaran akademik, aktiviti dan permainan interaktif yang seimbang, membantu si kecil untuk mebuat hubungkait dalam bidang kurikulum yang luas. Fokus terletak dalam meningkatkan pengetahuan akademik sambil menggalakkan keyakinan diri dan sifat berdikari yang positif semasa mereka bersiap sedia untuk ke sekolah rendah.

Banyak keluarga mempercayai Small Wonder kerana mereke menekankan keseimbangan antara asas pendidikan dengan kaedah pengajaran terbaru yang terbukti. Semuanya dilakukan dengan penuh hati-hati agar kanak-kanak dapat diutamakan. Tahun demi tahun, prasekolah ini telah melahirkan pelajar-pelajar yang pelbagai, aktif dan ekspresif, serta alumni yang kini dewasa dan mendaftarkan anak mereka pula di sini; semuanya kerana mereka mahu memastikan kepentingan kanak-kanak diutamakan. Kepuasan ibu bapa di sini adalah tinggi dan, sudah tentu, terdapat banyak perkara yang disukai mereka tentang Small Wonder.

Baca Selanjutnya

Small Wonder Malaysia, Mutiara Damansara, Selangor

No. 1, Jalan PJU 7/12, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47800
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Young Thinkers adalah sebuah prasekolah yang mendidik kanak-kanak berusia 2-6 tahun menggunakan falsafah dan kaedah Montessori sejak 2002. Di Young Thinkers, kanak-kanak dan tenaga pengajar adalah seperti keluarga besar. Selesa dengan persekitaran di sini, kanak-kanak dapat menjadi diri mereka sendiri, dan pembelajaran menjadi satu sesi yang menyeronokkan dan menggembirakan. Prasekolah ini bertujuan untuk memperkayakan penemuan kanak-kanak dan kembara pembelajaran mereka, memupuk kemahiran mereka untuk berfikir untuk diri sendiri, dan melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk akademik dan aktiviti sosial di masa hadapan.

Baca Selanjutnya

Young Thinkers, Mutiara Damansara

No. 2, Jalan PJU 7/8B, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47800
Malaysia
Send Enquiry Contact Info

For enrolment enquiry only. Job seekers please visit Job Classified Page.


Penafian:

Laporan Kiddy123 mengenai prasekolah dan tadika di atas berdasarkan apa yang kami lihat dan diberitahu semasa lawatan kami. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah sahih dan tepat, Kiddy123 Sdn Bhd. tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jenis kerosakkan yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat dalam artikel ini. Cara yang terbaik untuk membuat keputusan mengenai prasekolah atau tadika yang sesuai untuk anak anda adalah dengan melawat sekolah-sekolah yang telah disenarai pendek.


Sekiranya anda berminat untuk mengiklankan prasekolah atau tadika anda yang hebat dengan ibu bapa di luar sana, sila hubungi kami.