by on 04/09/2019 2134
Oasis Place ialah pusat intervensi transdisiplin terkemuka untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan kelainan pembelajaran. Dipimpin oleh sepasukan terapi berpengalaman dan multinasional, Oasis Place berkolaborasi dan memindahkan pengetahuan dan kemahiran merentas setiap disiplin untuk memudahkan intervensi berkesan. Menerusi kolaborasi, pasukan ini membuka pintu kepada kemungkinan hasil yang pasti dan transformasi individu yang memerlukan.
Oasis Place menyediakan persekitaran tidak terbatas yang menyeronokkan, memenuhi fungsi dan mesra keluarga dengan suasana yang profesional dan ruang yang lapang. Pusat ini dilengkapi dengan kelengkapan dan peralatan penilaian yang terkini, termasuk bahan terapi, perkakas dan bahan sumber berkelas dunia. Pusat ini menawarkan bilik rawatan berasingan untuk individu dengan semua jenis keupayaan. Pusat ini juga menempatkan taman dalam dengan dinding memanjat untuk memberi cabaran kesedaran ruang dan pergerakan motor, pangsapuri bersaiz sebenar untuk mengembangkan kemahiran hidup, kafe kesihatan dan kesejahteraan, serta dewan serba guna untuk pembelajaran, perkembangan profesional dan acara sosial.
Terdapat banyak sebab untuk melawat Oasis Place:
Jika anda bimbang mengenai kelewatan perkembangan dalam pencapaian akademik, komunikasi kanak-kanak, pergerakan dan permainan.
Keperluan melakukan penilaian bersasar untuk kelewatan tersebut.
Pelbagai pilihan terapi dan amalan intervensi awal.
Capaian kepada program rekreasi inklusif, kem, pengetahuan mengenai pembelajaran khas dan persijilan profesional.
Oasis Place menawarkan perkhidmatan intervensi berasaskan bukti untuk menyokong pelbagai spektrum dalam bidang khusus termasuk:
Kadangkala kanak-kanak memerlukan bantuan dalam kemahiran kognitif dan motor yang umum untuk mencapai jadual perkembangan. Atau mereka hanya memerlukan sedikit sokongan untuk menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Terapi di Oasis Place disediakan oleh ahli terapi berkemahiran dan berpengalaman dengan pengetahuan meluas dalam penilaian, diagnosis dan rawatan. Rawatan disesuaikan dengan keperluan dan keupayaan setiap individu untuk menambah baik kemahiran motor, perkembangan bahasa, kemahiran sosial, bermain dan lain-lain lagi. Rawatan khas termasuk terapi cara kerja dengan integrasi sensori, terapi oertuturan dan bahasa, terapi muzik, psikologi klinikal atau psikologi pendidikan serta pendidikan pemakanan. Para terapi di Oasis Place kebanyakannya berfokus kepada pendekatan dinamik untuk mengajar kemahiran dan memudahkan pembelajaran dan perubahan.
Perkhidmatan lain termasuk sokongan untuk belajar menulis, hemat diri, kemahiran komunikasi sosial, keengganan ke sekolah, pemprosesan sensori dan integrasi sensori. Lawatan klinik luar ke sekolah dan rumah juga ditawarkan untuk menyediakan sokongan dalam pelbagai keadaan.
Falsafah penjagaan dan pemberian perkhidmatan di Oasis Place adalah sangat mesra keluarga. Pada kebanyakan masa, rawatan dilakukan dengan ibu bapa atau penjaga turut hadir bersama. Dengan cara ini, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari boleh disepadukan dalam kehidupan keluarga sehari-hari untuk mengoptimumkan hasil.
Oasis Place juga berkhidmat mendidik ibu bapa, guru, profesional dan pihak lain yang berminat dalam bidang ini. Sepanjang tahun, Oasis Place menjadi tuan rumah kepada pelbagai kem inklusif untuk semua, program rekreasi, bengkel, ceramah oleh pakar tempatan dan global, serta kursus bersijil profesional. Semangat dan dedikasi pasukan Oasis Place merebak kepada yang lain kerana mereka berusaha untuk menyokong individu berkelainan pembelajaran dan mencipta impak positif terhadap komuniti di luar sana.