by on 26/08/2024 211
Sorotan Utama |
|
Sukar untuk ibubapa yang bekerja untuk mencari pusat jagaan atau prasekolah yang sesuai untuk anak-anak mereka. Sudah tentu anda ingin si manja anda menerima penjagaan dan pendidikan yang rapi, kerana di sinilah mereka akan menghabiskan kebanyakan masa mereka.
Terletak di kawasan USJ Taipan, Orange Montessori Kidz membekalkan sebuah tempat di mana bayi dan kanak-kanak berusia dua bulan hingga enam tahun dapat berkembang dalam suasana yang menyeronokkan dan merangsangkan.
Pusat ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7.30 malam dan sangat memudahkan ibubapa yang sibuk bekerja, terutamanya mereka yang habis kerja lambat. Ia juga dibuka pada cuti sekolah.
Cawangan ini merupakan cawangan ketiga jenama ini, dan dua lagi pusat mereka terletak di Puchong dan Seri Kembangan.
Pengasas pusat ini Dr Mila mempunyai lebih satu dekad pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, di mana kerjayanya bermula sebagai guru dan kemudiannya guru besar di prasekolah dan tadika yang terkemuka, sebelum beliau membuka taska pertamanya pada tahun 2018.
Selain memberi ketenangan kepada ibubapa, pusat ini juga komited terhadap memastikan setiap kanak-kanak di sini menerima pendidikan yang holistik.
Kurikulum di sini menggabungkan elemen Montessori dan bertema dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), melalui aktiviti-aktiviti yang merangkumi bukan sahaja akademik tetapi juga perkembangan fizikal dan emosi.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke premis pusat ini yang luas dan berhawa dingin, para pelawat dialu-alukan dengan persekitaran yang ceria dan terang, dilengkapi dengan perabot yang berwarna-warni dan sesuai untuk kanak-kanak. Terdapat sudut pembelajaran khusus dan juga sebuah taman permainan dalaman.
Selaras dengan kaedah Montessori, di mana kanak-kanak dipercayai dapat belajar dan menerima ilmu pada tahap maksima semasa bermain, rak-rak di sini dipenuhi dengan bahan-bahan Montessori yang membolehkan kanak-kanak untuk meneroka minat mereka sendiri dan memenuhi rasa ingin tahu semulajadi.
"Untuk bayi dan kanak-kanak yang kecil, kami mengutamakan perkembangan mereka secara menyeluruh. Kami mahu kanak-kanak mengembangkan deria dan kemahiran motor mereka," kata Dr Mila.
"Sebagai contoh, mereka seharusnya boleh duduk apabila mencapai umur enam bulan, dan mula berdiri dan berjalan pada usia 11 bulan. Untuk kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, kami akan melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dapat membina kemahiran motor mereka seperti menolak troli, supaya mereka dapat mengawal pergerakan tangan dan menguatkan daya genggaman mereka," tambah beliau. Ibubapa menerima kemas kini harian tentang perkembangan anak-anak mereka melalui applikasi mobil.
Manakala kanak-kanak yang lebih besar pula didedahkan kepada aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan yang lebih berstruktur. Melalui penggunaan alat-alat pengajaran yang kreatif seperti kad imbas, kanak-kanak diajar tentang huruf abjad dan cara untuk mengenali bentuk, warna, dan saiz yang berlainan, sebelum mempelajari cara menyebut, fonik, membaca, dan menulis.
Apabila mereka sudah berumur empat hingga enam tahun, kanak-kanak didedahkan kepada matapelajaran Bahasa Melayu, Mandarin, dan Bahasa Inggeris untuk membantu mereka bersiap sedia ke alam persekolahan rendah.
Pusat ini turut menawarkan pelbagai aktiviti pengayaan yang termasuk dalam program sepenuh hari mereka, seperti Sains dan Little Builders, seni dan kraf, drama, tarian dan muzik, dan "Little Chef".
Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak membina keyakinan dan sifat berdikari, selain memastikan mereka berkembang dalam setiap aspek. Kelas tambahan untuk piano dan Taekwondo turut ditawarkan.
Bagi guru-guru pula, selain memiliki sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak, mereka juga harus mempunyai naluri kesabaran dan juga pengalaman yang sesuai. Ciri-ciri ini amat penting terutamanya untuk khidmat penjagaan bayi mereka. CCTV dipasang di sekitar premis untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjaga.
Menu makanan merangkumi makanan yang sedap dan penuh nutrisi, seperti nasi atau mi untuk makan tengahhari, disertakan dengan protein, sayur, dan buah-buahan.
Sebagai sebahagian daripada pendekatan bertema di Orang Montessori Kidz, pusat ini mengadakan lawatan sambil belajar supaya kanak-kanak dapat meneroka dunia di luar.
Beberapa lawatan sebelum ini termasuklah lawatan ke Pusat Sains Negara (gambar di atars), dan juga Taman Botani Negara untuk belajar tentang flora tempatan.
Terdapat juga lawatan bertemakan kerjaya, seperti lawatan ke klinik gigi, untuk membantu kanak-kanak mengenali dengan lebih lanjut tentang kerjaya doktor gigi.
Tahun-tahun awal dalam hidup seorang kanak-kanak sangat penting dan di Orange Montessori Kidz, ibubapa boleh percaya anak-anak mereka dijaga dengan rapi dan baik.
Ia bukan sahaja tempat untuk kanak-kanak belajar, bermain, dan berinteraksi dengan rakan-rakan, tetapi juga tempat di mana mereka boleh mengembangkan imaginasi mereka, meluahkan perasaan mereka, dan bermain dalam persekitaran yang menyokong, di mana setiap kanak-kanak dilayan dengan penuh rasa hormat dan dihargai.