on 05/03/2018 2495
GPS menunjukkan destinasi untuk temubual kali ini, Q-dees Hillpark berada lebih kurang sejam dari pejabat saya. Di tambah dengan keadaan jalan yang licin akibat hujan pada malam semalam dan keadaan trafik yang sesak, saya berasa sedikit terbeban. Dalam perjalanan saya ke sana, lagu Blueberry Hill dendangan Fat Domino mula kedengaran di corong radio dan menaikkan semangat saya:
I found my thrill
On Blueberry Hill
On Blueberry Hill
When I found you
The moon stood still
On Blueberry Hill
And lingered until
My dream came true
The wind in the willow played
Love's sweet melody……......
Minda saya mula mengaitkan Q-dees Hillpark dengan Blueberry Hill, dan sesampainya saya di sana, saya berasa ceria dan bersedia.
Q-dees Hillpark (Tadika Intelek Gemilang) terletak di atas sebuah bukit kecil, persis lokasi ideal Blueberry Hill.
Bangunan Q-dees Hillpark merupakan 2 unit rumah semi-D dua tingkat, dan walaupun mereka telah beroperasi hampir 5 tahun, tadika ikonik yang berwarna merah, biru dan kuning ini masih kelihatan baru. Dihiasi dengan rantaian bendera, kincir plastik dan sepanduk berwarna-warni, Q-dees Hillpark kelihatan seperti karnival yang mengalu-alukan kedatangan tetamu.
Ketibaan saya disambut oleh Pengetua Q-dees Hillpark, Puan Stephanie Toh dengan senyuman dan jabat tangan yang mesra. Saya tunduk sedikit untuk membuka kasut, dan ketika saya mendongak, saya terpana dengan dinding tadika yang dihiasi 3 foil berkilat dengan warna rasmi Q-dees Hillpark iaitu merah, biru dan kuning. Pada aras mata, terdapat sebuah poster besar yang mengabadikan asas dan visi Q-dees Hillpark.
Pejabat Puan Toh terletak strategik di bahagian kiri pintu masuk utama. Temubual kami bermula dengan cerita pendek tentang rangkaian peristiwa yang membawa kepada penubuhan tadika Q-dees Hillpark. Cerita beliau kadangkala menghiburkan hati, tetapi berkisar tentang pengorbanan diri dan cita-cita seorang ibu yang mahukan pendidikan terbaik untuk anak-anaknya.
“Saya telah lama kagum dan mempercayai jenama Q-dees untuk pembelajaran prasekolah yang lengkap. Saya terlalu inginkan hari di mana saya akhirnya menjadi pemilik francais Q-dees dan menjadi sebahagian dari keluarga Q-dees” kata Puan Toh. Impian ini akhirnya menjadi kenyataan 5 tahun lalu apabila beliau memulakan francais Q-dees Starters dan mengasaskan Q-dees Hillpark. Kini, selain daripada Q-dees Hillpark, Puan Toh juga merupakan pengetua Q-dees Setia Ecohill.
Q-dees Starters ialah sebuah pra-sekolah yang menawarkan program Foundation dan Enhanced Foundation yang memupuk perasaan ingin tahu dan semangat belajar kanak-kanak. Selain daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Mandarin, program Q-dees Starters Foundation juga terdiri daripada matapelajaran Matematik, Sains, Pembentukan Peribadi (Character Building), Pre-Gymflex, Ballet, Taekwondo, Program Khas & Kritikal, dan Pendidikan Islam untuk pelajar Muslim. Untuk Pendidikan Islam, Q-dees Hillpark mempunyai Ustazah mereka sendiri untuk mengajar Sirah, Akhlak, Ibadah, Jawi dan Iqra.
Pembelajaran pra-sekolah di Q-dees Hillpark adalah unik kerana 10 minit pertama setiap sesi pembelajaran menggunakan pelbagai alat multimedia seperti projektor, komputer dan CD untuk menarik minat dan berinteraksi dengan kanak-kanak. Sebagai langkah untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh, ibu bapa juga dapat mengambil bahagian melalui program Graded English Readers. Program ini juga berfungsi sebagai e-Reader dan boleh diakses oleh pelajar dan ibu bapa melalui laman web Q-dees E-Reader.
Program Enhanced Foundation merupakan program Foundation yang telah dipertingkatkan. Pemahaman dan penguasaan kanak-kanak dalam Matematik, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Seni akan dipercepatkan dengan lebih aktiviti dan interaksi serta pengukuhan konsep dan subjek yang dipelajari.
Pelajar yang menamatkan pembelajaran prasekolah di Q-dees Hillpark akan mencapai 5 perkembangan yang berikut:
Selain itu, Q-dees Hillpark juga menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak (pengasuh), kelas piano dan perkhidmatan pengangkutan atas permintaan. Sesi kepimpinan dan pembentukan peribadi juga disediakan melalui HANKidz. Seterusnya, acara yang dinanti-nantikan saban tahun – konsert tahunan. Tidak seperti kebanyakkan tadika, Q-dees Hillpark menganjurkan konsert tahunan mereka di pusat konvesyen di mana ibu bapak dapat menonton anak-anak yang memakai kostum cantik mengikut tema di atas pentas, sambil menikmati makan malam yang enak. Q-dees Hillpark juga merancang untuk membina kolam renang yang sesuai dan menyediakan kelas renang yang diajar oleh jurulatih bertauliah di masa hadapan. Dengan pelbagai aktiviti menarik, Q-dees Hillpark menjanjikan sesi prasekolah yang menyeronokkan.
Terdapat pelbagai lagi khidmat dan aspek menarik yang ditawarkan oleh Q-dees Hillpark yang tidak dapat dimuatkan dalam artikel ini, dan ini terbukti kerana mereka terpilih sebagai salah satu 25 dari 250 francais untuk menerima anggerah Q-dees Gold Award 2019. Q-dees Hillpark menerima pengiktirafan atas usaha terbaik mereka untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat sokongan sepenuhnya dalam perkembangan mereka. Pendek kata, Q-dees Hillpark merupakan sebuah tadika cemerlang yang menawarkan pembelajaran pra-sekolah yang holistik.
Di atas bukit, angin bertiup segar dan udaranya bersih. Q-dees Hillpark menyambut pelajarnya dengan tangan terbuka dan kanak-kanak tiba dengan senyuman riang dan lagu Blueberry Hill dari Fats Domino mula terngiang-ngiang di telinga saya.