by on 07/10/2019 48481
Artikel ini telah dikemas kini pada 13 Jun 2025.
Kali ini, Kiddy123 berpeluang untuk meninjau institusi pendidikan awal kanak-kanak di Johor. Dengan pelbagai tadika dan prasekolah yang menawarkan pendekatan pembelajaran yang berbeza, kami telah menemui beberapa prasekolah yang bagus di selatan tanahair – yang mempunyai matlamat yang sama; untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak anda melalui pendidikan awal yang berkualiti yang akan akan mempersiapkan mereka menghadapi pelbagai kemungkinan apabila mereka membesar. Jom lihat senarai kami!
Klik di bawah untuk lihat tadika di setiap kawasan dengan lebih lanjut
Nota: Prasekolah dan tadika disenaraikan secara rawak. Urutan di mana ia muncul tidak mencerminkan kedudukan prasekolah atau tadika.
Satu-satunya prasekolah di dunia yang menggunakan Mindset Champion untuk mendidik pelajar mereka, MindChamps bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah hari ini untuk berjaya pada masa hadapan. Kurikulum yang unik, kemudahan berkelas dunia, program yang holistik dan guru yang berdedikasi menjadikan prasekolah ini kondusif untuk menyokong perkembangan kanak-kanak berumur 18 bulan hingga 6 tahun. Aktiviti prasekolah memberi tumpuan kepada sensori, motor (muzik dan pergerakan), intelek, bahasa, emosi dan sosial (S.M.I.L.E.S).
Keselamatan di MindChamps amatlah dititik beratkan, dengan sistem pemeriksaan kesihatan dan pengawasan CCTV serta pegawai keselamatan yang ditempatkan di luar prasekolah.
Tadika perdana (flagship) Small Wonder Malaysia di Taman Adda Heights, Johor Bahru terletak di kawasan penuh kehijauan, dengan ruang yang luas untuk kanak-kanak bermain dan belajar. Sebahagian daripada institusi pendidikan Busy Bees yang terkemuka, tadika ini menggabungkan konsep pendidikan yang diiktiraf bagi menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran hidup yang perlu bagi masa hadapan yang cerah. Tadika ini menerima kanak-kanak dari umur 18 bulan hingga enam tahun, dan menyesuaikan kaedah pengajaran untuk keperluan setiap murid. Kurikulum telah direka khas selaras dengan standard antarabangsa dan juga tempatan, dengan menerapkan elemen dari Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Malaysia, Early Childhood Curriculum Framework (NEL) dari Singapura, dan Early Years Foundation Stage (EYFS) dari United Kingdom.
Tempat kecil yang menggembirakan ini khas untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun lebih dari sekadar tadika biasa. Silibus yang bersesuaian dengan umur direka dengan cermat di Happy Villa Kindergarten untuk menyiapkan kanak-kanak untuk peralihan ke sekolah rendah serta untuk menyokong pembangunan kognitif, sosial dan fizikal mereka.
Ditambah pula dengan pelbagai aktiviti kokurikulum seperti Muzik, Seni dan Kraf, Aritmetik dan Taekwondo serta lawatan lapangan (field trips) dan konsert tahunan, persekitaran pembelajaran di sekolah ini penuh semangat agar kanak-kanak merasa dihargai selain dipupuk menjadi manusia yang lebih baik kelak.
Tadika Kastil Bukit Indah adalah antara pelopor pendidikan awal kanak-kanak di Johor Bahru. Tadika ini lengkap dengan ruangan penuh fungsi termasuklah mempunyai teater multimedia, perpustakaan, bengkel projek, bilik komputer dan audio, ladang kecil, taman permainan, dan kawasan khusus untuk pembelajaran interaktif dan kreatif . Ini adalah titik permulaan untuk kanak-kanak membesar menjadi individu yang ceria, cemerlang dan kreatif dan yakin.
Kurikulum Tadika Kastil direka untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun menggunakan Kaedah Pengajaran Kreatif Antarabangsa (ICTM). Ia adalah kaedah pengajaran yang unik - dicipta oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan sekolah itu sendiri - menyasarkan pembangunan otak kiri dan kanan.
Untuk memastikan otak kiri tajam, guru mendedahkan kanak-kanak kepada pelajaran seperti matematik, sains dan bahasa. Pengalaman ini membantu kanak-kanak mendapat asas pembelajaran akademik yang sesuai untuk peralihan ke sekolah rendah. Untuk menyuburkan sisi kreatif pelajar otak kanan, program seperti seni, biola, latihan kepimpinan dan pengurusan projek dilaksanakan. Kanak-kanak di sini memulakan tabiat dan mengasah kemahiran yang mereka boleh bawa bersama mereka sehingga dewasa apabila mereka belajar menyusun sumber yang diperlukan untuk menyiapkan projek, membuat persembahan di atas pentas dan membentangkan projek kepada kumpulan besar.
Di Gem Preschool & Kindergarten, Kulai, kanak-kanak diajar menggunakan kurikulum yang seimbang dan menyeluruh; berpandukan prinsip Montessori dan pendekatan tematik, serta keperluan sistem pendidikan prasekolah kebangsaan Malaysia. Perhatian rapi diberikan kepada perkembangan holistik kanak-kanak pada tahun-tahun pembentukan yang penting ini untuk memastikan mereka bersedia untuk kehidupan yang sihat dan berjaya di masa hadapan.
Ciri utama yang menonjol di sini ialah penggunaan ujian "dermatoglyphics" yang menggunakan corak cap jari untuk mengenal pasti potensi dan personaliti unik setiap kanak-kanak. Ini membolehkan guru membina rancangan pengajaran yang diperibadikan berdasarkan kebolehan semula jadi dan gaya pembelajaran kanak-kanak; seterusnya mencapai potensi penuh mereka.
MindChamps PreSchool menyediakan pengalaman prasekolah premium yang akan melengkapkan kanak-kanak dengan asas untuk berjaya di sekolah, dan juga di kemudian hari. Dengan kemudahan mengagumkan dan kurikulum termaju berdasarkan penyelidikan pedagogi bertaraf dunia terkini, MindChamps telah diberi penghormatan dengan beberapa anugerah yang paling bernilai dalam sektor pendidikan. Prasekolah ini juga kekal sebagai pilihan yang sangat digemari dalam kalangan ibu bapa kerana mereka dapat melihat perbezaan dalam integriti dan standard kualiti yang terkandung dalam budaya kecemerlangan organisasi mereka.
Apa yang benar-benar membezakan MindChamps daripada prasekolah lain ialah falsafah MindChamps, komitmen kuat mereka terhadap kecemerlangan penyelidikan, dan semangat yang tidak berbelah bahagi untuk mengubah penemuan terkini menjadi inisiatif pendidikan yang berkesan. Kurikulum prasekolah yang berpandangan ke hadapan ini disokong penyelidikan oleh pakar terkemuka dunia daripada empat domain: Pendidikan, Neurosains, Psikologi dan Teater. Di samping itu, untuk menyampaikan standard tertinggi dalam pendidikan awal kanak-kanak, semua guru MindChamps menerima sehingga 200 jam latihan dan akreditasi yang meluas daripada ibu pejabat MindChamps di Singapura.
Ibu bapa yang mencari prasekolah untuk anak mereka sangat faham bahawa pilihan mereka bukan sahaja harus berdasarkan kepada keperluan akademik si kecil, tetapi ia juga perlu membantu kanak-kanak dalam pembelajaran aktif, berfikir secara kritis, menjadi kreatif, dan bekerjasama dengan baik dengan rakan sebaya mereka. Dengan beberapa cawangan yang telah dibuka dan beroperasi, De Jowitop telah menjelmakan nilai-nilai tersebut sejak 2016 apabila ia mula membuka pintu kepada anak-anak kecil di Johor.
Dengan gabungan pendekatan pengajaran berstruktur dan tidak berstruktur, De Jowitop telah menghasilkan kurikulum unik yang berfungsi dengan baik untuk kumpulan umur yang berbeza. Penguasaan bahasa diberi tumpuan yang sewajarnya di De Jowitop untuk memastikan pelajar lulus dengan kemahiran bahasa yang akan membawa mereka lebih jauh dalam kehidupan mereka.
Secara keseluruhannya, De Jowitop akan menjadikan peralihan ke sekolaj rendah lebih lancar dan yakin. De Jowitop dikaitkan dengan keseronokan pelajar dan ibu bapa tahu bahawa anak-anak mereka sememangnya mendapat pendidikan prasekolah yang berkualiti tinggi.
Happy Villa Kindergarten, Johor Bahru, menawarkan pendidikan awal kanak-kanak yang holistik untuk kanak-kanak berumur 3 - 6 tahun, menggabungkan cara Play-Based dan Montessori. Kurikulumnya berkembang mengikut setiap kumpulan usia. Ia merangsang pertumbuhan akademik, kreativiti, dan pembangunan sahsiah. Dengan aktiviti yang menarik, penglibatan ibu bapa yang erat, serta penekanan terhadap keselamatan dan kebersihan, tadika ini melahirkan pelajar yang mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial yang baik.
Young’s Kingdom, Uda Utama, Johor menawarkan pendekatan pembelajaran yang unik dan menarik. Tumpuan diberikan terhadap pembelajaran berasaskan permainan, penguasaan tiga bahasa, pengajaran tematik, dan aktiviti berintegrasi, membekalkan suasana pembelajaran yang mantap untuk kanak-kanak. Sama ada bilik darjahnya yang berstruktur, mahupun tempat permainan yang inovatif, setiap aspek Young’s Kingdom direka khas untuk merangsangkan perkembangan kanak-kanak, membina sifat berdikari, dan menanam sifat cinta akan ilmu.
Small Wonder, Setia Tropika menawarkan pengalaman pendidikan yang luar biasa untuk kanak-kanak, melalui kurikulum terbukti yang terbukti berkesan sejak tiga dekad yang lalu. Murid-murid disediakan untuk pendidikan formal di sekolah awam dan juga sekolah antarabangsa. Tadika ini menggunakan gabungan kurikulum yang diiktiraf di peringkat global, seperti KSPK dari Malaysia, Nurturing Early Learners (NEL) dari Singapura, dan Early Years Foundation Stage (EYFS) dari UK. Kurikulum yang komprehensif ini mengalakkan pembangunan secara menyeluruh, dari segi intelek, emosi, sosial, mahupun fizikal, di samping memupuk semangat penerokaan, kreatif, dan daya pemikiran kritis.
Gem Preschool menawarkan pengalaman pendidikan Montessori autentik kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun yang disepadukan dengan silibus tematik dan memenuhi keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengajaran dan pembelajaran dilakukan menggunakan pelbagai sumber, penerokaan, pemerhatian dan pengalaman.
Selain daripada kurikulum yang menyeluruh, Gem Preschool juga mengadakan lawatan lapangan (field trips), sambutan perayaan, seminar ibu bapa, konsert, hari sukan dan aktiviti pengayaan lain untuk menambah dan meningkatkan keyakinan dan kesedaran kanak-kanak.
Setiap kanak-kanak di Prasekolah KLC mendapat manfaat daripada kurikulumnya yang dinamik. Ia dirancang untuk membantu kanak-kanak berkembang secara holistik. Kaedah KLC mengajar kanak-kanak cara belajar, terutamanya cara yang mencetuskan kegembiraan dan minat untuk belajar yang akan kekal bersama anak-anak seumur hidup.
Ciri khas sistem pendidikan KLC ialah penggabungan Bahasa Isyarat Amerika (ASL) ke dalam proses pembelajaran. Telah terbukti bahawa kanak-kanak yang mempelajari bahasa isyarat mempercepat perkembangan lisan mereka, mengekalkan pengetahuan dengan lebih baik dan mengungguli rakan sebaya mereka dalam penilaian IQ.
Sejak usia dini, anak-anak dibimbing untuk berfikir di luar kotak. Mereka selesa untuk bertanya dan menyatakan diri mereka walaupun mereka mempunyai pandangan yang berbeza. Di samping itu, Prasekolah KLC mengajar anak-anak mengenai matlamat United Nation untuk planet yang mampan sehingga anak-anak memahami bahawa mereka perlu mengambil tindakan sebagai pemimpin yang berprinsip untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik.
Kiddy123's reports on the above preschools were based on what we saw and were told at the time of our visit. While every effort has been made to ensure that the information provided is accurate, Kiddy123 Sdn Bhd shall not be liable for damages of any kind that may result from the usage of the information in this article. The best way to decide on the best-fit preschool for your child is to pay a visit to those that you have shortlisted.
If you are running an awesome preschool and wish to share with our parents, please contact us.