by on 25/05/2022 3227
Sorotan Utama |
|
Tadika New Sun Moon, Cheras lahir daripada keinginan untuk mencipta persekitaran untuk menyediakan kanak-kanak dengan "Ilmu untuk diterokai, Kecerdasan yang cemerlang, Imaginasi yang kreatif." Diasaskan oleh Cik Sammion Loo, seorang pendidik yang bersemangat dan berdedikasi, berhasrat untuk menyediakan si kecil memulakan perjalanan persekolahan yang berjaya di masa hadapan, tadika ini telah mengembangkan reputasinya selama sedekad yang lalu dalam memberikan penjagaan terbaik dan pengalaman pembelajaran yang berkualiti tinggi.
Terdapat 2 cawangan di Ampang dan Bangsar South, dan di Cheras ini merupakan cawangan utama New Sun Moon. Cawangan utama ini terdiri daripada 2 lot kedai, yang telah diubah suai di Bandar Sri Permaisuri. Matlamat utama New Sun Moon adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, bersih dan sempurna, suasana di dalamnya membolehkan kanak-kanak berasa selesa dan seronok untuk belajar. Bahagian dalamannya dihiasi dengan penuh keceriaan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk perpustakaan, makmal sains, bilik kebudayaan, bilik permainan bayi, bilik muzik, bilik rehat dan taman permainan dalaman.
Di New Sun Moon, cara-cara pembelajaran pun adalah berbeza. Kesimpulannya, setiap kanak-kanak adalah individu yang unik, oleh itu masing-masing mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri – ada yang memahami pembelajaran dengan lebih baik melalui penglihatan, atau pendengaran, dan ada yang mendapat manfaat dari pergerakan. Dengan kemudahan ini, tadika menggunakan teknologi pengekodan genetik cap jari – ciri khas – untuk mengumpul data dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap kanak-kanak dalam rancangan pembelajaran mengikut kebolehan mereka. Selain itu, informasi yang diterima ini boleh juga dikongsi bersama ibu bapa untuk merancang strategi pendidikan di rumah.
Untuk menyerlahkan potensi yang terbaik dalam setiap kanak-kanak, kurikulum di New Sun Moon menggunakan pendekatan tematik dalam memastikan mereka terus teruja dan melibatkan diri dengan aktif semasa pembelajaran. Tema-tema menarik dikaitkan dalam kehidupan mereka, seperti cerita haiwan, percutian dan pengangkutan, diperkenalkan setiap bulan – di samping sub-tema mingguan yang berbeza – untuk mewujudkan pemahaman yang lebih mendalam dalam setiap bidang subjek.
Aktiviti bermain adalah sangat penting untuk perkembangan awal kanak-kanak. Para pembimbing di sini akan mengintegrasikan banyak permainan yang menyeronokkan dan dimasukkan ke jadual harian. Dari permainan yang membina seperti "puzzle” hingga permainan kolaboratif, serta permainan fantasi seperti lakonan dan aktiviti fizikal seperti berlari dan mendaki, kanak-kanak digalakkan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam memahami dunia di sekeliling mereka. Selain menjadikan hari-hari sekolah sangat menyeronokkan, peluang pembelajaran bermain ini menyediakan platform penting bagi kanak-kanak untuk mengembangkan sejumlah besar kemahiran – secara intelektual, kognitif, sosial, emosi dan fizikal.
Walaupun pentingnya untuk memastikan kanak-kanak terus berminat melalui keseronokan dan permainan, New Sun Moon juga tidak mengabaikan sisi akademik yang dirancang. Penekanan yang sama diberikan kepada persediaan akademik tadika – termasuk mata pelajaran teras seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Mandarin, Matematik, Sains dan Moral – supaya mereka lebih bersedia dengan semua perkara asas sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah.
Di samping itu, hanya 12 kanak-kanak sahaja akan diletakkan didalam setiap kelas, dan ini membolehkan pembimbing memberi pendekatan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada kanak-kanak didapati ketinggalan, pembimbing akan sentiasa memberikan perhatian dan bimbingan yang diperlukan untuk kanak-kanak itu sehingga cemerlang. Oleh itu, adalah selamat untuk dikatakan bahawa kanak-kanak yang lulus dari New Sun Moon pasti terus positif untuk berkembang maju di sekolah rendah, serta berkembang menjadi individu yang kompeten.
Untuk memanfaatkan waktu yang dihabiskan di sekolah, New Sun Moon menawarkan perkhidmatan jagaan kanak-kanak sepenuh masa, di mana kanak-kanak dapat tidur, makan, bermain, menikmati aktiviti kurikulum dan bimbingan tambahan membantu dalam perkembangan optimum mereka. Di samping itu, kem percutian yang menyeronokkan seperti "Good Camp Behaviour” juga dianjurkan setiap tahun untuk hiburan seisi keluarga. Ibu bapa yang mempercayai New Sun Moon akan mendapati tempat untuk mewujudkan permulaan yang baik dalam mempersiapkan anak-anak mereka asas yang kukuh supaya berjaya dimasa hadapan.