by on 05/07/2019 1633
Polaris Preschool mengambil berat tanggungjawab mereka untuk membimbing kanak-kanak meneroka dunia. Seperti bintang Polaris yang juga dikenali sebagai Bintang Utara (North Star), Polaris Preschool menjadi pemandu arah kepada si peneroka kecil dalam perjalanan mereka untuk membentuk personaliti hebat dengan minda yang aktif dan kompeten. Prasekolah ini mempunyai persekitaran yang kondusif dan teratur untuk memastikan kanak-kanak membesar dengan jayanya.
Polaris Preschool bukan seperti prasekolah biasa. Prasekolah ini menggunakan amalan dan kaedah pembelajaran antarabangsa terbaik dan mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak. Kajian dan perkembangan sentiasa dijalankan untuk memenuhi keperluan komuniti dan dunia yang sentiasa berubah melalui cara yang kreatif dan inovatif. Pihak pengurusan sekolah juga amat menitikberatkan latihan bulanan yang berkualiti untuk menyokong para guru dalam perkembangan professional mereka, dan seterusnya akan membantu kanak-kanak belajar dengan lebih baik.
Prasekolah ini yang bertempat di kejiranan Seksyen 17, Petaling Jaya, mempunyai keluasan lebih dari 10,000 kaki persegi dan dikawal rapi dengan sistem sekuriti 24 jam. Prasekolah ini direka dan dibina dengan tema nautika untuk menarik minat si kecil dalam persekitaran yang diperkaya. Antara ciri unik dan penting prasekolah ini adalah kelas yang dilengkapi boneka dan sudut belajar, ruang membaca yang dipenuhi buku pelbagai bahasa, kabin muzik, kawasan memanjat, kawasan permainan atas bumbung, taman dengan tanaman yang boleh dimakan, dan kawasan rekreasi luaran yang luas. Menerusi ciri-ciri ini, Polaris dapat memupuk suasana yang merangsang minda dan ceria.
Menerusi Kaedah Pendidikan Eduwis yang bertumpukan perkembangan kemahiran dan sikap yang diperlukan kanak-kanak dalam kejayaan peribadi dan akademik, Polaris Preschool dapat memberikan mereka pendidikan yang dapat membantu mereka menghadapi masa depan.
Falsafah dan Teori daripada 8 Pendidik Terkemuka
Program-program di sini memiliki kurikulum yang luas, seimbang dan berhubungkait dengan teori dan falsafah utama pendidik-pendidik terkemuka, contohnya; Maria Montessori (kemahiran hidup), Erik Erikson (perkembangan psikososial), Lev Vygotsky (kemahiran bahasa dan sosial), Confucius (moral dan nilai rohani), Reggio Emilia (pembelajaran kreatif), Jean Piaget (perkembangan mental [pemikiran kognitif dan kritikal]), Shinichi Suzuki (pendidikan dan pentaksiran muzik), and Friedrich Froebel (alam sekitar). Rangka kerja yang lengkap ini menjadi dasar amalan pendidikan yang mampu mendidik keseluruhan aspek kanak-kanak – secara intelek, kognitif, sosial, emosi dan fizikal.
Pendekatan Pembelajaran Tematik Bersepadu
Guru-guru memperkenalkan konsep pembelajaran berbeza - daripada bahasa, matematik, sains hinggalah muzik - kepada kanak-kanak menerusi tema yang sama. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka idea yang sama melalui cara yang berbeza, seperti main peranan, membaca dan bercerita, mereka mendapat pemahaman yang lebih dalam terhadap konsep tersebut, dan mampu mengingati informasi tersebut selama-lamanya.
Pembelajaran Melalui Penemuan
Prasekolah ini menyediakan pelbagai peluang untuk kanak-kanak belajar melalui eksperimentasi dan penemuan fakta sendiri. Guru-guru tidak menggalakkan kanak-kanak menghafal atau membaca buku teks, tetapi memahami kepentingan untuk kanak-kanak membentuk pemahaman baru dengan mengendalikan bahan, menemukan konsep melalui aktiviti praktikal, bereksperimentasi semasa permainan interaktif dan sentiasa bersifat ingin tahu dengan meneliti dunia di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga didedahkan dengan kumpulan pelbagai umur agar pelajar yang lebih muda dapat berinteraksi dengan pelajar yang lebih tua. Selain dapat menggalakkan kanak-kanak membina hubungan yang lebih rapat, hal ini juga dapat mengajar kanak-kanak cara berinteraksi antara satu sama lain dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah sesama sendiri supaya mereka dapat bekerjasama.
Lebih daripada 1,600 Aktiviti Pembelajaran
Setiap hari di Polaris dipenuhi dengan keseronokan untuk si kecil. Pelbagai sesi pembelajaran berdasarkan aktiviti membantu kanak-kanak memahami maksud sebenar konsep pembelajaran yang diperkenalkan kepada mereka. Sepanjang sesi persekolahan di sini, setiap pelajar akan mengambil bahagian dengan aktif dalam lebih daripada 1,600 aktiviti pendidikan dan membesar menjadi seorang pemikir kritis yang sentiasa ingin tahu.
Untuk belajar sesuatu dalam hidup dengan melakukan adalah lebih memperkembangkan, memupuk dan menguatkan daripada mempelajari melalui komunikasi lisan semata-mata. - Friedrich Frobel
Kelas Piano Wajib
Kurikulum utama direka untuk menggabungkan piano sebagai salah satu aspek dalam kehidupan awal kanak-kanak. Latihan singkat setiap hari mendedahkan kanak-kanak dengan pelbagai kelebihan termasuklah perkembangan neurologi, koordinasi tangan dan mata, peningkatan deria, kecerdasan matematik, serta daya tumpuan.
Aktiviti Tahunan
Kebolehan untuk berinovasi, berfikir secara kritis, dan menyelesaikan masalah serta dilengkapi dengan kemahiran dalam pelbagai bidang adalah asas pendidikan moden. Daripada perkembangan akademik, hinggalah emosi dan sosial, Polaris Preschool berusaha untuk menyediakan pengalaman pendidikan awal yang holistik untuk kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun.
- Aktiviti Bercerita
- Pertunjukan Boneka
- Hari Sukan
- Pertandingan Melukis
- Pembinaan Projek
- Bengkel Keibubapaan
- Hari Konsert
- Persembahan Nyanyian
- Pertunjukan Muzik Perkusi
- Lawatan Sambil Belajar Seharian
- Pertandingan Matematik
- Penilaian Semester
- Hari Guru dan Kanak-Kanak
- Hari Graduasi
Bahasa Inggeris Cambridge
Prasekolah ini menawarkan persekitaran yang memupuk perkembangan bahasa Inggeris kanak-kanak melalui program tambahan Cambridge English Starters. Bahan kursus ini termasuklah teks dan buku yang menarik untuk membantu kanak-kanak menguatkan semua aspek bahasa mereka: membaca, menulis, mendengar dan bertutur.
Polaris Preschool belajar daripada mereka yang terkenal di serata dunia dan menjadikannya sesuai untuk komuniti tempatan kita. Contohnya, menerusi sistem makan tengah hari sekolah di Jepun yang sihat, Polaris Preschool mencontohi sistem tersebut dan komited dalam menyediakan nutrien seimbang dan memupuk tabiat pemakanan ideal dalam diri kanak-kanak. Hidangan direka oleh Indra Balaratnam, bekas presiden Persatuan Pakar Diet Malaysia dan disediakan segar di Polaris oleh seorang cef yang mempunyai pengalaman lebih daripada 13 tahun.
Dengan program yang direka sempurna, hubungan positive antara kanak-kanak, komitmen tinggi dan hubungan komunikasi yang rapat antara ibubapa dan guru, Polaris Preschool memastikan semua pelajar akan belayar ke arah kecemerlangan akademik dan sosial dalam abad ke-21.
Klik sini untuk laporan Sin Chew Daily terkini mengenai langkah berjaga-jaga yang diambil oleh Polaris Preschool untuk mencegah penyebaran coronavirus.